Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H

$
0
0

Assalamualaikum , masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438 H tahun 2017 ini. Mohon maaf zahir dan batin jika ada tertulis kata yang mungkin mengguris hati kalian . 

Macam mana dengan raya korang tahun ini ? mesti seronok bukan .  Lisa tak pergi mana , pusing kluang je , rasanya tahun ni hambar sikit la .. entah semakin dewasa ini makin rasa tak teruja macam dulu . Mungkin sebab banyak fikirkan masalah lain kot . Heww... kalau dapat soalan cepu emas tu jawap lah dengan elok-elok . Mereka hanya nak bermesra tu , jangan sentap sangat kayh. Wat lek wat peace . Macam Lisa ni ha , setiap tahun dapat soalan sama ,

 "Bila nak kawin ? "

 Jawapan lisa :
 " Insyaallah tahun depan " .
 hahaha.. dan tiap tahun soalan sama je , takde pun diorang ckp ..aik tahun lepas ckp tahun depan.. ni tahun depan lagi . Nampak tak disitu , yang diorang ni hanya nak bermesra je , tanya soalan pun bukan  ingt jawapan ... hehehe. Tak mo sentap-sentap ok!

Nah Lisa belanja gambar yang sempat snap raya pertama dan raya ketiga.  




Gambar Raya Ketiga 



Raya ketiga dah naik kerja . Hahaha.. lagi suka la sebab duduk rumah dah naik bosan . 




Banyak jenis blink blik je rasanya untuk tahun ni . pergi banyak tempat pun sama je , Lisa suka pula  kaler nude  ... Hek hek... lama rasanya tak beli kasut tumit tinggi ni . Jangan risau , tak pernah tergolek lagi . 




Itu jela cerita tentang hari raya ... Oh ya... finally dapat makan rendang ketupat cik yati . Aum... sedap weih.. walaupun makan sesudu je .. ilang la rasa teringin tu . Dan ye.. malam tu terus sakit kepala.. hahaha dah padan muka sapa suruh makan makanan bersantan. 

Still ok lagi dari orang lain yang terkena cirit birit sebab makan banyak maknan serentak .. hikhikhikk..

Bye... see u next entri... selamat hari raya ... !! 


Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

$
0
0

Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

Drama Hero sang Cinderella dah abes dah . Boleh tahan meletop gak gandingan #FATZURA ni , . Lepas ni pula boleh tengok Syafiq kyle berlakon dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha. Pelakon yang lain antaranya :, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza dan banyak lagi, Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan mula disiarkan pada 3 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. 

WATAK PELAKON 


PELAKONWATAK
Syafiq Kyle Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha Aira Qaisara
Arash Mohd Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin Marlia
Hairie Othman Datuk Roslan
Fahmy Reza Akmal
Mimi Ernida Tiara
Ariz Lufias Nazrul Elyas
Aishah Azman Mila
Elvina Chua Emily
Vicha Saywho Nadia
Bernard Hiew Allan


LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Tajuk Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini


SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri.

Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela.

Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

SINOPSIS NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 

GAMBAR PELAKON



gambar credit : myinfotaip.com


Wah tak sabar nak tengok malam ni ... suka tengok syafiq kyle berlakon . Hahaha.... jangan lupa malam ni kayh. 

Insaf baca Semusim Di Barzakh !

$
0
0

Semusim di Barzakh 

pernah tak korang berfikir dan ingin tahu bagaimana kehidupan selepas mati didunia . kehidupan sebelum menunggu hari kiamat ? Lisa ni masih cetek ilmu bab agama , tahu sikit-sikit je . Buku ini wat aku sentap ! Semusim di Barzakh , diangkat dari kisah benar. Bukan aku percaya dengan buku ini , tapi kata-kata dalam buku ini menyadarkan Lisa yang dalam dunia ni masih perlu mencari ilmu untuk bekalan akhirat nanti . Mati bukan noktah akhir sebagai makhluk-NYA . 


Bagaimana tergamak untuk engkau kufur kepada Allah padahal engkau dahulunya mati (tiada) , kemudian Allah menghidupkan engkau,setelah itu Allah akan mematikan engkau,kemudian Allah akan menghidupkan pula engkau di hari akhirat, akhirnya engkau akan dikembalikan kepadaNYA( untuk memberi balasan terhadap apa yang telah engkau kerjakan ) . 

Selagi masih ada ruang dan waktu , kejarlah ilmu bekalan akhirat nanti  . Dunia ni semakin jauh meninggalkan kita dan akhirat pula semakin depan . 

Novel : Semusim Di Barzakh
Penulis ; Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90 (SM) & RM31.90 ( SS) 



Sinopsis Semusim Di Barzakh : 

Malam itu fadh dikejar oleh sesosok wanita yang tanpa wajah dengan rambut panjang kebawah , sampai akhirnya jatuh dari tangga resort dan kemudian accident di jambatan . Kereta yang dinaiki jatuh ke gaung sungai dan akhirnya meninggal . Fadh yang merasakan kehidupan selepas mati , merasa ketakutan oleh azab disiksa dari satu masa ke masa . Di gigit ular berbisa , makan dan minum nanah juga muntahan sebab dulu didunia leka dengan kehidupan seperti minum arak , main perempuan , tinggal solat , dan tinggalkan puasa . Namun jika di kampung , alim ulama ... kehidupan yang jauh berbeza jika pulang ke bandaraya Kuala Lumpur .

Amalan yang sedikit tak mampu menyelamatkan Fadh , antara diperosongkan akidah dan hampir masuk ke agama kristian . Bagaimana pengakhiran semua penderitaan Fadh di alam Barzakh ? Betulkah apa yang dia alami semua itu hanya mainan syaitan atau betul-betul gambaran dari alam Barzakh ?

Korang kena baca sendiri .... :')



Ini bukan artikel berbayar , tidak sama sekali . Terimakasih untuk Hadi Fayyadh , penulis novel Islamik Semusim di Barzakh yang buat Lisa tersentap sedar semua ini. Cuba perbaiki diri , buka dan pelajari  Al-Quran dan terjemahan sekali sebab Allah dah tuliskan semuanya dalam Al-Quran .


Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA

$
0
0

Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC)yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊

Biodata Hannah Delisha

$
0
0

Wah .. nama Hannah Delisha tengah hot sekarang ini , heroin dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer tu . Seorang pelakon, penyanyi dan hos dari Singapura., dengar cerita ini ialah pertama kali dia berlakon untuk drama Malaysia.  Ramai pula artis dari luar negara yang jadi heroin di Malaysia ni . Kalau korang nak tahu biodata Hannah Delisha selengkapnya , meh Lisa bagi sedikit banyak detailnya .  




BIODATA HANNAH DELISHA 

Ternyata Hannah berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura . 

Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch

Nama Komersial: Hannah Delisha

Umur: 21 (2017) 


Tarikh Lahir : 27 October 1996 


Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Hos

Lagu Single: Retak , Anugerah dan Tidak perlu kata apa-apa

Drama: Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti, Bingit, Mencintaimu Mr Photograper

Twitter: hannahdelisha

Instagram: hannahdelisha




SPIDER-MAN : HOMECOMING , Best tak ?

$
0
0

SPIDERMAN : HOMECOMING, Best tak ? 


Hari pertama movie SPIDERMAN : HOMECOMING fuh .. kerusi dalam pawagam penuh  Nasib baik dah book tiket awal , kalau tak mesti dah melepas tengok . Kali ini Lisa tengok dengan cucu boss, umur 11 tahun gitu , sebab tu tiket kali ini dapat secara percuma jerrr. (memang selama ini tengok wayang percuma hahaha.. boss bayar ) . Tak sure budak punya ticket dah ada jual ke belum . Best tak spiderman homecoming ? Tom Holland memerankan watak Peter Parker /  Spider-Man ,  Robert Downey Jr. as Tony Stark / Iron Man, Michael Keaton as Adrian Toomes / Vulture , Zendaya as Michelle "MJ" Jones , diantara Actor and Actress yang turut menjayakan movie ni .   Seriously best ...  nak cerita lelebih tak boleh .. nanti kena kecam . Ahakss.. sian yang tak tengok lagi kan . 


