Quantcast
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

LIRIK TAK ADA CINTA SEPERTIMU [OST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ]

TAK ADA CINTA SEPERTIMU -Alif Aziz dan Siti Nordiana [ OST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ] ||  Lagu nyanyian dari ALIFF AZIZ DAN SITI NORDIANA jadi pilihan sound track drama Akasia Tundukkan Playboy Itu yang tayang setiap Isnin-Khamis pukul 6.58 petang . Lagu TAK ADA CINTA SEPERTIMU, , Best juga lagu ini.. jom dengar...





LIRIK LAGU TAK ADA CINTA SEPERTIMU - SITI NORDIANA ft ALIF AZIZOST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu
Nyanyian : Siti Nurdiana dan Aliff Aziz
Lagi/Lirik : Mawar Putih

Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Dalam jantungku ini
Hanya ada rindumu
Sungguh ini cinta

Dirimulah sejati
Dirimulah yang abadi
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Percayalah sayang

Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku
Dan hanya dirimi
Kan menjaga hati ku
Disetiap hela nafas ku

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu


Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu

Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Sungguh ini cinta


Sambal Tempoyak D'Laila Buatku Menangis !

Sambal Tempoyak ikan bilis petai #D'LailaFood ,|| Sambal Tempoyak, memang ditempat Lisa ni memang susah nak dapatkan tempoyak. Teringin la pulak rasa tempoyak tu.. memang dah lama mengidam .huwaaa tapi mana nak cari ?? Nak masak sendiri pun tak reti. Akhirnya penantianku tak sia-sia... Kak Dila dan D'laila open order untuk jualan tempoyak ikan bilis petai ni. Huwaaa tunggu apa lagi.. memang tak sia siakan peluang ni la. Lisa terus beli 2 bungkus . Rasa tak sabar pula tunggu sambal tu sampai ketangan  ni. Terliur dahhh  wei ! 



Finally lepas 2 hari, sambal tempoyak tu sampai ditangan Lisa dengan selamat !!!! Tak tunggu lama.... memang Lisa terus cuci beras ,masak nasi dengan periuk nasi yang tak berapa nak doraemon sangat. Lisa masak nasi je.. cukup dah.. perut pula lapar. Nahhh lepas nasi dah masak,Lisa ambil mangkuk (sebab pinggan takda di Branch tempat kerja Lisa ) .. dan letak sambal tempoyak ikan bilis petai . Perghhh sedap sampai buat Lisa nangis ! Serius... sebab akhirnya boleh makan makanan yang dah lama Lisa nak rasa. Nasi panas makan dengan sambal tempoyak D'lailafood ,memang superbbb. Makan tambah tambah dan tambah...  korang kalau makan memang tak cukup 1 bekas! Haihh rasa nak beli 10 bekas lagi tuk stock.. tiada ayam atau ikan asalkan ada sambal tempoyakk hihihi. 

Nak juga?? order dengan akak Dila di facebook : Saidila Abdul Rahman 

Pos boleh,cod pon boleh! Pm sendiri yaaa ;) 
1/4 hasil jualan akan disumbangkan kepada anak yatim dan orang-orang susah. 



FLUFFY,Si Kucing Riders

FLUFFY , Korang pernah baca kucing yang bonceng di bahu seorang penunggang motosikal ni ? Fluffy nama kucing tu . Viral juga video kucing ni yang selamba naik atas bahu tuannya , meoww.. finally update juga entri mengenai fluffy ini lepas bertemuramah , eh perbualan dalam phone dengan Afiq Azwan (23tahun) , Tuan siFluffy the cat riders ini.

Mula-mula Lisa ingat Fluffy ni kucing betina , tapi.. ternyata kucing jantan . Putih , bolat, gebuss.. comel.. memang nampak macam kucing betina . Sebenarnya Fluffy ada 4 beradik , tapi yang 3 tu dah dijual sebab tiada masa nak jaga ke-empat ekor anak kucing ni . Nama Fluffy diberikan sebab bulat macam snow ,alaaa snow bell tu ... Sekarang ni usia Fluffy dah lebih kurang dalam 1 tahun  , baka dari Maine coonyang boleh membesar sampailah sama size M anak harimau .Ingatkan dalam dunia maya je kucing besar-besar ni.. ternyata betul -betul wujud .

