Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini

$
0
0

LIRIK LAGU JAMPI [ OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER ] 


Macam best juga kan lagu yang jadi OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , Sedap lagu sampai selalu dengar dibeberapa radio . Wow hebat gak penangan lagu yang berjatuh JAMPI ini . Penyanyinya Hael Husaini , korang kenal tak ?? Ha.. untuk Lisa ni baru first time dengar nama tu .Almaklumlah tak mengikuti perkembangan lagu sekarang ni . Nah.. Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini untuk korang hafal , video pun ada.. kat bawah sekali . 


Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini [ OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER ] 

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah



Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selama Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan Bila
Ternyata Kau yang aku cintai



Kartunis Lengkuas Meninggal Dunia , Al-Fatihah

$
0
0

Kartunis Lengkuas Meninggal Dunia .

Al-fatihah untuk Pelukis komik terkenal, Zainuddin Bin Saleh,53, atau lebih dikenali dengan panggilan Lengkuas yang telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang. Tahun lepas , Lisa berkesempatan jumpa dengan kartunis Lengkuas -  Mat Despatch . Siapa laa yang tak kenal dia , kebanyakan semua orang kenal  .. seorang kartunis Legend yang pernah jadi kartunis dalam majalah Ujang . ( gambar kanan sekali ) 


Salah satu komik yang Lisa beli dan dilukiskan karikatur Mat Despatch 2 Ringgit , dan quotes dari Lengkuas masa event Kluang Mall Get-up ke-4 tahun lepas . Baca disini : Pengalaman berjumpa kartunis Otai . Walaupun first time jumpa , rasa dah macam kenal lama.. sebab dia seorang peramah dan murah senyum . 



Innalililahiwainailaijirojiun,
Semoga arwahnya dirahmati ALLAH & ditempatkan di kalangan orang beriman .
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau ...

Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

$
0
0

Jelajah Bas Drama Sangat di Kluang Mall 

Hi ! korang yang selalu tengok drama-drama di TV3 dan TV9 mesti tahu dengan hastag #DRAMASANGAT . Nah.. kali ini Jelajah Bas Drama Sangat 2017 untuk tahun ketiga ini bergerak ke JOHOR , Melaka dan Negeri Sembilan . Dan semalam 11 Ogos 2017 , DSBT datang Kluang Mall ! yay.. kali kedua Lisa tengok depan-depan artis kesayangan Lisa . Aahaha.. ok teruja ! 

Drama Sangat 2017 Zon Selatan 

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (DSBT) tahun 2017 kembali lagi dengan wajah baru . Destinasi zon selatan untuk lokasi keduanya ialah Johor , Melaka dan Negeri Sembilan . Antara artis yang hadir seperti : 



Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam DSBT ni , bermain permainan-permainan yang beraneka macam ,sesi autgrafi dan bergambar. Sapa yang bertuah dapat peluang join game dengan para artis ni mesti teruja kan.. Semua artis DSBT dan peminat pun sporting aih . Happening dan boleh tahan ramai juga yang datang ke event ini .


Meh tengok gambar dibawah ini :

Aktiviti ramah mesra artis DSBT dengan peminat 






Anas Ridzuan ( Seramedi : Jangan Ikut Aku ) 

Reen Rahim ( Iris ; Tauke Jamu )






Raysha Rizrose ( Hani : Pinggan Tak retak , Nasi Tak Dingin ) 





Mira Filzah
Idris khan







Video :




Amboih.. gelak sakan akak tu kan . Nampak tak betapa happening nya kan.. 


Untuk lebih video dan gambar korang pi singgah kat Instagram Lisa di  @Mawar_biru89  atau facebook LIVE : Lisa Nurulain Jangan lupa follow juga .. hehehee ... 


Sesi Autografi dan Bergambar 







Terlepas peluang untuk pergi Jelajah Bas Drama Sangat DSBT ZON SELATAN  ? Jangan risau ..korang boleh saksikan setiap aktiviti barisan artis ini di laman sosial facebook    @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk Instagram pula di @TV3malaysia , @TV9Malaysia dan @dramasangat . Meriahkan jelajah Bas Drama Sangat dengan hastag #DramaSangat dilaman sosial korang kayh !  Untuk saksikan program-program menarik TV3 dan Tv9 korang boleh guna portal video tonton di , www.tonton.com.my

See u next year ! 

Psstt .. Masih sempat lagi untuk korang saksikan LIVE Jelajah Bas Drama Sangat di Destinasi hari ini berlokasi di Mydin MITC , Melaka pukul 12 petang.. dan NSK TRADE CITY , Seremban pukul 4.30 petang nanti .







CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS

$
0
0

CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS


Hye korang ! Ingat lagi tak Lisa ada tulis tentang DIY hadiah hari jadi yang istimewa.. Agaknya apa special gift yang Lisa tempah dari Printcious eh ? Lisa buat DIY MUG comel dengan gambar dan ayat sendiri . Yayy.. MUG dah sampai dah pun dengan selamat ketangan Lisa. Teruja weihh.. hahaa.. nak tau juga cantik tak MUG tu , ikut seperti yang kita dah design tak ? , kualiti pula ok tak ..?. banyak tanda soal sebelum buka sendiri bungkusan dari Printcious tu .  Just untuk ingatkan semula.. Printcious ni korang boleh berikan hadiah untuk yang tersayang dengan DIY ikut suka pilihan sendiri. Meh Baca di :PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !



Debar-debar rasa nak buka.. Ceh..!  clishe sungguh hahaa... Lisa keluarkan MUG tu dan rasa happy semacam , automatik bibir pun senyum sensorang . Nasib baik tak da orang tengok.. malu lah orang nampak kita sengeh macam kambing . Comel dan cantik weih MUG ni . Tak sangka cepat betul penghantaran hadiah ini. 30/07 tempah ... 2 HB Ogos dah sampai ke tangan . Ingatkan dua minggu sampai sebulan gitu . Tak sampai seminggu dah sampai ke tangan ... Pheww...

RATE REVIEW PRINTCIOUS oleh  LISA :

  • Masa Penghantaran : 5/5 , Lisa memang puas hati dengan delivery time dari Printcious ini , cepat dari yang dibayangkan sebelum ini. Senang hati barang cepat sampai ke tangan . 
  • Kualiti barang : 5/5 , Mug ini boleh tahan tebal dan boleh letak air panas , kualiti good , tebal dan tak cepat pecah ( kecuali korang baling lerr ) 
  • Design : 5/5 , Untuk design yang ada pada mug pula memang sama dengan apa yang Lisa design tempoh hari . Bukan print dan lekat tau , tapi memang ada dalam mug tu . Sebiji.. tu yang Lisa bagi 5 bintang .
  • Kemudahan custom Hadiah : 4.5/5  , Untuk custom hadiah ini senang je , ada guide dari awal sampai akhir , jadi korang tak perlu risau OK ? tinggal klik klik je.. 
  • Service : 5/5 , lepas buat tempahan , korang akan dapat order number , buat bayaran dan mereka akan bagi tracking number pula . Service laju dan terbaikkk.