SINOPSIS SPIDERMAN : HOMECOMING 

Aku nak cerita nanti korang cakap spoiler pula. Hmm.. Lisa bagi sumarry sikit je la ye . Spiderman Aka Peter Parker balik rumah aunty May selepas misi di Sokovia dengan Iron Man tempoh hari . Yang pasti kalau korang dah tengok The Aveger dan Civil War , nah Spiderman homecoming ni sambungan dari movie tu . Peter yang balik jadi manusia normal sebab dah suit tu Tony ambil semula . Sebenarnya ada 3 suit baru untuk spiderman , bukan 2 seperti dalam trailer.  hahaha.. OK la.. 3% Lisa dah cerita ni ha , nak tahu lebih lagi korang kena pi tengok sendiri . 



Pelakon Spider-Man Homecoming 



CAST
Tom HollandPeter Parker / Spider-Man
Michael KeatonAdrian Toomes / Vulture
Robert Downey Jr.Tony Stark / Iron Man
Marisa TomeiMay Parker
Jon FavreauHappy Hogan
Gwyneth PaltrowPepper Potts
ZendayaMichelle
Donald GloverAaron Davis
Jacob BatalonNed
Laura HarrierLiz
Tony RevoloriFlash


REVIEW LISA 

Lisa bagi 5 dari 5 bintang untuk SPIDER-MAN Homecoming ni . Dalam movie ni ada kelakar , ada motivasi , maksudnya tak bertumpu sangat dengan peperangan . Gaduh tu ada la , tapi peperangan kecil yang tak melibatkan banyak musuh . So, spider-man , kali ini lain dari yang lain . ada 2 hero dalam ni , iaitu Spider-Man dengan Iron man . Last scene iron man caruts blogger weih .. hahaha "real reporter yang pasti bukan blogger ." Huh... ingat blogger ni tak bagus ke apa . OK la.. blogger dah sampai taraf dunia gituu, sebab tak semua orang kenal apa itu blogger ... Hahaha.. korang jangan lupa tengok sampai habis tau , sampai after credit tu akan muncul captain america .Yes... so jangan keluar dari pawagam dulu . 

Tahukah anda , sebenarnya TOM HOLLAND dari kecil lagi memang teringin nak jadi Spider-Man . Wahh... bertuah ye ... impian jadi kenyataan beb ! 




Haaa.. Apa tunggu lagi , jangan lupa tonton kat pawagam , kalau tak nak nampak spoiler yang akan tumbuh macam cendawan dimedia sosial. Hahaha... 

Kelebihan , Khasiat dan Harga Jus Lutox Dnars

$
0
0

Jus Lutox Dnars 

Kerja di dalam mall sungguh mencabar betul , semakin penat  .. badan rasa lembik ja . Kadang balik rumah , duduk atas sofa boleh pula terus tertidur disitu . Dengan tak mandi lagi ,,, ( opsss terkantoi pulak )  ON Off je stamina ! Hmm.. macam mana nak jaga stamina tubuh ni ha ..? Oh .. sebelum ini Lisa pernah tulis artikel tentang JUS LUTOX DNARS , macam banyak je kan khasiatnya . Lepas join contest tempoh hari , Lisa cuba la juga amalkan minum jus lutox, ha... jom le Lisa story sikit apa bagus ke tidak , and berkesan ke tidak jus lutox dnars ni . Baca sampai habis tau ... 

gamabr Jus Lutox Dnars


JUS LUTOX DNARS ni minuman botani campuran buah-buahan dan sayur-sayuran . Awalnya dalam kepala ni asyik fikir Jus Lutox ni mesti pahit , berbau jamu , dan mesti tak sedap . Urghh... lemah betul kalau suruh minum suplement yang sirap ni . Takut membazir pun ye juga , demi kesihatan.. Lisa gagahkan juga teguk Jus Lutox ni . Glup.... eh.. sedap pula rasa jus ni . Rasa manis dan sedikit masam , macam minuman campuran buah kurma , honey dan lemon dicampur jadi satu . Nasib baik la tak pahit , so rileks je masuk dalam mulut . Dap dap... 


Kelebihan & Khasiat Jus Lutox Dnars Untuk Kesihatan 


Nah Lisa kongsikan ada 12 kelebihan dan khasiat utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

  • Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melancarkan proses penghadaman.
  • Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



AMARAN !!
  • TIDAK SESUAI UNTUK BAYI 
  • JAUHI DARIPADA KANAK-KANAK 

Kandungan dalam Jus Lutox Dnars 

Awalnya Lisa rasa risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus cari maklumat dalam web Dnars. Apa kandungan herba yang terdapat dalam jus Lutox Dnars sehingga membuatkan ia begitu berkhasiat . Nak tahu ? Just Lutox Dnars minuman kesihatan mengandungi   Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. minuman di buat dari bahan-bahan segar berkhasiat dan kaya dengan nutrisi semula jadi.


Simpan di tempat dingin yang kering untuk kekalkan khasiat dalam jus lutox ni dan untuk elak kandungan rosak . 


Saiz/Isi padu Produk: 400ml/botol



Cara Penggunaan Jus Lutox Dnars

Goncang sebelum digunakan. Lepas dibuka, sila simpan di tempat yang sejuk dan kering. Minum 2 sudu besar semasa perut kosong sebelum makan pagi dan makan malam. Mudah je bukan ? tinggal masuk mulut je. Jangan lupa untuk banyakan minum air kosong . 


Harga Jus Lutox Dnars

Harga untuk sebotol Jus Lutox Dnars ni RM100 untuk semenanjung dan RM110 untuk area Sabah- Serawak .

Cara beli paling senang korang boleh SMS atau Whatsapp di 019-717 7207 

Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM , korang tak perlu risau dan was-was lagi la .



REVIEW LISA :
So far Lisa dah minum dari hari dekat nak raya sampai la sekarang . Feed back kat Lisa positif jer ,  badan pun tak rasa sangat penat macam sebelum ini . Pagi-pagi bangun tidur dah tak mengantuk dan lemau lagi , kira dah sihat cergas bertenaga la , metabolisme pun lancar . Amboihh.. macam iklan pula . Tak perlu tunggu tua kalau nak minum Jus Lutox kayh.. sebab yang muda atau yang tua boleh minum , Jangan tunggu dah sakit-sakit baru nak tercari-cari .






Makin meriah rangkaian produk Dnars . Dengan Jus Lutox memberi banyak manfaat buat kesihatan tubuh dan badan.
Yang berminat  nak merasa Jus Lutox , nak sihat dengan Jus Lutox... Lisa tak jual tau .. boleh beli di pasaran . Tapi nak lagi senang , boleh je beli dan order secara atas talian di number bawah ini :

Website : www.lutox.com.my

Tel : 019-7177207

#JusLutoxDnars #JusLutox #Dnars #berdiritegapbertenaga
Semoga perkongsian Kelebihan , khasiat  dan harga Jus Lutox Dnars bermanfaat untuk semua yang ingin kekal sihat , bertenaga dan cergas sepanjang hari .  

Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

$
0
0


Uhuk.. rasa kejap je kan drama Ku Kirim Cinta , kini digantikan dengan Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin slot Akasia TV3 . Gandingan Pelakon Raysha Rizrose , Azrel Ismail, dan Idris Khan. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3. Macam mana pula ye ceritanya ? lepas baca sinopsis macam best je .. Lisa pun baru Hari ini tengok .. hehehe 

Senarai Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin


Untuk senarai pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin kali ini , ada mak airil dalam drama Andainya takdir tu .. tapi kali ini dia jadi mak yang baik gitu . Hehehee... 