Nah .. Lisa story sikit macam mana si Fluffy ni boleh pandai naik atas bahu tuannya ketika naik motosikal. Awalnya Afiq keluar beli barang dengan si Fluffy , (memang tak pernah berenggang ) , lepastu banyak pula barang-barang yang dibeli sampai tak cukup tangan nak bawa si Fluffy . Dan datang idea letak Fluffy atas bahu. Korang tahu tak , si Fluffy duduk diam-diam atas bahu tu . Tak seperti kucing lain yang kebanyakan akan memberontak nak turun atau cakar-cakar sebagai tanda takut kot . Sejak tu la ,, mula ajar training Fluffy naik atas bahu dalam umur 1 bulan macam tu  , time bawa motosikal . Dan selama itu juga Fluffy tak pernah jatuh dari moto. Pheww.. kalaulah Lisa ada kucing macam tu juga.. heehee mesti best..! dah la comel, pandai pula tu . Kucing  bonceng motosikal ? tak pernah terlintas dalam fikiran .

Tak bahaya ke kalau bawa kucing naik atas motor tanpa Helmet ?


Mesti itu yang terbayang dalam fikiran kalian , tahu dah..Lisa pun sama memang fikir macam tu juga ketika first time nampak video di Fluffy naik motor tu . Seram kan kalau kot-kot nanti terjatuh ke tiba-tiba melompat huhuhu. Usah risau .. Fluffy dah dilatih dan sebenarnya dia ada Helmet sendiri . Helmet yang lama dah tak muat sebab size kepala Fluffy dah semakin besar. Beli helmet bukannya di Malaysia ada orang jual pun , kena tempah dan beli dari luar negara.. tunggu sebulan juga la . DONT JUDGE bila tak tahu jalan cerita sebenar ye,, pemilik kucing tu tahulah nak jaga kucing tu macam mana. Ofcourse fikir keselamatan Fluffy . Sweather dan jaket pon ada tau .  Nah bawah ni kalian boleh tengok video Fluffy naik motor


Kita payung video anak rider malaya. Fluffy the Rider. Antara spesis dahi berbulu yang paling setia abad ini. Hehee. Cc : Dak Kocai .
Posted by Afiq Shazwan on Thursday, 4 February 2016






Seperti kucing lain , sebulan sekali Fluffy akan dibawa ke PET Clinic  untuk check up. Dan takda penjagaan spesial , sama je makan makanan kucing dan tambah vitamin untuk kucing . 

Kalian geram dengan FLUFFY ? follow je si kucing gebus ni di 

 Fanpage : 

 Instagram :










MR Bean Raver Pertama di Dunia

Akhir-akhir ini ramai pulak budak-budak bergambar pose raver  ataupun buat video raver. Mana mereka belajar semua tu ,?? sebelum ni hipster , lepastu sekarang ni raver pula. Sampai buat perjumpaan budak raver vs budak hipster . Ish.. kuat betul pengaruh internet sekarang ni kan . Kalian pulak ikut yang mana ? atau disekeliling kalian ada nampak budak-budak macam ni ? macam-macam hal lah. Tak nak kutuk sangat.. sebab pernah muda juga . zaman muda dulu-dulu takda lagi raver atau hipster , yang ada zaman lisa punk-rock , and R n B ,,, lebih ketujuan memberontak kongkongan dari family.