MUG GAMBAR SENDIRI dari PRINTCIOUS



Selain dari gambar , korang juga boleh letak tulisan sesuai yang diinginkan . MUG ini pula Lisa tulis
Beauty is power ; a smile is its sworld. -ciksepet.com


Ayat tu ada makna sendiri untuk Lisa . MUG ini sengaja Lisa tempah untuk pembakar semangat ( cewah ayat ) minum air 3Liter sehari . Dengan MUG comel macam ni insyaallah akan buat Lisa jadi rajin dan mula hidup sihat . Ye.. memang selama ni minum air banyak , tapi tak sampai 3liter, biasanya 1.5liter je . Bukan hanya mug sahaja , hadiah yang boleh ditempah di printcious , Baju , Keychain , Cushion dan banyak lagi la ... Menarik bukan ? 





Cara Custom dan Beli Hadiah Di Printcious .

Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , cara untuk tempah dan beli hadiah di Printcious ni sangat senang je . Untuk create akaun , korang boleh login menggunakan facebook atau isi la detail pada kotak yang disediakan . Lisa pilih untuk sync dengan akaun Facebook ..senang sikit heheheh..




Buka laman printcious.com/myCreate Akaun Printcious , Login melalui Facebook. Lepas tu pilih la hadiah yang nak custom atau DIY tu . Ada banyak jenis woo... rambang mata nengoknya . 





Check-out , Jika korang masih nak sambung tempah hadiah yang lain , boleh je tekan continue shopping . Di sebelah kanan pulak akan tunjukkan berapa harga yang perlu kalian bayar . Untuk setiap pembelian diatas rm70.00 , korang akan dapat free kos penghantaran sebanyak RM10.00 . Single order je tau .. maksudnya sekali order tu .. bukan hari ni beli lain checkout dan  esok beli lain kemudian check-out. Tu dah kira 2kali order .. 



Isi detail yang distarkan tanda merah  ( * ) , wajib diisi tau . Lisa menggunakan kod bauchar ,tu yang ditolak dari dalam tu . Tinggal bayar baki je , rm6.80 




Proses pembayaran . 







Email kod tempahan dan selepas buat pembayaran , Printcious akan hantar email tracking number . Senang je bukan ? 








Dari pengalaman Lisa tempah custom hadiah MUG guna gambar sendiri ni , Jujur Lisa cakap la... memang puas hati sangat ! Lepas ni nak tempah cushion pula untuk little boy dan anak-anak buah . Untuk buah hati pula nak tempah apa ehh... nanti la Lisa fikirkan hihihi. 


Jom guna khidmat Printcious untuk dapatkan hadiah terbaik buat yang tersayang. Ingat hadiah ingat Printcious.

We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious

Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious, Korang boleh baca dibawah ini

Hp : 0193232502

Alamat : 
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Enchanteur Stunning - Variasi wangian terbaru Enchanteur

$
0
0

Enchanteur Stuning - Variasi wangian terbaru Enchanteur .

Cak sarancak ! Minggu lepas kan..tiba-tiba dapat Surprise box berwarna merah jampu . Senyum kambing pun ada juga.. hihiihi happy dan terkejut la dapat hadiah .. time birthday pun takde orang bagi surprise macam ni . Meh kita buka sama-sama isi dalam box tu . Kotak comel merah jambu dilengkapi dengan cermin dan bunga-bunga weih ,..feell romantic pulak.  dalam kotak tu  ada set Enchanteur yang terbaru , Enchanteur Eau De Toilette ,rangkaian stunning .  Wahhh... terujaa sangat nak cuba ! 

Rangkaian Eau de Toilette Enchanteur - Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Tak perlu disangkal lagi , wangian seorang wanita ni daya tarikannya  sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar  , Bau je wangi mesti akan tercari-cari kan dari mana datang wangi itu. . Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. Feeling gorgeous gituu... 


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette , variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Cantikkan botol perfume ini , Minyak wangi Enchanteur yang sebelum ni pun dah nak abess... datang pula yang baru..wahh memang rezeki gitu .

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 



Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. 


Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY



Serbu laju laju weihh.... best-best... korang try la. 




i-Phone jatuh lagi ?

$
0
0

Iphone Jatuh Lagi ?

 Retak seribu... cintaku... bila mengenangkan..segalanya .. Ehh ternyanyi la pulak . Hurm.. sebak ada ,sedih pun ada.. tak sampai sebulan oih pakai Handphone ni . Tapi apa dah jadi ? macam biasalah.. pecah oih . Kalau korang ingat lagi , Lisa pernah tulis gak .. Iphone masuk dalam Jamban , phew. Haritu terhentak meja je pun.. kena screen tu pastu pecah. Then tadii.. tadi... pecah lagi . Ni lah sebabnya Mr Hati Batu tak nak dah belikan aku screen protector yang full cover . Sebab memang dah tau konfem tak bertahan lama mesti dah pecah lagi . Kali ke lima puluh sembilan kot beli screen protector. Phewww... 

Pilih Screen Protector glass full cover untuk selamat !

Mr hati batu memang dah bagi extra screen protector haritu , tapi yang tak full cover siap casing spigen ohh. . Hurm.. aku dah tahu mesti akan jatuh HP tu , jadi aku minta dia belikan full cover . Dia taknak..pastu membebel la pot pet pot pet.. pakai cover spigen jatuh tak jadi apa la. Haih.. Phone ni bukan jatuh dari bermeter2.. nk letak atas meja pastu jatuh kat atas meja tu je pun boleh crash . Beli mahal oih screen protector tu , tapi tu la sama je crash juga. Sebab si-Dia taknak belikan , aku beli la sendiri .

Malas sebenarnya bukan takde duit hahaha. So Lisa lebih rasa selamat pakai screen protector glass yang full cover sebab nanti jatuh tak kena LCD screen iphone tu. Nangis kang.... huhu... Terbayangkan boss pakai iphone tempoh hari , lepas tu pakai screen protector yang tak full cover , then jatuh. Ya... screen tu pecah oih... sampai sekarang tak elok lagi !


Macam mana boleh jatuh ? sebab tadi pergi tandas .. then time cangkung nak buka paip air tu tiba-tiba Hp jatuh . sedih bebbbb ! kalau cakap dengan mr Hati batu mesti kena bebel huhuhuhu


Kena beli screen protector baru la ni , agak sakit dan sedih juga la tengok HP cacat ni . Huhuhu 

Plan Celcom First Terbaru 2017 Tawarkan Sehingga 200GB data internet .

$
0
0

Plan Celcom Postpaid First Terbaru Tawarkan Sehingga 200GB data internet . 



Hi.. Assalamualaikum ! Dua hari lepas celcom launch pelan postpaid FIRST terbaru 2017.  Lebih banyak data internet dengan kuota up to 200GB  ! Woow.. rasa-rasa boleh habis ke tu ? yang pakai mesti la hard user betul lah kan. Plan celcom first yang terbaru ialah : First Gold Supreme ( RM128/month) , First Platinum ( RM148/month ) dan First Platinum Plus (RM188/month ) . Macam best je kan , sebab sekarang untuk First Gold Supreme keatas , akan dapat tambahan data internet untuk tengok video walla contohnya : . Meh baca lebih detail lagi . 