PELAKONWATAK
Raysha Rizrose Yuhanis (Hani)
Idris Khan Saiful Mizan
Azrel Ismail Sharul Nizam
Zera Hariz Shila
Aprena Manrose Suraya
Zulkifli Ismail Encik Marzuki
Sheila Mambo Azimah
Zain Hamid Sharif
Daim Jailani Zul

LAGU TEMA / OST

Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

GAMBAR PELAKON PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 


 credit gambar : myinfotaip
Gambar Pelakon Pinggan Tak Retak  Nasi Tak Dingin 


Biodata Raysha Rizrose

$
0
0
Muka dia ada iras Mawar Rashid la .. Raysha Rizrose adik dari Uqasha & Nelydia Senrose , ala yang jadi heroinPinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin tu . Raysha Rizrose ni berketurunan Indonesia Cina (bapa dia ) dan Thai (ibu dia) Cantik juga , pemilik nama sebenar Farza Naquraisha binti Mohd Fariz baru 21 tahun. Jeleesnya tengok kulit flawes dia , katanya tak pernah guna apa-apa pembersih atau skincare dari kecil hinggalah dewasa ini. 

Biodata Raysha Rizrose 


Nama Penuh Raysha Rizrose : Farza Naquraisha binti Mohd Fariz
Nama Komersial: Raysha Rizrose
Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
Umur: 21 tahun (2017)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Bakat: Menyanyi, berlakon, mengacara
Tinggi: 170 cm
Berat: 48 kg
Twitter: raysharizrose
Instagram: raysharizrose

Gambar Raysha Rizrose 

Untuk gambar setakat ini je la yang Lisa boleh bagi , kalau nak tengok banyak lagi .. pi skodeng Instagram dia nuh diatas dah bagi kan .. Hehehe..  
Gambar Raysha Rizrose

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH !

$
0
0

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.   

 Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.    

 Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.   Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. 

Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian.   Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan processfood dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

   Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2].  

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3]. 

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. 

Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).   Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok.

Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup.   Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.  

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.  

 Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.   Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. 

Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda. Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan.

 Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.    

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan.

Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.   Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. 

Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan. Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga).  

 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com  Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.   Selamat mencuba!   

TESTIMONI STEEVYA

PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Hadiah Wang Tunai RM 1,400.00 !

$
0
0

PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Menangi  Wang Tunai  RM 1,400.00 !

Buku, novel  dan Lisa memang tak dapat terpisahkan , tapi aku lebih suka yang kisah ada sejarah gitu la. Malam-malam memang selalu luangkan masa untuk baca , ala-ala ulat buku gitu . Ha.. biasanya kalau membaca ni mesti mulut rasa nak mengunyah je kan .. Tempoh hari cuba  goreng sendiri keropok , masak panas-panas lepastu makan .. aum sedapp. Lisa try goreng keropok  Mony Crackers , menghimbau kenangan zaman belajar dulu .


Mony Crackers terdapat 5 Perisa

Sebenarnya keropok Mony Crackers ni ada banyak lagi perisa , tapi Lisa hanya try yang dua ni dulu la ; Sari udang dan Ceriping pedas.  Ternampak time makan di beberapa kedai makan , macam sedap je yang perisa ceriping pedas tu . Keropok perisa udang memang kesukaan emak la, boss pun suka . Hahaha...  Mony Crackers terdapat 5 Perisa , iaitu :

1. Sari Ikan

2. Sari Udang
3. Bawang Tersanjung
4. Bawang Bibir
5. Ceriping Pedas


Tersedia dalam paket  @ 200gr, @ 500gr * dan @ 5kg * , untuk 2kg dan 5kg tu terhad pada perisa tertentu sahaja kayh . Antara pasar raya besar yang jual produk Keropok Mony ini ialah Giant, EconSave, MYDIN, NSK, UO dan banyak lagi. 





sari udang

MONY CRACKERS  HALAL ?

Yang ni mesti akan jadi keutamaan sebelum pilih makanan , haruslah periksa halal atau tidak makanan yang kita ingin makan tu . Jangan risau MONY CRACKERS disahkan dengan HALAL  oleh Majelis Ulama Indonesia . Ada logo halal di paket Mony .

Produk keluaran "Mony Crackers" (atau dikenali dengan Keropok Mony) ini mula diperkenalkan sekitar tahun 2009, dimana mereka menyediakan beberapa keropok dan kudapan yang mudah untuk dicari di Malaysia. Dengan tagline "Rangup nyer!", produk keluaran Keropok Mony dihasilkan dengan mengunakan resepi tradisi dan menggunakan teknik yang moden untuk memastikan ia berkualiti baik. 

MONY CRACKERS menggunakan aditif yang berasal dari tumbuhan, sintetik dan haiwan (untuk ikan & udang)

Tada... dah siap goreng ! senang dan cepat je goreng keropok Mony Crackers ni .  Goreng keropok ni kan selalunya panas , lepas tu tunggu lama , meletup dan kena jemur dulu baru nak rasa crunchy ... krak krik kruk gitu .. Awalnya nak minta mak je goreng sebab malas tunggu , hahaha ! Lisa gagahi juga menggoreng sendiri , dah besar panjang tak kan nak harapkan mak lagi kan .. ye dak ?  Takde la sampai buat trick masak yang potong botol air then pasangkan ke Sudip elak kena panas tu . 😋  . Hanya perlu 5-10 saat je untuk tunggu keropok tu kembang .

Senang je weih , tak perlu tunggu lama . Berapa minit je dah siap goreng dua bungkus keropok ni .  Ha. nak bagitau gak , MONY CRACKERS mudah digoreng (tidak perlu dijemur untuk dikeringkan dulu ). Mony juga cepat kembang supaya jimat penggunaan minyak . 

PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Hadiah Wang Tunai  RM 1,400.00 ! 


Ha... sambil makan tu , korang jangan lupa nak selfie atau ambik video yang kreatif tau . Lepas tu upload di Instagram atu Facebook . Sebab #MonyCrackers ada buat peraduan MONY CREATIVE CONTEST tau. Hanya perlu share gambar / video sekreatif yang mungkin bersama dengan keropok Mony ni.

Cara Join MONY CREATIVE CONTEST : 

  1. Pastikan  anda sudah "Like"page rasmi Keropok Mony.
  2. Selepas Like page, sila Like post INI dan Share dekat Facebook anda.
  3. Hasilkan gambar atau video mengenai Keropok Mony - Selfie bersama Keropok Mony, Video goreng Keropok Mony dan sebagainya.
  4. Jangan Lupa muat naik Gambar / Video anda bersama hashtag #monycrackers #monychallange #monycreativecontest . Ini WAJIB ya!
    *Untuk gambar di Facebook korang kena tag Facebook  : Indani Utama 
NOTA
  • Contest bermula pada 17 Julai 2017 sehingga 31 Julai 2017
  • Pemenang akan dihubungi melalui 'Direct Message'.

Haaa itu sahaja syarat-syarat penyertaan untuk anda sertai Mony Creative Contest ini. 



Hadiah lumayan sebanyak RM1400 menanti tu , tak cuba tak tau .. mana tau kot-kot dapat menang bak kata pepatah rezeki tak pernah salah alamat. . Jangan tunggu lagi. Jom JOIN sekarang ! Upload cepat-cepat tau! Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Keropok Mony dan juga contest 

Jangan lupa like :-
Facebook :  Keropok Mony 
Instagram : MONYCRACKERS.MY  


Cara Dapatkan Facebook pabila Temporarily Locked

$
0
0

Cara Dapatkan Facebook Semula jika Terkena Temporarily Locked

Assalamualaikum !! Pelik tapi benar , dalam bulan ni je dah 2 kali akaun facebook Lisa kena Temporarily Locked. Aduh.. nasib baik la tak da task job yang perlukan share di media sosial facebook, kalau tak..mesti dah cuak . Kalau korang risau kena temporally locked juga ... jangan risau , Lisa akan share cara dapatkan akaun facebook semula.