Tahukan anda , orang pertama yang menari raver ni ialah MR. BEAN  . Siapa yang tak kenal pelawak dunia ini.. ya,, betul.. MR BEAN dah buat raver dance tahun 2007 , kira-kira 9tahun lepas. Sekarang popular lagi dan budak-budak sekolah la yang popularkan . Rupanya ravers mereka ni tiru gaya MR. Bean . HAHAHAHA ... nak gelak pun ada., akhirnya terjawap sudah soalan yang selama ini menghantui fikiran Lisa . Tak percaya ? Jom tengok video










Video dan gambar mr. Bean diatas sama je dengan gaya budak-budak raver. Macam ni la gaya kalian kalau menari raver .. hehee

TAMPIL BERGAYA DENGAN NORIE SIGNATURE

Assalamualaikum, Wanita dengan pakaian memang tak dapat dipisahkan , Betul tak ? Walaupun ada baju satu almari namun masih saja pening nak pakai baju apa untuk hari ini. Lisa pun macam tu juga, kadang pening cari baju yang sesuai untuk berjalan atau untuk kerja . Kedai baju online dah berlambak sekarang ni , tapi kena pandai pilih dari segi kualiti dan harga yang sesuai dengan poket kita . almaklumlah sekarang kena berjimat cermat. Jangan risau , Norie Signature ada untuk kalian para gadis yang ingin #OOTD , pakaian yang moden dan pastinya nampak lawa ! Banyak pilihan di Norie Signature , pakaian terbaru di butik Norie antaranya Layla Blouse , Helena Blouse , dan Wardah Jubah . Jubah sesuai untuk hadir dalam majlis yang formal seperti jamuan makan malam , atau kenduri kahwin .

Blouse yang sesuai untuk kalian guna tuk ke pejabat, sebab sopan dan labuh. Lisa suka labuh macam ini sebab nampak anggun . Untuk berjalan ok juga . Material kain dari premium soft crepe yang selssa dan tidak panas. Baju ini Nursing atau dalam erti lain Breastfeeding friendly , dan juga senang untuk ambil wudhuk. 


Keistimewaan  Norie Layla Blouse :
*Labuh menutup pinggul
*Design unik dan up to date
*Kain yg sangat selesa
*Tak mudah berkedut

Berbagai pilihan warna yang ada dan boleh pilih seperti dalam hati kalian . Sebab selera warna orang kan berbeza.. Antara warna Layla Blouse ialah : Layla Blouse Mustrad ,Layla Blouse Aqua Blue , Layla Blouse Nude Peach, Layla Blouse Dusty Purple , Layla Blouse Soft Pink,  . Warna Aqua Blue ok juga untuk Lisa sebab nampak lembut dimata .
Untuk size pula disediakan dari size S, M, L, dan XL . Rujuk dalam gambar dibawah ini. Tak perlu risau fikir size baju ini muat dibadan kalian atau tidak. 


Bayangkan model dibawah ini ialah Lisa . Nampak anggun dan comel tak ? Hehehe perasannya !


NORIE SIGNATURE HELENA BLOUSE
Yang ni Helena Blouse ,Ikut trend baju sekarang . Depan pendek dan belakang lebih labuh dari yang depan . Walaupun pendek depan.. tapi still menutup aurat ya , bukan pendek sampai nampak pusat , Yang ni baju nampak kurus dan slim kalau kalian pakai pakaian ini sebab reka bentuk yang simple namun elegant.

Blouse muslimah yang cantik dan sederhana diperbuat daripada material premium soft crepe yang tak panas sesuai dgn cuaca di Malaysia.ianya labuh menutupi pinggul .
Sangat selesa di gayakan kemana sahaja dan mempunyai ciri-ciri nursing dan wudhu friendly

Warna yang terdapat :
*Helena Blouse magenta
 *Helena Blouse green
* Helena Blouse grey
* Helena Blouse dark blue
* Helena Blouse cream
*Helena Blouse brown 

Untuk ukuran sila rujuk di NORIE SIGNATURE HELENA BLOUSE 




Tampil simple dan sederhana dengan jubah wardah edisi 2016.

Diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace- lace kecil yang tidak berlebihan. Sangat sesuai dipakai ke pejabat ke sekolah mahupun kemana- mana acara formal dan tidak formal.

Warna yang terdapat :
Wardah Jubah  tiffany blue
Wardah Jubah golden brown
Wardah Jubah dark green
Wardah Jubah ice pink

Keistimewaan dari wardah jubah :
✔ nursing dan wudhu frenly
✔ sesuai dipakai oleh mereka yg tinggi
✔ simple yet elegan
✔ kain yg selesa.tak mudah kedut



GOOD NEWS untuk kalian , Diskaun sebanyak 10 % akan diberikan  untuk pembelian pertama   Layla Blouse , Helena Blouse atau Wardah Jubah .
CaraNya hanya masukkan code : REG10 di checkout untuk redeem diskaun 10 % tersebut . Wahh menariknya !! Potongan harga... siapa yang tak nak !
Baru dapat gaji kan ? Jom shooping .. di 

NORIE SIGNATURE 




Gambar Gerhana Matahari 9 Mac 2016

Gambar Gerhana Matahari 9 Mac 2016 || Last nampak gerhana matahari time Lisa masih sekolah lagi. Masa tu  ambil tong letak air hanya untuk nampak gerhana matahari. Yelah mana ada kamera lagi , HP pun tak da . Alhamdulillah hari ini Lisa masih diberi kesempatan untuk tengok Gerhana Matahari , walaupun tak penuh sebab gerhana matahari hanya boleh nampak di Indonesia sahaja.


 Jom tengok beberapa gambar gerhana matahari yang  Lisa dan kawan-kawan sempat snap . 









Nota : Tahukah anda jika telur akan berdiri tegak sendirinya jika berlaku gerhana matahari.Masih ingat ilmu ni ketika sekolah dulu ? hehehe 

HOT AIR BALLOON FIESTA 2016 PUTRAJAYA

 HOT AIR BALLOON FIESTA 2016  PUTRAJAYA || Wahh .. yang ditungu-tungu kini datang semula, apalagi kalau bukan Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 . Balon udara yang diterbangkan dari berbagai negara menghiasi langit Putrajaya . Berlangsung selama 3 hari di persisiran tasik  presint 2 , Putrajaya yang bermula hari ini 11 - 13 mac dari pukul 7.00 pagi sampai 10.00 malam. Macam menarik je kan ? bukan selalu ada acara seperti ini. Biasa tengok di Istanbul je ,, nah sekarang ni di Putrajaya dah ada.. jom le raai-ramai ajak kawan kesana .

Harga tiket Hot Air Balloon Fiesta 2016 . 

Untuk event , free je.. kalian boleh datang tak perlu bayar. tapi dalam tu ada zone-zone larangan yang kalian kena bayar kalau nak masuk di zon tu . bermula dari RM15 , RM50 , RM25 , RM30 , RM200 , RM300 . FUh.. mahal juga..tapi kalau datang untuk tengok balon udara tu je ,, free . Dibawah ini gambar senarai harga untuk rujukan .














Menarik bukan ? jangan lewatkan kesempatan yang datang setahun sekali ini.. jom sama-sama jumpa disana ! .. 

Tersalah Majlis Kahwin !

Tersalah  Majlis Kahwin ! || Cuti sekolah macam ni punyalah banyak jemputan orang kahwin . Lisa yakin tempat kalian pun sama juga kan ? fuhhh first day cuti je dah berlambak jemputan kahwin  atau tunang . Majlis dihari yang sama takut la tersalah rumah pengantin ! sama yang berlaku dengan Lisa dan kak Ili Sabtu lepas . Memang menggelabah sungguh ketika tu .