Dari gambar poster tu , nampaknya untuk pelan yang FIRST BLUE dah takda lagi . Eh.. kalau korang perasan ada nama masing-masing untuk pelan pelan first diatas. Jamie  , Gopi , Yan , Ju , dan Benji . Comel pula hehe


Celcom First GOLD SUPREME ( NEW) 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD SUPREME ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM128 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 50GB ( 25GB Weekday internet +25 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 25 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 



Celcom First Platinum ( NEW)


Berbeza dengan pelan First Platinum yang lama , First Platinum yang baru ini lebih murah dan banyak kelebihan . Harga yang untuk bulanan sebanyak RM148 (tidak termasuk gst ) , dan korang boleh dapat ekstra 30GB internet untuk video Walla. Wahhh.. lagi untung weihh. 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First PLATINUM 148  ini ialah : 


  • Bayaran bulanan RM148 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 60GB ( 30GB Weekday internet +30 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 30 GB .
  • Unlimited call & SMS  panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


Celcom First Platinum Plus ( NEW) 


Nampak 60 GB tu kalau Lisa dah rasa banyak dah , walaupun begitu ada je yang tak cukup , mungkin bukan seorang guna kot kan. . Contoh terdekat kawan Lisa ... haa dia sebelum ni pakai yang platinum 60GB , Lisa bagitau lah ada pelan baru yang lagi banyak data. Trus dia tukar ke pelan yang baru , rasa-rasanya cukup la kot kan.. hehe tengok bulan ni macam mana .Kalau tak cukup gak.. tunggu la celcom unlimited.. ( tapi tak tau la tahun bila hahah ) 

Kelebihan First Platinum Plus 188
  • Bayaran bulanan RM188 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 100GB ( 50GB Weekday internet + 50GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 100 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Unlimited SMS
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


NOTA PENTING :
* VIDEO WALLA :  YouTube, Netflix, iflix, Tonton, Astro Go, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV and Daily Motion, the Video Wall supports all these 
( Unlimited Calls to all networks apply to domestic usage. This excludes video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei. ) 

Celcom First Gold 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD 80 ini ialah :
  • Bayaran bulanan RM80 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 20 GB ( 10GB Weekday internet +10 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Boleh aktifkan ANYDAY GB , penggabungan data internet tanpa pecahan hari biasa dan hujung minggu dan korang akan di caj RM10/bulan


Celcom First GOLD PLUS 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD PLUS ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM98 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 40GB ( 20GB Weekday internet +20 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had ,
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Jika korang kekalkan number dari other telco , korang boleh pilih FIRST GOLD PLUS ANYDAY GB , combine terus dapat 40GB tanpa pecahan dan dapat rebatecaj Anyday rm10 selama setahun
Ya... pasti akan ada yang cakap , masih tak unlimited internet.. sedangkan telco lain sekarang tawarkan pakej unlimited internet dan call . Bagi Lisa la kan , telco terbesar dalam malaysia ni  paling banyak dipilih orang ialah Celcom dan Maxis , sebab tu telco lain tawarkan pakej unlimited untuk tarik pelanggan agar pilih mereka . Bukan nak cakap celcom ni paling bagus, apepun .. baik atau tidak , bagus atau tidak telco tu terhad kepada coverage korang. Pilih la yang sesuai untuk digunakan ditempat korang ye . Unlimited pun kalau tak boleh hotspot tak guna gak , sebab ada yang kerja outstation kena hotspot ke laptop or device lain .

Pesan Lisa .. Bijaklah dalam memilih telco yang sesuai dengan kelajuan di tempat korang.
See uu next info... 

Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%

$
0
0

Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%

Hai .. selamat hari minggu ! Musim hujan sekarang ni ..minum kopi dan makan ubi rebus panas-panas... perghh nikmat tak terkata. Selain teh , Lisa pun jenis penggemar kopi , turun dari mak la agaknya ! Banyak nama nama kopi yang dah dikeluarkan di Malaysia ni , bahkan ada yang import dari negara lain . Ehem.. penggemar kopi mesti la tahu hehehe... Lisa ternampak kawan-kawan minum kopi badang,  dengar cerita dibuat dari 100% kopi tulen. Rasa nak try juga la... agak-agak lepas minum nanti jadi badang ke ? Khasiat dan Harga kopi badang ini pun Lisa ada tulis dibawah . hehe


Kopi Badang Cafe 

Lain dari yang lain , kopi badang cafe adalah kopi 3 in 1 yang tidak mengandungi perasa tiruan , tiada kandungan pengawet , dan 100 % diperbuat dair kopi tulen . Wah.. TIADA PERISA tiruan ! hohooho.. Kandungan kopi utama dalam Kopi Badang ini ialah kopi robusta dari Columbia dan sesuai dengan cita rasa Asia. Jangan risau , Lisa dah try minum , tiada apa kesan sampingan pun seperti sakit kepala atau jantung berdegup lajuuu... ala-ala lari marathon tu . 



Khasiat Kopi Badang


Sebelum Lisa terlupa , kilang pengeluar KOPI BADANG CAFE ini berada di Johor Bahru , dan dikeluarkan oleh AL-Mubarak Health SDN. BHD. Disahkan HALAL oleh JAKIM , so korang tak perlu la was-was minum kopi ini okayh !! 

1. Tidak ada kesan sampingan

Berbanding kopi segera yang lain kopi Badang Cafe tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada peminumnya. Rasa tidak selesa seperti sakit kepala, mual, tidak sedap badan, gigi kuning, sakit perut, sakit buah pinggang, sembelit, dan lain-lain kesan akibat minum kopi campuran lain tidak dirasai dengan kopi kopi ini.


2. Menghilangkan rasa letih dan lesu

Ini penting untuk yang berkerja menggunakan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan selepas meminum kopi ini dapat membantu pelajar memahami serta menghafal pembelajaran dengan baik. Untuk yang sedang menyiapkan tugasan seperti “assignment”, kopi ini sangat sesuai untuk menemani mereka.

3. Sesuai untuk orang yang ingin memulakan perjalanan.

Perjalanan baik jauh maupun dekat memerlukan tubuh badan yang segar. Pekena kopi Bdanag ini sebelum memulakan perjalanan pasti membuatkan badan terasa segar tanpa rasa mengantuk, letih, lesu dan lapar di sepanjang perjalanan.


Yes biasanya kalau Lisa minum kopi 3 in 1 yang lain , Lisa akan cirit birit , pening kepala atau fegupan jantung laju . Tapi minum kopi ini , elok pula perut tak meragam . Perut Lisa memang sensitif , jadi kandungan dalam kopi Badang ni , lisa dah minum dan ianya selamat tak buat sakit perut  . 