Awalnya 2minggu lepas , akaun facebook Lisa kena temporally locked   Tapi ok lagi la dapat semula , secara on the spot . Tapi selang seminggu dari itu Fb kena locked semula . Eihhh nak bergurau manja agaknya . Lisa dah verify ID , dah letak code generator , dan letak SMS verify tau dekat Facebook Lisa ni ... tapi terkena jugak . Nak cakap ada klik link scam atau phishing tu takde pulak . Hurmmm.. kali kedua ni FB locked selama 12jam . Kali ni takberapa cuak la , sebab account FB tu wujud lagi .

Cara Membuka Akaun Facebook Yang Dikunci Sementara Waktu 


Sekiranya akaun anda juga dikunci buat sementara waktu, korang mesti ikut arahan yang diterangkan di bawah untuk buka sekatan Profile Facebook . 

Pertama , buka facebook dan akan nampak paparan seperti gambar first tadi diatas tu , korang klik je continue .


Then Facebook akan bagi pilihan untuk keselamatan seperti gambar dibawah ini : 



Nah , pilih la dan tick di salah satu option Security Check  tu . Diantaranya : 
  • Identify photos of friends 
  • Ask your trusted contacts for Help 
  • Identify your recent comments , atau 
  • Text a security code to your phone 
Andaikata tak lepas yang security dipilih  tadi .. korang boleh guna option yang lain , 


  • Identify photos of friends 
    Facebook akan paparkan 5x gambar random dari kawan-kawan facebook , dan kena pilih dengan jawapan betul tau . Jika tak tau gambar siapa , boleh tekan SKIP. SKIP hanya boleh 2 kali saja ....

  • Ask your trusted contacts for Help. 
    Yang ini memang dari awal kena set dalam privacy seting facebook . Minta tolong diorang untuk recover acc. facebook yang kena temporaly locked . Kalau tak set awal-awal.. option yang ini tak kan dipaparkan . 


    -Pilih pada trusted contacts page , pilih beberapa kenalan yang korang dah set dalam list Trusted contacts . klik pada Teruskan.
    - Facebook akan menghantar kod keselamatan kepada semua rakan yang telah korang pilih sahaja.
    - Selepas ini, tugas korang adalah untuk menghubungi kawan tadi , dan minta  mereka menghantar kod yang mereka terima dari Facebook.
    -Sebaik sahaja korang dah kumpulkan semua kod dari rakan , korang boleh gunakan kod untuk membuka kunci sekatan dari akaun Facebook anda.

  • Identify Your Recent comments
    Bagi Lisa option ini paling mudah la  . Sedikit banyak mesti masih ingat komen atau like FB kawan-kawan. Ha.. yang pakai autolike tu .. i tak tau la macam mana ... haha mungkin ken aingat sendiri hahaha..

  • Text a security code to your phone 
    Facebook akan hantar satu code di number HP yang korang pernah register untuk akaun FB tu . Agak lambat sikit dalam 30 minit gitu baru dapat code ini . Jadi bersabarlah ya . 
Dah verify semua tu , sila korang tukar password . Yay.. dapat semula akaun Facebook .!!! 

Eh... jap jap... 

Walaupun dah buat semua langkah yang facebook minta , kadang ada juga yang masih tak boleh access. Kalau berlaku seperti itu ... , korang try login dan ulang langkah atas tadi menggunakan PC atau Laptop .  Insyaallah boleh ...   




Alamak ... Akaun FB masih Temporarily Locked  lagi ? My Facebook Account Temporarily Locked? How to Unlock



Nah macam kes Lisa yang kedua kali kena TEMPORARILY LOCKED FACEBOOK , walaupun dah verify semua, dah tukar password , tetap keluar pop-up gambar diatas ini . Risau ye jugak la, sebabnya Lisa memang set code generator di Apss FB tapi tak dapat , Lisa tukar hantar code melalui SMS pun tak dapat juga ... tekan banyak kali , last-last dia keluar macam ni . Koran kena tunggu 12 JAM.. baru login semula . Dan nak taknak kena ulang langkah-langkah macam atas tadi la  .. 

Leceh juga ye , nak contact facebook customer service pun takde dia punya email. Rasanya tak ada lagi .. 

Bulan ni rasanya  ramai blogger yang kena temporaly locked . Kenapa blogger ye ? 
Yang awal kena locked tu sebab klik permainan di facebook , ala macam vonvon tu .. yang kedua ni pula ada yang cakap sebab SPAM post url link artikel di group-group facebook . EH .. masalahnya ada je yang tak spam tapi kena temporarily locked juga. 

Apapun.. kena terima je la , hidup menumpang dengan free.. nak wat macam mana kan , facebook ini Mark punya .. hehe. 


Jangan lupa share !  mana tahu esok lusa facebook korang pula yang kena temporarily locked. 




PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !

$
0
0

PRINTCIOUS  , Berikan Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang ! 

Tiba musim perayaan hari jadi mesti Lisa pening nak beli hadiah apa . Nak yang unik tapi special , maksudnya akan diingat sampai bila-bila la . Macam tempoh hari nak belikan hadiah untuk cucu boss , pening nak beli apa so last-last beli je la anak patung , mana tau jadi bantal busuk dia .  Lisa pun cakap dengan dia , " simpan elok-elok dan jangan buang andaikata Akak dah tak kerja disini  ..jangan lupa akak tau . " Pastu spontan dia cakap la , ha.. macam tu letak gambar akak dan saya la di anak patung ini , boleh tengok kalau rindu. Ahaks.. bernas juga idea dia ni ha, tak terfikir sampai kesitu .Tapi mana nak cari barangan yang boleh DIY , tempah ikut gambar yang kita nak ni ? .. ha.. baru teringat ,.. PRINTCIOUSkan ada ! Boleh lah Lisa nak berikan hadiah istimewa untuk orang yang tersayang . 

Tempah / DIY Hadiah Dengan Mudah Hanya di Printcious 

Bukan hanya untuk hadiah harijadi je tau , Gift for her , Gift for Him , hadiah untuk anniversary , Pernikahan , hadiah hari Bapa , Hari Ibu , Graduasi atau bahkan untuk door gift weeding pun boleh juga . Nak letak gambar atau tulisan pun boleh , letak dalam Mug , T-shirt , pillow , ceramic , puzzle , atau kanvas letak didinding.. dan banyak lagi . Menarik bukan , alarr.. rasa nak buat juga la .   Teringin ada Mug gambar sendiri , mana tau lepas ni rajin minum air. Pillow gambar sendiri atau gambar dengan orang tersayang .. EHEM ! 













Wow.. nampak tak ? begitu banyak pilihan untuk korang design sesuai dengan keinginan masing-masing . 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Dengar nama pun menggambarkan something yang spesial kan ? wah teruja betul dengar perkataan Printcious ni . Dengan tagline .  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Hadiah istimewa dari dalam hati untuk orang tersayang.. , mendalam sungguh makna ayat itu . Pasti hadiah ini akan jadi hadiah yang tak kan dapat dibeli dimana-mana kerana design itu kita sendiri yang pilihkan , sama ada gambar atau tulisan dengan kata-kata dari kita . Limited edition !

Sebenarnya Lisa bagi personal gift sebab nanti harapnya hadiah itu akan kekal disimpan walaupun dah lama , mereka akan tetap ingat dengan kita . Hadiah yang tiada terganti dan tak dapat dibeli ditempat lain . Ada nilai sentimental tersendiri lah kan. 

Mudahnya Design Sendiri Hadiah di Printcious !


Semudah ABC ,  ternyata cara untuk design sendiri hadiah yang kita nak tu taklah susah mana pun . Untuk memudahkannya , dalam website Printcious ada bagitau step by step ; 





T-shirt ini bukan hanya tulisan design sendiri , nak letak gambar pun boleh . 




Comel gak kan MUG berwarna ni , sama je , boleh letak tulisan dan juga boleh letak gambar korang. Rasa nak letak muka Lisa dan tulis www.ciksepet.com hihihih.. rewards untuk diri sendiri . 




Rasa nak buat pillow ni lepas tu letak gambar Lisa and budak perempuan cucu boss tu la , mesti dia suka . Hehehe... Lisa memang rapat dengan dia semenjak dia bayi lagi ... ugh...mesti dia suka nanti. Tak sabarnya rasa nak tempah dan design ikut suka Lisa . 

Semua dihujung jari , zaman internet lah katakan . Tinggal masuk ke laman website printcious.com , kemudian pilih hadiah mana yang berkenan dan ikuti langkah yang dah terdapat dalam web tu . Rambang mata pula dibuatnya .. tak perlu susah nak pergi cari kedai untuk tempah lagi dah weih . Hadiah istimewa untuk yang tersayang hanya di Printcious. 




Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue

$
0
0

Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue 

Assalamualaikum ! Perempuan kalau ditanya berkaitan dengan tudung .. mesti dia ada banyak dalam almari rumah tu ha . Kan ? peliknya walaupun dah ada banyak.. tetap je rasa tak cukup .. rasa macam takde tudung .Hikhik,.. ala semua orang sama macam tu , Lisa pun gitu gak. Jadikan cerita.. si mr. Hati Batu dah mula perli perli bising , " beli tudung mahal tapi buat tukun "  .. sebab tempoh hari beli tudung 4 helai tapi pakainya tidak . Baziran ! Sayang nak pakai sebab mahal atau sebab tak reti pakai ? Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue ni Lisa belasah  je la janji nampak lawa gitu . 

Sebab-sebab perempuan pakai tudung yang sama


Ahakss... sebab kena bebel tu la , Lisa selongkar kotak dalam almari , cari tudung yang beli beberapa bulan lepas ... sebelum puasa lagi oih.. tak ke lama tu . Duhai kaum lelaki , kalau perempuan pakai tudung yang sama tu sebenarnya dia bukan takde tudung .. tapi dia dah suka & selesa dengan tudung yang dia pakai tu . Rasa macam macth dengan semua baju gituuu..... Cara Pakai / gayakan Shawl Duck KLCC Deep Blue : 
  • Letakkan shawl atas kepala sebelah panjang dan sebelah pendek 
  • Pin kan dibawah dagu . 
  • Tarik bahagian yang panjang dan pin dibahagian atas kepala . tarik ujung tudung tadi ke depan .
  • Kemaskan.. 
  • Tada.. dah siap macam gambar atas tu ha. 
Nanti insyaallah kalau rajin , Lisa akan buat tutorial .. hahahaa... jangan lupa subcribe youtube chanel Lisa tau : www.youtube.com/lisanurulain . Tudung original dan tudung klon harga 15-30 ringgit ni kain dia tak sama ya ... time pakai tudung tu pun rasa tak sama . 

Kalau nak disenaraikan..ada banyak je ni aih sebab-sebab perempuan pakai tudung yang sama : 


  • Malas Iron , ada sesetengah tudung kena iron dulu baru lawa kalau pakai , contoh : tudung bawal , tudung satin , dan banyak lagi la . Seminggu kena iron tudung tu .. perghh ... memang memerlukan kerajinan level tinggi la. 
  • Suka dengan satu tudung tu je .
    Haa.. yang ni la jadi pada Lisa sekarang , korang pernah nampak kan..seseorang tu pakai tudung patern sama je , atau  pakai warna yang sama . Sebenarnya mereka selesa dengan tudung itu .. dan rasa keyakinan diri tu tinggi walaupun tudung kena tiup angin ke hape.. level confident tu penting tau

  • Tudung tak perlu iron .
    Ahaks... Lisa suka pakai tudung shawl keknis.. sebab senang je tak payah nak iron bagai . Yes.. selama ni pakai tak pernah iron pun .. hihi.. murah pun murah harga tu hanya rm10 gitu je. 


  • Tak reti pakai or gayakan tudung
    Jangan ingat semua tudung tu senang dibentuk ya .. kalau nak explain satu-satu memang tak habis sampai esok la . Lisa tak pakai sangat tudung 4 helai yang beli tempoh hari tu sebab tak reti nak gayakan.. kalau just pin then flip kebelakang reti la.. haha .. iskk maklumlah baru nak belajar .

  • Tiada masa untuk pakai tudung dengan pelbagai gaya. Betul tu .. memang pakai tudung ni perlukan kesabaran yang tinggi . Sebab tu la perempuan kalau bersiap ni lama ! Hek ele.. tapi kalau lisa pakai je la yang keknis tadi..pin kat dagu then pusing tarik kedepan . Settle .. hahaha 



Dan last... Lisa malas pakai tudung lawa-lawa sebab tak kena dengan baju kerja . Lain la kalau nak berjalan atau kemajelis ke ... perayaan ke .. jumpa mertua ke .. Ehhhh...tetiba je kan.. Tu sebab pakai tudung yang sama jenis je . 

Itu je la bebelan Lisa kali ini.. harap korang kaum lelaki ni paham ye . Dannnn kalau bini korang iron tudung tu .. jangan sentuh tudung tu !... kang jadi perang dunia ke III hehehehee








Rangkaian produk baru Shurah Pencerah

$
0
0

Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah 

Assalamualikum .. !  Sebut pasal skincare ni dah berbagai jenis produk dan jenama di pasaran ... salah satunya , Shurah . Uish siapa la yang tak kenal dengan jenama ni , dari kakak Lisa dulu pun dah pakai shurah masa zaman-zaman belajar.. sekarang dia dah ada anak pun.. lama betul kan ? Dengar cerita kini rangkaian produk baru Shurah Pencerah dah keluarkan dengan packing baru dan produk baru yang ditambah dengan bahan aktif baru iaitu Clear White dan Shiny Glow. Wah.. macam menarik je , zaman serba canggih ni mestila kena jaga kuality produk ,, betul tak ?



Rangkaian Shurah Pencerah yang diperbaharui ini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. Wah.. tak sabarnya nak try ni ..




Apa itu Clear White dan Shiny Glow?

Clear White : Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja. 

Shiny Glow : Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit , mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.

Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah 


1.Shurah Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)
Dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri.



Cara penggunaan : Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar. 

Harga 50ml RM7.31 , 100ml RM12.61

2.Shurah Pencerah Penyegar (120ml)
Ada beberapa penyegar di luar sana yang mengandungi alkoho .. , Berbeda dengan yang lain , Penyegar Shurah dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Segarkan kulit korang setiap kali selepas membersihkan muka sebagai persediaan untuk menerima penggunaan produk yang seterusnya.
 Shurah Pencerah Penyegar


Cara penggunaan : Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah akan rasa lebih lembap dan segar.
Harga Penyegar Shurah ini hanya  RM10.49

3.Shurah Pencerah Pelembap (120ml)
Tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit korang . Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.  yes memang ringan dan tak berminyak.. suka sangat.. baupun wangi je.



Cara penggunaan : Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar.  Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.

Harga untuk pelembab ini : RM11.55


4.Shurah Pencerah Krim Siang (40g)
Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan lembabkan kulit korang supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan  SPF30, ia dapat melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahayakan.