Amboih kemain eksaited nooohhh !  dapat jugak merasa kopi badang ni 


HARGA KOPI BADANG CAFE 

Dalam satu kotak Kopi Badang ni ada 24 paket . Cara penyajian nak bancuh panas boleh , nak bancuh letak ais pun boleh , ikut suka korang ar.. Untuk harga Kopi Badang Cafe ,  korang boleh terus tanya sendiri dekat kak Nani atau mesra di panggil Mama Kembar 3  ,  Detail dibawah ini : 



Instagram: MamaKembarTiga 

Whatsapp: +60133935052

Jangan segan-segan tanya , mana tahu tengah ada Promo ke kan.. Baca juga testimoni kopi badang cafe ( klik untuk baca




Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita

BIODATA AMALINA ARHAM

$
0
0

BIODATA AMALINA ARHAM

Tak rasa , hari ini  drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dah sampai episod akhir . Anyway... dalam artikel sebelum ni di tajuk Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin , ada komen yang bertanyakan siapa nama sebenar pelakon yang melakonkan watak Kalsom , Private Investigation Datin Umairah . Ha..,, ada la dua tiga komen yang nak tahu . Watak Kalsom Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin diperankan oleh Amalina Arham . Biodata Amalina Arham korang boleh baca dibawah .

BIODATA AMALINA ARHAM .

Watak Kalsom Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Nama Penuh : Amalina Arham 
Tinggi : 165 cm 
Berat : 58kg
Pendidikan : Pelajar di Taylor's University (  2015-2018 )
Drama : Impian Lulu , Bagaikan Kelip-Kelip , Shh I Love You , Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin 
Facebook : Amalina Arham 
Twitter : 1amalina1
Instagram: Amalina Arham 

Gambar Amalina Arham 


pelakon watak kalsom drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin



Durian McFlurry Malaysia , sedap tak ?

$
0
0

Durian McFlurry McDonals Malaysia , sedap tak ? 

Bulan Julai lepas McDonalds Malaysia keluarkan menu burger Korea , yang terbaru pula McFlurry Durian  yang keluar secara rasminya pada 24 Ogos 2017 . Agaknya durian mcFlurry sedap tak eh ? Beratur sampai panjang oih ketika hari pertama launch menu ni . Adeh.. yala.. mesti semua nak jadi yang pertama rasa . Ada yang cakap sedap , ada yang cakap tak sedap .. macam mana tu ? so Lisa try la beli dan rasa sendiri ., dan rasanya sedap bak kata Lisa. 


McFlurry Durian Sedap ! 

Lain orang lain taste , bagi Lisa rasa McFlurry durian ini sedap . Macam makan durian yang di blend dan campur aiskrim , sedap-sedap gitu ada rasa durian terselit kat gigi . hehehe.. rasa manis . Dengar cerita durian dalam McFlurry ni adalah  durian gred D24 , tengok kat banner la . Tapi memang betul rasa durian tu je . Ada yang cakap tak sedap ? Boss cakap la,, kalau nak makan mcd yang sedap..pilih tempat yang francais besar , kalau kecil ni agak kurang sedap makanannya . Kawan ada juga cuba makan di francais besar tapi rasa tawar , mybe sebab ramai orang nak beli tu yang dia kurangkan resepi durian tu hahaha. Entah ler.. Lisa beli sedap dan banyak durian tu . Lisa beli pun dah 3 hari selepas keluar menu ini , 3 hari pertama selalu SOLD OUT .. ramai gak yang beli rupanya 

Boleh tahan mahal la juga harga untuk secawan McFlurry Durian ni berbanding dengan Mcflurry biasanya . RM 7.99 ala senang cakap rm8.00 . Kalau takut dapat tak sedap , boleh la tong tong beli mcFLurry ni , kalau rasa sedap .. beli lagi , kalau tak sedap..takdela kan membazir duit .

Lisa bagi  4/5 bintang untuk rasa McFLurry durian ni . Tahap kemanisan 5/5 , rasa durian 4/5 . 




Korang dah try ? Sayangnya dengar cita dah habis duration ni .. 29 Ogos lepas dah diumumkan dah SOLD OUT dan akan kembali lagi 2018 nanti . tapi ada kawan yang masih dapat beli mcFlurry ni .. mana satu yang betul ni ?hihi 




Gambar Kening Wave Eyebrow

$
0
0

Gambar Kening Wave / Wave Eyebrow 

Sebelum ni dah ramai orang lukis kening ala-ala sinchan yang tebal tu , lepas tu viral pula kening petak .. dan baru-baru ini keluar style baru iaitu lukis kening wave atau wave eyebrow . Lisa tengok dah macam keris pun ada , macam cacing kena siram air panas pun ada , satu lagi .. macam katak berudu . Hahaha..aduh ... macam-macam  la kan orang sekarang ni .  



Meh Lisa kongsikan gambar kening wave yang tengah trend katanya .





Seram sejuk je Lisa tengok ni . Kalau untuk photoshoot boleh la , tapi untuk daily makeup atau pergi berjalan kening macam ni memang berani sungguh kan . Hahhaa.. 



Harga i-Phone 8 di Malaysia

$
0
0

Harga i-Phone 8 di Malaysia

Tik tok tik tok tak terasa dah tinggal beberapa minggu lagi iphone akan keluarkan series yang ke 8 . Selepas keluar iPhone 7 dan 7 Plus , terus keluarkan iPhone 8 tanpa keluar 7 s seperti iphone series  6 sebelum ini . Apa yang menarik dari i-Phone 8 ini  ? Harga iphone 8 mesti mahal gila kan . Tak sabar rasanya nak tengok feedback. Nak beli ke tidak tu kena tengok feedback dulu la , setakat ni i-phone tak pernah mengecewakan lagi seperti jenama HP lainya yang kena return back ke kilang semula hehehe.

Kelebihan i-Phone 8


Apa yang best dari i-Phone 8 ni ?  sedikit banyak korang boleh tengok video dibawah ini . Dari apa yang Lisa nampak kelebihan iphone 8
  • Tiada lagi button home , 
  • 3D Facial Recognition , ni ganti dari touch ID 
  • Permukaan depan dan belakang semua dari glass. 
  • Wireless charger  , untuk kali pertama i-Phone keluar version macam ni . 
Wow.. macam menarik bukan? 

Lisa tak berapa suka dengan wireless earphone , rasa tak best je . mahal pula harga kalau rosak ke hilang , lepas tu  iphone 8 semua glass bahagian depan belakang ,..dah la lisa ni agak cuai . Tidak sampai la i-Phone Jatuh Lagi . Tapi.. kalau ada orang nak belanja seketul iphone 8 , Lisa terima dengan senang hati hahahaha 



Gambar i-Phone 8 















Pelamin Tema Hello Kitty

$
0
0

Pelamin Tema Hello Kitty - Kluang 

Assalamualaikum ! Hello apakabar.. hehehe. Wah baru-baru ni viral pelamin kahwin dengan tema Hello Kitty . Penggemar Hello Kitty betul la tu kan . Ye wak.. memang wujud.. di Kluang -Johor di  Majlis pernikahan Teja + Miemy . Ayah pengantin perempuan adalah seorang pemilik Sri Andaman Mempelai .  andam bridal famous kat Kluang ni . Rasanya peminat hello kitty boleh menangis histeria tengok ni . haha comel weih.. 