Cara penggunaan : Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum. 

Harga RM16.85

5.Shurah Pencerah Krim Malam (40g)
Krim muka yang dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.


Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar . Digunakan pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit korang semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.

Harga RM16.85


6.Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)
Losyen tangan dan badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kuit anda untuk mencerahkan kulit dengna cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.



Cara penggunaan Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.

Harga 140ml RM6.04, 400ml  RM11.98


APAKATA LISA 

Lepas beberapa kali pakai rangkaian produk Shurah Pencerah yang baru ni ,  review Lisa ... kulit rasa lembut je , dan memang rasa fresh gitu . OK ni review jujur ye ,,, 😍 lagipun harga memang mampu milik semua orang, tak koyak poket weih.. Lisa jenis kulit sensitive, dan lepas pakai set Shurah pencerah ni ok je .. tak keluar jerawat. Pandai la kan owner ni pilih warna untuk packing Shurah Pencerah ini , pink.. melambangkan kelembutan dan orang yang nengok tergoda gitu ... mostly perempuan tergoda dengan kaler pink... ye dak ?


Korang kena try juga tau , kalau malas nak keluar... beli je secara online.. klik klik dan tunggu barang sampai dirumah . Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : 

Instagram :

dan follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah




Pelakon MR DARLING INSPEKTOR DANIEL

$
0
0

MR DARLING INSPEKTOR DANIEL

Lama tak tengok Elizabeth Tan berlakon kan , ha.. drama terbaru terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul My Darling Inspektor Daniel bakal menemukan gandingan Aaron Aziz, Siti Elizad, Elizabeth Tan, dan Erra Fazira. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria mulai 31 Julai ini menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer. Disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Antara senarai pelakon yang memeriahkan drama ini  :  Aaron Aziz, Siti Elizad Sharifuddin, Elizabeth Tan, Erra Fazira, Zarul Husin (Umbrella), Dazrin Kamarudin, Shahir, Zalfa Zin, Syafiq Mishak, Najwa Jaafar . Wah ada zarul umbrela juga tu , dan elizad.. aumm suka tengok dia ni ...  Patut la tengah trending dekat twitter... hastag #MrDarlingInspektorDaniel ... nampak macam menarik je ... 

Senarai Pelakon MR DARLING INSPEKTOR DANIEL


PELAKONWATAK
Aaron Aziz Inspektor Daniel
Siti Elizad Inspektor Hannah
Elizabeth Tan Maya Adrianna
Erra Fazira ASP Maria
Dazrin Kamarudin Danish Haikal
Shahir Zawawi Rayyan
Zalfa Zin Inspektor Liyana
Syafiq Mishak Detektif Iqram
Najwa Jaafar Melissa

LAGU TEMA / OST MR DARLING INSPEKTOR DANIEL

Tajuk : Darling
Penyanyi : Elizabeth Tan


SINOPSIS MR DARLING INSPEKTOR DANIEL

Kisah Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Dia bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya. Sementara itu, Maya paranoid apabila "stalker" mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat menyebabkan Inspektor Hannah mula cemburu.

GAMBAR PELAKON








Meriah je dekat timeline facebook dan twitter , hastag #MrDarlingInspektorDaniel .... macam best .. korang dah tengok ?  

Mermaid Flawes Foundation Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak

$
0
0

Mermaid Flawes  , Foundation Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak 

Assalamualaikum ! Cakk.. baru-baru ni juga la Lisa ada luahkan rasa kekecewaan terhadap satu foundation ni . Hurm.. macam bazir pun ada juga , salah Lisa juga la beli yang 40ml.. kalau beli trial je kan tak la kecewa sampai guling-guling katil ( EHH... gurau je )  . Mana tak kecewa.. lain yang ditengok lain yang didapat. Iye la... tangan Lisa ni takde seni dan tak berapa pandai nak makeup-makeup hard gitu . Takat light light macam ni boleh la .. Foundation yang lama tu leceh , dia mate tapi tu la..susah nak contour dekat muka .. jadinya bercapuk . Haihh.. bazir betul .. So.. lupakan cerita mengenai foundation tu .. meh Lisa cerita Mermaid Flawes Foundation pula. Ahaks..patah tumbuh hilang berganti , Lisa try pula foundation ni . dengar cerita Mermaid Flawes Foundation Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak , .. dan mesra solat. Betul ke ?? kena cuba dulu kan.. baru tau ...

TIPS Memilih Foundation untuk Kulit Berminyak . 


Sebelum beli foundation , korang kena tahu jenis kulit wajah tu yang bagaimana... senang la untuk pilih foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Kalau kulit berminyak  beli la yang banyak kandungan air , jangan  beli foundation yang banyak kandungan minyak .. aih.. mesti foundation cepat cair dan jadinya tak lawa. Ha.. meh Lisa kongsikan tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit berminyak . 


TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!

Ada yang main taram aje beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Contohnya, Lisa review barang mekap. Kulit Lisa jenis yang sensitif sikit   ,tapi takdela teruk mana ( kalau tak sesuai nanti terus naik jerawat ) . Ha.. alhamdulillah yang Lisa review selama ni sesuai untuk kulit muka, sebab Lisa memang dah selected sebelum ambek review  . korang yang membaca review Lisa tu jangan pulak pergi beli sebelum periksa produk tu sesuai ke tidak dengan kulit muka korang?

Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.



TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !

Aku tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. ? Lisa dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan aku beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu taksama dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”. Untuk Lisa kulit cerah .. biasa ambek yang nude atau yang light2... Lisa tak ambek foundation kaler gelap sebab nampak muka lagi tua nanti . 

TIPS 3 :  PILIH FOUNDATION YANG BERASASKAN POWDER  
Jika korang mempunyai kulit wajah berminyak, sangat disarankan untuk memakai pressed powder foundation, fungsinya sama dengan bedak padat di mana ia mampu menyerap minyak di wajah dengan baik. Lisa boleh sugestkan Mermaid Flawes Foundation ( MFF) Mousse matte , MFF memang sesuai untuk kulit berminyak , atau sesuai juga dipakai setiap hari  sebab boleh menggantikan bedak . First time Lisa pakai foundation jenis mousse matte ni . Ingatkan Span alar.. yang macam BB cuison tu .... tapi rupanya memang foundation .. hahaha.. calit-calit lekat pula kat tangan. 




4. PILIH FOUNDATION YANG TAHAN LAMA DAN TIDAK BERCAPUK .
Oleh kerana peluh dan minyak muka akan merosakkan makeup yang dipakai, jadi pilihlah Foundation yang tahan lama, Foundation tahan lama penting untuk mengelakkan muka bercapuk seperti tompokan panau.  MFF Mousse matte boleh tahan sehingga 12 jam , Mengandungi minyak argan , grape stemcell , serbuk mutiara , vitamin C & E untuk merawat jeragat dan jerawat . Tahan sampai 12jam aih .. betul.. yang best part.. tak berminyak.




KELEBIHAN MFF MOUSSE MATTE

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada dalam Mermaid Flawels Foundation ini , nah Lisa bagi lebih detail lagi ... 

  • SPF 30++ melindungi daripada cahaya matahari berbahaya
  • Cerah, gebu, flawes dan berseri sepanjang hari.
  • Mesra solat , foundation MFF Mousse Matte Bebas alkohol dan bahan kimia berbahaya
  • Menutup cela, parut, jerawat dan jeragat
  • Boleh dijadikan alas mekap
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan

Baca Testimoni Mermaid Flawes Foundation pulak .. 







Harga Mermaid Flawless Foundation 


Mesti korang nak tahu harga foundation ni kan , Mermaid Flawes Foundation ada 2 size , 5gram & 12gram  . Jadi korang boleh try dulu yang kecik tu .. kalau sesuai, trus beli yang besar.. baru berbaloi kan .

  • Saiz besar - 12 Gram = RM89 , kalau beli 2 promosi harga RM150  (tahan dalam masa 4 bulan dengan penggunaan hari-hari) .. pilihan customer selalunya pilih yang besar sebab tahan lama .. 
  • Saiz kecil - 5 Gram = RM39.00 , kalau beli 2 promosi harga RM70 (biasanya student sekolah menengah / universiti  akan pilih saiz kecil sebab nak jimat guna foundation sambil rawat wajah)


Mermaid Flawes Foundation ni sesuai sangat pakai sehari-hari sebab tak rasa macam pakai topeng kat muka dan boleh di gunakan tanpa was-was.. meh lah cuba , kata nak wajah flawless gitewwww !


Boleh Dapatkan Mermaid Foundation di : 

Call / Whatsapp :
IFFA - 018 314 6882
NAJAHA - 019 7000 254

Instagram :

Facebook :

Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ?

$
0
0

Spicy Korean Burger McDonald's

Korang pernah dengar nama ramen korea yang pedas meletop tu ?  alaa... yang pernah viral beberapa bulan dulu.. McD pula ada menu baru iaitu Spicy Korean Burger McDonald's ,.. rasa sama pedas dengan maggi ramen tu ke ? tengok iklan macam gempak je .. sampai menangis-nangis sebab pedas. So malam tadi Lisa cuba juga ler... agak-agak sedap tak spicy korean burger mcdonalds tu ?


Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ? 

Spicy Korean Burger McDonald's ,  dari bentuk pun dah lain.. roti warna hitam , limpahan keju , dilengkapi dengan daging burger marvelous .... ehh macam iklan pulak .. Nampak menyelerakan kalau tengok gambar atas ni , rasa macam mana pulak ? Ada yang komen memang pedas , ada yang cakap sedap.. dan ada yang cakap kurang sedap. So kena try sendiri la  baru tahu rasa ni ha .. 



Harga Satu set Spicy Korean Burger ni RM15.++ , berisi  : Air Fanta + McDonalds spicy korean burger + kentang chips . Air Fanta , rasa fanta ler.. tak kan kopi pulak , Ye dak ? Lisa tak minum minuman yang bergas .. so macam biasa la akan tukar ke Lemon tea . Anyway.. dari set ni , yang paling Lisa suka ialah kentang . Kentang ni sedap beb... kriuk kriuk .. tak cepat masuk angin ... Bentuk menarik , rasa pun sedap.. Lisa bagi 5/5 bintang ! 



Bagaimana dengan rasa burger pulak ? Roti lembut tak seperti roti yang biasanya yang agak sedikit melekat , yang ni dia lembut ... kaler hitam sebab dibuat dari arang kot .. hehehe gurau jek la. Tapi mesti korang terfikir gak kan ..macam mana roti tu warna hitam ? Hek ele.. tak kan tak tahu..dah namapun roti.. mesti dah dicampur dengan pewarna .. itupun tak tau ke?? ehh ehh hahaha..  OK Cheeze dia memang melimpah weih.. siap meleleh leleh. Fuh.. penggemar cheeze memang suka ni .. Tahap pedas tu takde la pedas sangat , standart je ...
RATING LISA
  • Roti : 5/5 
  • Cheeze : 5/5 
  • Daging : 4/5 
  • Rasa burger : 3/5  

KOMEN LISA: 

Rasa Spicy Korean Burger McDonalds ni tak berapa sedap , takde la pedas mana pun macam iklan di TV tu . Bandingkan dengan McDeluxe lagi pedas yang Mcdeluxe .. sebab tu Lisa bagi rating 3/5 je. Lisa takleh makan habis semua burger tu .. huhu.. takleh nak masuk tekak . Tekak setiap orang lain-lain.. so komen ni pendapat pribadi aku la memandangkan tak suka cheeze dan penggemar pedas ,, boleh komen tang pedas tu je . Tak pedas sangat , dan rasa tu dah mati sebab tertutup oleh rasa cheeze .  Spicy McDeluxe tetap jadi pilihan !! Untuk kentang chips tu Lisa leh makan habis... sedap weih .. hihi

Mungkin bagi korang sedap.. so kena try sendiri la.. tekak orang kan asing-asing.. selera pun tak sma . 


Pelan Internet Celcom XPAX TERBARU 2017

$
0
0

Pelan Internet Celcom XPAX TERBARU 2017 

Agak lama juga Lisa tak update artikel tentang celcom kan , holla.. sebenarnya agak kebizian selama ini. Pindah tempat kerja , dan banyak kesibukan yang lain la. Ha.. baru-baru ini Lisa dengar ada pelan internet terbaru untuk pengguna celcom Xpax . Agak-agak best tak ? Sebelum itu korang boleh baca artikel di XPAX  #NoKelentong Pelan Xpax Terbaru . Free facebook 10GB setiap bulan , Free Basic internet 10Gb setiap bulan ... dan banyak lagi . Kali ini pelan internet celcom ada tambahan , dan juga pelan internet add-on pun ada tambahan.. lagi banyak data katanya . Weih... sapa yang taknak kuota data internet lebih kan ... ok ok... Lisa cerita lebih detail lagi . 




Berbeza dengan yang lama.. kali ini internet data lebih banyak pilihan . Kalau dulu untnuk langgan data internet harian hanya ada yang RM3 untuk 1GB , sekarang ditambah dengan RM5 untuk 2GB . 


Cara aktifkan / langgan data internet celcom XPAX : 

Harian : 
RM3 untuk 1GB caranya , dail *118*2*1# 
RM5 untuk 2GB internet , dail *118*2*2# 

Sedangkan cara untuk langgan data internet Celcom  XPAX Mingguan 
RM6 untuk 500 MB internet , dail *118*2*3#
RM10 untuk 2GB internet , dail *118*2*4# 
RM19 untuk 5GB internet , dail *118*2*5# 

Cara untuk langgan data internet celcom xpax Bulanan 
RM30 untuk 5Gb , dail *118*2*6#
RM50 untuk 10GB , dail *118*2*7#
RM79 untuk 15GB , dail *118*2*8# 

Cara check baki atau balance kuota internet celcom pula , boleh dial *118*1*1*2# 


NOTA : Untuk kalian yang berumur dibawah 25tahun, jangan lupa download Apss XPAX di Playstore atau Apps Store , dan  activekan Squad KawKaw untuk dapatkan 50% extra data dari pakej internet yang korang langgan. Waww menarik bukan ? 




Biasanya untuk Data internet tambahan atau add-ons , hanya terdapat dalam  harian dan mingguan . Kali ini lebih banyak lagi , ditambah dengan mingguan sebanyak 15GB. caranya rujuk gambar diatas 

Cara untuk langgan internet add-ons pula : 
Bulanan : 


  • Internet Burung hantu (1-7 pagi)  untuk 15GB : *118*3*3*3#
  • Facebook Walla 15Gb : *118*3*4*3#



Untuk check balance internet add-on ini korang boleh dail *118*1*1*3# 




Yang atas ni untuk langgan video walla dan music walla... 


VIDEO WALLA : korang boleh tengok video seperti iflix, netflix , tonton , astro go , hero talkies dan banyak lagi ... 
Music Walla pula : Korang boleh dengar lagu di JOOX ,Yonder music , Hot FM , Era FM ,, dan banyak lagi la.. 
Tambahan langganan internet add-ons untuk bulanan  ni nampak lebih jimat ... Untuk korang yang guna prepaid celcom XPAX atau  #nokelentong... boleh cuba sekarang ! Nanti bagi feedback tau .... nak tau gak.. kot kot best .. hehehe... Bye.. see u next artikel... 