Gambar Pelamin Tema Hello Kitty 

Pengantin pun cantik ., bridal cantik , pelamin cantik.. Photog gambar cun ... fuhh semua cantik . Aku minat juga dengan Hello Kitty ni , tapi minat gitu-gitu je .. heeww... Nah Lisa bagi detail semua yang menjayakan majlis ini. Korang yang nak kawen tu boleh la try usha .. Gambar pelamin Tema Hello Kitty ada dibawah ini juga. 


www.wasap.my/+60197579703 Sahrul Sham Samingan
Busana | Sri Andaman Mempelai
Designer by Hanna Othman
MUA | Cici Idris


Photo by Sempoi Photography & Services













Senarai Pelakon Titian Cinta

$
0
0

Senarai Pelakon Titian Cinta

Tertunggu-tunggu juga drama TITIAN CINTA TV 3  ni , ingatkan Isnin dah ditayangkan , tapi ditunda Selasa . Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Watak Hero dan heroin gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Senarai Pelakon dalam Titian Cinta antaranya  : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd 



Pelakon Titian Cinta 

Watak pelakon dalam titian cinta ni mesti dah tak asing dalam mata korang . Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nah Lisa bagi detail senarai pelakon titian cinta yang ditayangkan di TV3 



PELAKONWATAK
Zul Ariffin sebagaiUmayr Harris
Farah Nabilah Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir AlamSofia
Daler Yusuf Ryan Smith
Shah JazleDaniel
Dian P. Ramlee Hajah Mariah
Marisa Yasmin Puan Sri Nora
Arash Mohd Tan Sri Hakim
Kuza Hajah Mariam
Rahim Jailani Haji Helmi
Dottie Sakeena
Adam Shadan Fahmi
Feiyna Taj Farah
Rais IsmailRazali
Dibi Halim Liya
Kamaliah Mat Dom Mak Siah
Qis SajatPuan Kamaliah
Kamal Ibrahim Syed Jamal
Razali GhaniPak Rusydi
FahaNafeeza
AlexandraMelissa



LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA

Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda


SINOPSIS TITIAN CINTA

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?


GAMBAR PELAKON 


Credit : myinfotaip










CENDOL DURIAN SMOOTHIE Menu Baru CoolBlog

$
0
0


Musim durian ini ramai pula para peniaga makanan yang meletakkan Durian sebegai menu special , cendol durian , pulut durian , serawa durian , MCFlurry Durian dan sekarang menu baru dari CoolBlog iaitu CENDOL DURIAN SMOOTHIE . Lisa pula termasuk dalam kategory  penggemar durian juga la , sebab tu memang tak nk ketinggalan rasa semua minuman atau makanan yang berbahankan durian . Agaknya macam mana pula eh rasa CoolBlog CENDOL DURIAN SMOOTHIE ? sedap ke tidak ?

CoolBlog CENDOL DURIAN SMOOTHIE


Balik kerja Lisa order la satu Cendol Durian Smoothie CoolBlog ni . Dilayan dengan ramah oleh pekerja CoolBlog tu . Masa diorang blend tu ,  pheww...hidung ni dah terhidu durian  , aum ... tak sabar pula nak rasa , nasib baik tak meleleh air liur .  Letak susu atau letak cream ikut selera masing-masing . Biasa orang letak cream , rasa smoothies gitu  . Dah siap je , atas tu letak toping cendol . Baca doa baru sedut dan minum ... Sruupp...  Dari bau tu memang ada durian , rasa pun ada la rasa durian , boleh tahan sedap . Oh ya .. CENDOL DURIAN SMOOTHIE COOLBLOG ini dijual bermula dari 7 September 2017. Harga Cencol Durian Smoothie CoolBlog : RM 7.50 

Apakata Lisa 

Untuk rasa tu Lisa bagi rate : 3/5 bintang , Tak rasa durian sangat , tak nampak durian tu .. hehehe. Tak seperti MCFlurry Durian , ada la inti durian blend tu . Yang ini takde , uhuks... Mybe durian yang digunakan berlainan . Ye dak.. Tapi ini pendapat peribadi dari Lisa la.. mungkin tempat yang buat berlainan , sebab kawan bagitau sedap ! Sama halnya seperti McFlurry itu . Nak try Tea Live pulak , katanya ada perisa Durian . 



Korang juga boleh try CoolBlog Menu Promotion flavour baru  , sampena menyambut hari Malaysia 16 September 2017 : 

  • CENDOL DURIAN SMOOTHIE ; RM 7.50
  • COCO YAM PULUT HITAM SMOOTHIE : RM 6.50
  • COCO KACANG CHOCOLATE SMOOTHIE : RM 6.50


Selamat Hari Malaysia !! 😊


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

$
0
0
Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41
Tahniah! Anda telah terpilih untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Jika anda telah mengisi borang untuk jawatan tersebut, anda pasti mengetahui tentang cabaran yang anda bakal hadapi sekiranya anda terpilih untuk menduduki ujian ini. Anda telah menyemak nombor kad pengenalan anda di laman web LHDN di  http://e-semakanntt.spa.gov.my/ dan maklumat seperti di bawah terpampang di skrin anda;

Nampaknya anda perlu bersiap – sedia kerana ujian tersebut pasti tidak mudah untuk anda lakukan melainkan anda berpengetahuan tinggi dalam pelbagai subjek dan juga berpengalaman dalam bahagian ini. Peperiksaan Online LHDN untuk tahun 2017 akan dilakukan pada 20 September 2017 jadi masih tidak terlambat untuk anda membuat ulangkaji sebelum peperiksaan sebenar dijalankan. Akan saya kongsikan beberapa contoh soalan peperiksaan online pegawai lhdn dan jawapan untuk peperiksaan ini supaya anda terbiasa dengan soalan yang bakal ditanya nanti. Tetapi, ingat saya ingatkan bahawa ini hanyalah contoh soalan, bukan ramalan soalan. Jangan keliru ya!
Image result for peperikasaan online lhdn pegawai esekutif gred 1
Apa Itu LHDN?
Image result for lhdn
LHDN atau nama panjangnya Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan salah satu agensi utama di bawah kementerian kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. LHDN ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Definisi dan juga tugas LHDN adalah perkara pertama yang anda perlu tahu sekiranya anda mahu bekerja di bawah agensi ini.
Pembahagian Soalan Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41
Related image
Soalan peperiksaan online akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu;
  1. Seksyen A (Pengetahuan Am)
Tempoh masa: 40 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 8:40 malam
  1. Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Tempoh masa: 50 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:55 malam
Masa peperiksaan tamat: 9:45 malam
  1. Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) – Seksyen baru untuk 2017
Tempoh masa: 20 minit
Masa peperiksaan bermula: 10:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 10:20 malam
Nampak seperti sukar kan? Tetapi ia akan menjadi mudah sekiranya anda melengkapkan pengetahuan anda dan jangan risau, saya akan terangkan satu demi satu maksud serta contoh soalan dan jawapan bagi setiap bahagian.
Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41 ;
Seksyen A: Pengetahuan AM
Image result for general knowledge
Seksyen A merupakan bahagian di mana calon – calon peperiksaan akan diuji dengan daya kesedaran terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber Malaysia/ infrastruktur, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah, keselamatan dan pertahanan negara.
Untuk menjawab soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN, anda perlu mengetahui aspek – aspek berikut ;
● Pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya jawatan Pegawai Eksekutif LHDN
● Hal Ehwal yang berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
● Pengetahuan AM mengenai pentadbiran dan pengurusan LHDNM
● Peka terhadap isu semasa dalam dan luar negeri terutamanya melibatkan pihak LHDNM
Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen A: Pengetahuan Am
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Jawapan: A
  1. Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
I. Kanak-kanak
II. Balu askar dan polis
III. Orang kelainan upaya
IV. Mangsa bencana alam
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. I, II dan IV.
D. II, III dan IV.
Jawapan : A
  1. Cukai Jualan Diperkenalkan pada:
A. 03 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 01 April 2015
D. 29 Februari 1972
Jawapan: D
  1. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang
Jawapan: B
  1. Di antara berikut, yang manakah BUKAN ditadbir oleh Kementerian Kewangan?
A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
C. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
D. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
Jawapan: B




Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Image result for math
Seksyen B mengandungi soalan – soalan yang mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara seperti kemahiran menggunakan logik, kemahiran mengintepretasi data, dan konsep matematik.
Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  1. Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah;

https://coachkerjaya.com/wp-content/uploads/2017/09/lhdn-1.png
Jawapan: A

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN
  1. Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang  
B. 40 orang  
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Penerangan:
Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240
Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200
Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40
  1. Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat
A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat
Jawapan: B
  1. Pilih nombor yang terakhir dalam susunan di bawah
25 24 22 19 15 ?
A.13
B.10
C.7
D. 5

Jawapan: B
Penerangan:
25 – 1 = 24
24 – 2 = 22
22 – 3 = 19
19 – 4 = 15
15 – 5 = 10




 
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Image result for reading
Calon – calon peperiksaan akan diuji dengan pemahaman didalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di seksyen C ini. Calon bakal disemak dari segi kemahiran memindahkan maklumat, tata bahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.
Contoh Soalan Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Contoh soalan yang akan diberikan kepada anda berdasarkan petikan adalah;
  1. Mengapakah ada individu yang masih belum memiliki rumah?
  2. Harga hartanah di Malaysia sentiasa meningkat, apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya masih belum memiliki hartanah?
  3. Berapakah kadar Base Lending Rate (BLR) yang paling rendah pernah dicatatkan?
  4. Apakah kekurangan yang bakal berlaku jika anda membeli rumah permulaan?
  5. Jika anda mahu membeli rumah, apakah jenis rumah yang terbaik sebagai permulaan?
Tips: Pastikan anda menjawab soalan subjektif ini dengan baik kerana anda bukan sahaja diuji dari segi pengetahuan, tetapi juga diuji dari segi penggunaan bahasa. Elakkan menggunakan bahasa rojak dan penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.
Kenapa Anda WajibLulus Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41ini?
Jawapan kepada soalan ini adalah sangat mudah sekiranya anda seseorang yang mahu gaji yang lebih besar dari yang anda dapat sekarang. Dengan kenaikan pangkat dan juga kenaikan gaji, hidup anda akan menjadi lebih mudah dengan keadaan ekonomi yang agak tidak stabil. Anda akan memikul tanggungjawab yang agak besar di dalam agensi LHDN tetapi anda juga akan mendapat ganjaran yang lebih memuaskan sekiranya anda lulus peperiksaan ini.


Kenapa Anda Perlu Bekerja Dengan Kerajaan Malaysia?

Image result for kerajaan malaysia
Sesetengah orang lebih suka bekerja dengan agensi – agensi swasta kerana peraturan – peraturan mereka tidak begitu ketat dan mereka juga mendapat gaji yang agak tinggi sehingga mereka tamat perkhidmatan. Tetapi, anda harus tahu bahawa berkhidmat di bawah kerajaan Malaysia juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Kerajaan Malaysia menawarkan kelebihan kenaikan pangkat dan juga gaji sehingga anda sampai umur berpencen dan anda akan dapat merasai elaun – elaun yang khas untuk pekerja kerajaan serta pencen yang telahpun dijamin agar anda akan berasa senang di hari tua. Di bawah akan saya sertakan beberapa kelebihan sekiranya anda bekerja di bawah agensi – agensi kerajaan.


Kelebihan Bekerja di Bawah Agensi Kerajaan Malaysia

  1. Elaun
Image result for duit
Telah saya sebutkan di atas bahawa anda akan mendapat elaun sekiranya anda bekerja di bawah kerajaan Malaysia. Elaun – elaun yang diberikan dapat mengurangkan beban anda di dalam sesuatu perkara seperti kos pengangkutan dan juga kos – kos yang lain sekiranya anda ditempatkan di kwasan – kawasan yang asing bagi anda. Antara elaun yang anda akan dapat adalah elaun rumah dan juga elaun sara hidup. Lebih tinggi jawatan anda, lebih tinggilah elaun rumah yang bakal anda dapat. Elaun sara diri pula diberikan untuk anda yang tinggal dikawasan yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dengan bekerja dengan sektor kerajaa.
  1. Bonus Tetap
Image result for bonus
Setiap kali Perdana Menteri mengumumkan bonus di dalam televisyen, setiap kali jugalah anda akan menerima bonus sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan. Sesiapa yang bekerja dengan kerajaan, mereka dianggap sebagai berkhidmat untuk masyarakat dan anda akan menerima Imbuhan Tetap Khidmat Awam. Pekerja sektor swasta tidak akan menerima kelebihan ini kerana bonus yang mereka terima adalah berdasarkan keuntungan syarikat persendirian dan mereka tidak dianggap sebagai berkhidmat untuk masyarakat.
  1. Kenaikan Gaji
Image result for naik gaji
Kenaikan gaji adalah wajib bagi sesiapa yang berkhidmat dengan kerajaan. Setiap tahun pasti akan ada kenaikan gaji sekurang – kurangnya sekali. Jika anda dinaikkan pangkat atau gred jawatan anda berubah, anda juga pasti akan menerima kenaikan gaji dan elaun. Sektor awam mempunyai kadar kenaikan gaji yang bagus dan anda pasti tidak akan menyesal andainya anda bekerja dengan sektor kerajaan.
  1. Cuti yang Fleksibel
Image result for cuti fleksibel
Anda akan mempunyai masalah sekiranya anda mahu meminta cuti di dalam sektor swasta kerana kadang – kadang mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup. Pasti susah untuk mereka menjalankan kerja sekiranya anda bercuti. Anda tidak perlu risau tentang cuti sekiranya anda bekerja dengan kerajaan kerana anda akan mempunyai cuti yang boleh diubah. Cuti tahunan minum yang anda bakal dapat adalah 14 hari dan 25 hari untuk pekerja bidang professional. Anda juga akan memperolehi cuti untuk kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Para wanita akan mendapat cuti bersalin selama dua bulan untuk berehat dan juga berpantang. Ini belum termasuk cuti umum ataupun cuti kecemasan. Untung kan?
  1. Simpanan Masa Depan
Image result for kwsp hd
Kemudahan caruman KWSP adalah amat berguna sekiranya anda mahu mempunyai simpanan di hari tua. Setiap pekerja kerajaan akan mempunyai simpanan KWSP di mana wang tersebut dikumpul dari potongan gaji setiap bulan dan ditambah pula wang dari majikan. Wang ini tidak dapat dikeluarkan sehingga anda berumur 50 tahun dan ia akan memudahkan anda di masa hadapan. Pekerja kerajaan juga akan mendapat pencen tetap selepas anda bersara pada umur 50 tahun dan anda akan mendapat separuh dari gaji anda tanpa perlu melakukan apa – apa pekerjaan. Anda boleh bersenang – lenang di hari tua anda sekiranya anda bekerja keras untuk kenaikan pangkat anda pada umur yang muda.
  1. Kemudahan Mendapat Pinjaman
Image result for loan hd
Salah satu kelebihan yang anda bakal dapat dengan bekerja di sektor kerajaan adalah kemudahan untuk mendapat pinjaman. Dengan pekerjaan yang tetap di agensi – agensi kerajaan serta gaji yang stabil di mana gaji anda hanya akan naik tanpa menurun, anda akan mudah mendapat pinjaman untuk membeli aset – aset seperti rumah dan juga kereta.