FAQ and TAC( klik untuk baca ) 

Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

$
0
0

Petua / Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

Assalamualaikum ... ! Bila sikat rambut je, rambut luruh mcm Auturm in My Heart”..Yang melekat kat sikat tu,tak payah cakap la.. Sini rambut,sana rambut.Kat lantai pula hari-hari kena sapu,dalam bilik air lagi. Stress kan?? Tu tandanya korang mengalami keguguran rambut yang serius. Bukan korang sahaja,,Lisa juga mengalami keguguran rambut yang agak serius. So hari ni saya nak share petua semula jadi bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan juga cara  merawat masalah rambut gugur dan gatal  , salah satunya dengan Freshr



Cara / Tips Merawat Rambut Gugur dan Gatal 

Bagi wanita bertudung , terkadang ada yang alami masalah rambut berbau hapak , rambut kering , rambut gugur , dan gatal sebab berpeluh .Ingatkan rambut gugur hanya berlaku pada wanita yang dah lepas bersalin , ini Lisa kawen pun belum lagi ..tapi rambut dah selalu gugur . Kadang tak perlu bersikat, raut sahaja dengan jari, dah segenggam rambut yang tanggal.  Huh .. ! Stress aku ! Dulu rajin juga la letak vitamin  jenama apa ntah tu .. pastu kalau letak vitamin rambut jadi berminyak dan leper. Tak selesa oihhh. Meh lisa kongsikan petua cara merawat rambut gugur dan gatal
  • Limau Nipis : Petua yang saya paling saya suka, perahan air limau nipis. Disamping bau yang harum dan segar. Diamalkan selama 2 minggu,kaedah ini mampu menghilangkan kelemumur. Kelemumur adalah antara punca keguguran rambut.

  • Aloevera : Yang ni pasti dah selalu dengar bukan  ? Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan menawan, korang boleh menggunakan lendir daun lidah buaya dan disapukan kepada rambut sehingga ke kulit kepala. InsyaAllah rambut tidak akan gugur lagi malah semakin cantik dan sihat.

  • Tembikai : Petua seterusnya menggunakan kulit tembikai bahagian dalam. Gosokkan pada kulit kepala dan biarkan ia meresap. Cuci sehingga bersih selepas 15 hingga 30 minit. Kalau nak bawa tidur pun boleh. Pastikan anda menggunakan shower cap bagi mengelakkan bantal basah. Petua ini boleh diamalkan sekali dalam seminggu.

  • Kacang Hijau : Bukan hanya untuk dimakan , tapi korang juga boleh menggunakan air rendaman kacang hijau untuk atasi rambut gugur.  Caranya : rendamkan kacang hijau semalaman,tapis dan sapukan air rendaman itu keseluruh bahagian kulit kepala sambil diurut perlahan-lahan. Petua ini boleh diamalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh. Elakkan mengikat rambut dengan getah.



Tapi cara-cara atas tu leceh dan susah ? Nak cari bahan-bahan tersebut lepastu buat persiapan yang tertentu semata-mata untuk menangani masalah rambut, mana ada masa weih.. malas pun ye jugak . Nak senang... Lisa pakai je Freshr , tak melekit dan tak berminyak . Rambut kepala segar pun ye jugak... 


Freshr , Merawat Rambut Gugur dan Gatal  


Ni lah FRESHR yang Lisa pakai tu .  FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Rasa sejuk meresap dalam kulit kepala... dan.. bau wangi weih ! 




Kelebihan Menggunakan Serum FreshR

Kalau dulu Lisa selalu akaFRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. 


  • Mengatasi masalah rambut gugur - Rambut yang tidak sihat akan mudah gugur. Rambut perlukan vitamin yang mencukupi bagi mengelakkan keguguran. Gunakan FreshR untuk menambah vitamin yang diperlukan. Lisa pakai sebelum tidur , rasa fresh .. pagi buat kerja berpeluh-peluh pun tetap wangi je rambut .

  • Mengatasi masalah rambut botak tengah - Masalah botak tengah sering dihadapi orang lelaki yang stress bekerja. Dengan FreshR, pertumbuhan rambut akan dirangsang serta masalah botak tengah dapat diatasi. Korang yang ada sedara mara atau husband barang kali , boleh try ini.. kawan Lisa pun husband pakai . 

  • Mengatasi kulit kepala gatal - Kegatalan pada kulit kepala berpunca daripada rambut lembab yang tidak dikeringkan dan terkena panas matahari. Lebih lagi wanita bertudung ni , panas terik matahari mesti buat kepala berpeluh, dan jadinya gatal . Dengan FreshR, kulit kepala akan sentiasa sejuk dan segar.
  • Mengatasi rambut beruban - Bagi orang yang berusia, masalah rambut beruban boleh menghilangkan keyakinan diri. Gunakan FreshR untuk mengembalikan warna hitam rambut anda tanpa menggunakan pewarna.  , errr rambut Lisa semua masih hitam lagi , nanti try la kat abang pula .. Hihihi... 

  • Mengurangkan Migrain -  FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. 

  • Mengelakkan rambut bau Hapak -   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari



Bahan Kandungan FreshR Berasaskan Organik

FreshR hanya menggunakan bahan organik yang diyakini berkesan serta telah disahkan selamatdigunakan oleh Kementerian Kesihatan serta halal di daftarkan di bawah KKM - not170505181k , dan  tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya  . 

Selain dari bahan kandungan Hair Protein , Semburi Extract , Melaleuca Leucadendra Oil , Pudina Extract ada 4 bahan organik yang memang memberi kesan kepada rambut ~, eh panjang pula Lisa explain..


  •  Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
  • Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut 
  • Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal     akibat fungus dan juga kutu
  • Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.

Cara penggunaan FreshR 

Tekstur FreshR ni macam minyak kelapa , tapi langsung tak melekit dan senang nak sapu di rambut mahupun di kulit kepala ..cara guna ia pun mudah sangat , apply ketika rambut kering , drop beberapa titis minyak dan sapu di rambut dan jugak kulit kepala .. urut dalam 2 - 3 minit .Biasanya Lisa pakai malam  sebelum tidur . Ikut panjang rambut korang la ye ... kalau rambut pendek 1 picit je.. kalau rambut panjang..2x picit gitu .



REVIEW LISA 

Dari apa yang Lisa dah pakai selama seminggu ini , memang terasa beza la antara sebelum dan selepas pakai serum FreshR ini . Rambut jadi lembut dan kurang gugur. Kalau cakap 100 dah takda yang gugur tu menipula ye kan.. hehehe. Lisa pakai serum FreshR rambut lurus teratur weih , dah tak macam rambut singa kalau lepas keringkan rambut. Yela.. rambut singa.. sebab panjang paras pinggang. Bangun tidur pun dah sehelai dua je rambut yang gugur.  Serum ni tak melekit , rasa sejuk sejuk macam mint gitu . Best laa ! Bau pun wangi ... bye rambut kering . Jimat masa la Lisa tak perlu lagi kerap letak perapi time pakai shampoo.


Meh baca testimoni dari orang lain pula.. 

TESTIMONI Pengguna FreshR






HARGA FRESHR 

Harga untuk sebotol FreshR RM90.00 .. Oh ya.. Nak bagitahu ni .. sekarang FreshR ada buat SALE kaw kaw . Harga PROMO : 
  • Sebotol : RM70 
  • 2 Botol ; RM120
Wah boleh jimat banyak weih .. 




Eh.. banyak pula Lisa membebel.. nak cuba juga serum FreshR ?  korang usha ler di website Freshr . 

Info selebihnya  :
Facebook : FreshR HQ Branch KL 
Sms / Whatsapp 'FreshR' :  0164845540  
( Amirul - Seremban )
Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>