Kelebihan Bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Image result for lhdn
Jika anda berpeluang untuk bekerja dengan LHDN, anda seperti telah berjumpa dengan lombong emas. Hal ini kerana, LHDN menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding sektor – sektor awam yang lain. Agensi ini berada di tempat pertama yang menawarkan gaji yang tinggi melepasi Imigresen dan lain – lain. Anda berpeluang untuk mendapat gaji sebanyak RM 2,600 hanya dengan menggunakan kelayakan pendidikan diploma.

Image result for computer
Selain itu, anda juga akan mendapat kemudahan meminjam komputer dan kenderaan. Kelebihan ini amat berguna sekiranya anda masih baru bekerja di dalam sektor kerajaan dan juga berada bukan di kampung halaman anda. Gaji yang bakal anda dapat di hujung bulan dapat disimpan dahulu kerana anda masih boleh meminjam komputer dan kenderaan mereka sebelum anda mengumpul duit untuk membelinya sendiri.

Image result for cuti
Anda bakal mendapat cuti tahunan mengikut kelayakan dan cuti bersalin seperti yang telah dijanjikan sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan. Cuti – cuti ini adalah fleksibel dan boleh ditetapkan oleh diri anda sendiri. Anda juga boleh mendapat pinjaman kerajaan yang pastinya lebih mudah dari pinjaman bank di mana kadar faedahnya adalah lebih tinggi.

Ada Lagi Maklumat Tentang Peperiksaan Online untuk Jawatan Pegawai Esekutif LHDN Gred 41?

Image result for exam online
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang peperiksaan online pegawai esekutif LHDN dan tips – tips yang berguna sebelum anda menduduki peperiksaan tersebut, anda boleh merujuk artikel Prof Hariz dengan klik link di bawah;
Artikel tersebut menyediakan maklumat serta perkara yang anda boleh lakukan untuk penyediaan peperiksaan online. Selamat berjaya!

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

BIODATA TISHA SHAMSIR

$
0
0


Assalamualaikum ! Drama Titian Cinta telahpun sampai ke episod 3 hari Khamis lepas . Korang kenal tak SOFIA / Sofea ,watak antagonis yang jahat sanggup tikam kawan sendiri tu. Watak sofea dilakonkan oleh Tisha Shamsir Alam yang dulu pernah juga berlakon di Gerak Khas. Eh geram je tengok Sofea dalam Titian Cinta TV3 tu . Mentang-mentang si Rayan lebih kaya dari Haris , terus sailang dari Aisy .  Ter-emo pulak wak kita ni .  Biodata Tisha Shamsir ada dibawah ini. 


Biodata Tisha Shamsir 

Nah berikut biodata penuh Tisha Shamsir yang setakat ini Lisa tahu la . Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim keenam. Tisha terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas.

Nama Penuh: Sharnobiah Shamsir Alam
Nama Panggilan: Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh , Kelantan
tarikh lahir : 20 Januari 1986
Umur: 31 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Penglibatan: Bekas Peserta Mentor 6
Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Villa Nabila, Bahagia Kasihmu, Titian Cinta (2017)

Laman Sosial:
Instagram: @tisha.shamsir.alam 




DEODORAN PROTECT & CARE NIVEA , Penjagaan Kulit Lebih Lembut

$
0
0

DEODORAN PROTECT & CARE NIVEA


Assalamualaikum ! Dari banyak-banyak deodoran , NIVEA dah jadi favorite Lisa . Sesetengah dari deo tak tahan lama , dan buat baju jadi kuning . Yes.. masa sekolah dulu , baju putih memang kuning-kuning la bagian dalam , masa tu memang tak pandai pilih lagi . Untuk pengetahuan korang , sebenarnya masa kita cukur atau cabut bulu bawah lengan tu ,, sedikit banyak kulit kita pun akan terkikis dan menjadi rosak . Jangan risau , kini NIVEA hadir dengan  DEODORAN PROTECT & CARE NIVEA , perlindungan berpanjangan dengan penjagaan kulit yang lembut 


Perlindungan Berpanjangan dan Kulit lebih lembut dengan NIVEA PROTECT @ CARE 




Ada orang cakap la , kalau taknak ketiak hitam ,, kena cabut bulu halus bawah lengan tu . Tahukah anda , jika cabut bulu kemungkinan .pada  bahagian tersebut  akan menyebabkan bulu tumbuh kedalam  kuliti dan pembesaran  pori-pori pada  kulit  bawah  lengan  . Kaedah alternatif juga  tidak sempurna, apabila korang mencukur bulu .. tekanan pencukur pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan   luka-luka   kecil , pernah tak korang spray atau letakkan deodoran selepas mencukur , mesti pedih bukan ? sebab mencukur dan mencabut bulu bawah lengan menyebabkan kerosakan kulit. Serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit, Kini korang boleh di atasi dengan Deodoran Protect & Care Nivea. Yang lagi best ia kekal berpanjangan selama 48 jam dan terasa sangat segar , kulit bawah lengan jadi lebih lembut dan licin .


NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect  & Care ,  deodoran  yang  diperkayakan  dengan esen NIVEA  crème ,warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang  lembut. Deodoran  Protect & Care  NIVEA memberikan kulit  anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam. Memberikan korang kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya  yang lembut juga menyuburkan dan berikan bawah lengan yang lembut dan licin. No more kasar-kasar lagi ! Nasib baik bertudung , kalau tak ..Lisa dah tunjukkan lengan bawah  yang halus dan putih ni .. #ehh gurau je hew hew . 



Deodoran Protect  &  Care NIVEA roll-on 50ml 

Antara Deodoran Protect  &  Care NIVEA  Spray dengan roll-on , Lisa lebih suka deodoran yang spray sebab cepat kering dan lebih mudah digunakan . Tapi jika Lisa pergi travel atau bercuti pula , Lisa akan pilih yang roll-on . Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml , korang boleh dapatkan dengan harga RM 11.30 sahaja . Sedangkan untuk Deodoran Protect  &  Care NIVEA spray 150ml , dijual dengan harga RM 17.50 .





 Deodoran Protect  &  Care NIVEA spray 150ml
“Di NIVEA,  kami percaya bahawa  penjagaan  kulit  dapat melindungi  dan  menjaga  kulit pada seluruh  badan  anda termasuk  bahagian  bawah  lengan. Dalam  kehidupan  seharian yang  sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan  kulit  yang disebabkan  oleh mencukur dan mencabut bulubawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan  kita pada kulit bawah  lengan,”kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

NIVEA CARE RUN 


Bagi korang yang sukakan sukan larian , JOM sertai juga NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA pada 29 Oktober 2017 ( Ahad ). Larian  sejauh  5 kilometer bakal berlangsung di  Presint  6 Putrajaya . Dan setiap peserta akan berpeluang   memenangi   pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakanpada hari yang sama ,Yuran pendaftaran RM65.00 sahaja , korang boleh daftar online je di website nivea , www.niveacarerun.com.my  .

PSTT : Pendaftarana kan ditutup 30 September 2017 ini. 




More Info :

BIODATA FARAH NABILAH

$
0
0

BIODATA FARAH NABILAH 


Lembut je kan tengok wajah dia bertudung , ramai yang tertanya siapakah nama pelakon yang memerankan watak Aishy dalam drama TITIAN CINTA , Slot Akasia di TV3 ni ? Watak Aishy dilakonkan oleh Farah Nabilah . Jom ketahui biodata Farah Nabilah lebih detail lagi .. 


BIODATA FARAH NABILAH [ watak Aishy dalam Titian Cinta ]

Nama Panggilan: Farah Nabilah
Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
Umur: 25 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Pendidikan: Jurusan Psikologi
Kerjaya: Pelakon, Model Iklan
Drama: Inikah Cinta, Papa Ricky, Titian Cinta (2017)
Laman Sosial:
Instagram: https://www.instagram.com/fawaaaa/


Gambar Farah Nabilah




Selebihnya korang skodeng la sendiri dekat IG dia hehee.. bye . ! 

Kelebihan IOS 11

$
0
0

Kelebihan Software IOS 11 


Hye.. korang yang Apple user tu dah update software ke IOS 11 belum ? Kalau belum.. meh laju-laju update phone korang tu . Untuk update software ni perlukan 2.04Gb Storage ye.. jadi kalau dah rasa nak penuh tu boleh la transfer data tu dulu , kang separuh jalan update tiba-tiba tersekat pula.  Banyak features baru pada iPhone dan iPad termasuklah App Store yang baru , Siri baru, dan banyak lagi . Salah satu yang Lisa suka ialah short cut paparan mobile data pada screen yang memudahkan korang untuk off dan on data . Kali ini pula Lisa akan review tentang kelebihan yang ada pada IOS 11. 





Kelebihan IOS 11 

Rasanya hari ini tak ramai lagi yang update ke IOS 11 , biasanya memang orang lebih rela menunggu sampai stabil baru la update sofware . Mana tau akan jadi hang , crash atau timbul masalah yang lainnya . Ok .. Lisa dah update dah , so far memang tak de masalah dan lagi . Ok la... banyak pula membebel , Meh lisa kongsikan Kelebihan IOS 11 .

1. Phone lebih smooth dan laju , ye betul... lagi laju dan smooth  semenjak dah tukar ke IOS 11 . 


2. Features baru  FILE APP
FILE  , Korang boleh simpan data, gambar , document  dan letak dalam satu FILE. Baik dari Icloud atau dari third party seperti Google Drive dan lainnya . 




3. Take Control Nampak tak paparan Take Control ini dah lain dari yang sebelum ini. IOS 11 dah customiz kan Control Center dengan yang lebihmudah digunakan ke favorite control. Gunakan 3D Touch untuk access control . 

Untuk addd atau remove favorite control , korang boleh pergi Settings > Control Center > Customize Control .

Short cut paparan multitasking Network Carier atau mobile data internet . 
Bagi Lisa mudah la untuk Lisa nak On / OFF  mobile data ini. Macam ritu pergi holiday , nak jimat batrey punya pasal Lisa kena on - Off mobile data. Kena masuk setting dulu baru boleh on off , haihh leceh . Sekarang lebih mudah ! awalnya Lisa ingat tu logo HOTSPOT , eh .. mobile data rupanya . ..patut tak naik 4G haha.




4. PENCIL . 
Nampak tak yang terpapar dibawah tu .  ada pencil oih... memudahkan kita wat kerja. So lepas ni nak sign agrement tak perlu la buka PC baru sign . Best best... nk conteng-conteng pun tak perlu guna PICSArt lagi . Mudah kerja kita.. 😋

Oh ya.. lepas screen shoot ni , gambar tadi akan muncul minimal di hujung kiri screen phone. Senang la kalau nak tengok atau terus edit gambar tu tanpa buka galery phone . 




 5. Munculnya Features Screen Recording . 
Setahu Lisa , baru phone SONY je yang sediakan kemudahan untuk record screen phone tanpa install apps . Sekarang iPhone IOS 11 ini dah boleh nak record screen , lagi best ! 



6. FUN LIVE PHOTO EFFECTS 
Di IOS 11 ini korang boleh swipe up LIVE Photo untuk pilih effect seperti Loop atau Bounce . Wahh. kena cuba nanti ..

7. Stay Focused On The Road .
Macam korang tengah drive tu , yang ni boleh jaga agar korang focus drive je dan tak kan dapat notification dan text yang mengganggu. Pergi dekat Setting > Do Not Distrub . Siap . Sesetengah orang suka sangat main phone ketika drive kan ? Bahaya cik non aih.. jangan buat gitu kayh. Sayangi keselamatan diri dan nyawa orang lain juga. 


Terms and Conditions 
T&C ini korang kalau rajin . baca la.. siap BOLD TU !!! ha.. mesti ada yang penting ... kalau rasa dah paham , tick agree dan kemudian start untuk upload software ke IOS 11 . Pastikan Internet WIFI laju dan tak terputus nantinya . 




REVIEW IOS 11 
Pendapat pribadi Lisa , IOS 11 lebih best dan smooth . Senang nak buat kerja dan banyak memudahan , features baru dan banyak lagi . So Far OK .. so korang dah boleh update phone atau iPad korang ke IOS 11. Banyak lagi sebenarnya kelebihan yang lain.. dalam ni ulasan sedikit je la dari Lisa. Korang download dan explore kayh ! 

Nantikan next artikel tentang cara buat screen recording di iPhone .

Bye... see u next artikel.. 
Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>