Ceritanya sabtu lepas  12 Mac 2016  Lisa dan kak Ili janji nak pergi kenduri kahwin kawan zaman-zaman yahoo chat dulu. Lama dah .. tapi still kontak lagi . Nak jadikan cerita , walaupun rumah dia kat kluang je ,, tapi Lisa tak tau rumah dia yang mana satu . Hahaha... nasibla ada YUS ( kawan yahoo messager chat juga ) dia pun last pergi kerumah pengantin ,7tahun lepas. Doa tak tersalah jalan dan rumah pengantin sudah .,


Yes finally nampak jalan Tembaga , nama jalan rumah pengantin . Lepas tu dekat banner tu biasa ada gambar pengantin kan ? kalini unik sikit.. sebab gambar orang tua pengantin perempuan yang dipasang dibaner depan sebelah gerbang bunga nak masuk kemah. Tema pelamin pink purple.. lawa juga.. hehe kebetulan pula pakai pink. Kami dah agak dah tema pink , sebab time yahoo dulu dia suka guna font kaler pink purple. Masuk kedalam.. tak jumpa orang muda yang kami kenal.. kami cari je meja kosong , .. sebab pengantin sanding 2.30 petang .. kami pulak pukul 1.30 dah sampai sana . Sedap-sedap wehh makanan di majlis tu , ada Nasi Beriyani ,, daging beriyani , kambing golek , dan banyak makanan lain yang sedap. Tapi Lisa pilih nasi putih je ,, ahaha sebab perut Lisa yang manja ni takut memulas pulak nti . Lepas makan,, pengantin tak keluar juga.. huhu lambat bebenor.. sampai akhirnya terdengar bunyi kompang dipalu.. Yes.. akhirnya pengantin naik pelamin. Tapiii ... tiba-tiba Lisa dan kak Ili panik , sebab tengok pengantin yang dah di solek memang tak sama langsung dengan wajah yang biasa kami tengok .

" Betulke ni majlis Bam ? aik.. kenapa pengantin macam lain je .. Pelamin satu je , tak kan la ada dua pengantin. " Hahahaha.. adeh ... kami pun tertanya-tanya .. Nampak dia gelak , barulah rasa lega sikit.. kami tak tersilap majlis kahwin orang . Hahah tak ke naya nanti.. dah siap makan sekali last-last salah tempat. Malu woo..




Tol sebelum jumpa pengantin perempuan , tradisi di majlis perkahwinan orang JOHOR . Tiada bayar tol, jangan harap boleh jumpa pengantin perempuan . Heheh banyak juga yang block jadi tol ni.. hehehe

Selamat pengantin Baru .. semoga berkekalan sampai ke jannah . hehehe

Baucar Percuma Beli Belah Online

   Perempuan dengan hasrat untuk membeli-belah memang tak dapat dipisahkan , sebagian besar perempuan memang macam tu . Termasuklah Lisa. Hasrat berbelanja bukan main membuak-buak tapi jeling poket ? huh.. alamak.. cukup tak ye untuk hidup sampai ke next gaji . Tenang,,, sekarang kalian boleh berbelanja jimat dengan Baucar Percuma Beli Belah Online  yang ditawarkan sehingga 90% . WOWW banyak juga tu .,tapi macammana ? 

Voucher Codes , sekarang windows shoping  sekarang sedang sale gila-gila , dari baju , makanan, hotel , dan banyak lagi barangan sales. Kesemua diskaun tu kalian boleh dapatkan dan pilih hanya dengan klik dalam web voucher codes dan kalian akan rambang mata dengan diskaun yang ditawarkan dari web , Lazada , Zalora , FoodPanda ,Groupon , Hotels.com , Expedia.com.my , Agoda, Fashionvalet , dan banyak lagi windows shoping lainnya . Menarik ni.. raya pun dah nak dekat kan ? mana tahu ada baju yang berkenan.. hehehe 


CARA MUDAH DAPATKAN KAD BAUCAR  : 

2. Pilih windows shopping yang kita inginkan
3. Tekan button search




Banyak pilihan untuk berbelanja secara online , mana satu pilihan kalian ? begitu banyak windows shopping di Asia ni ,mana tidaknya .. banyak jenis dan reka bentuk baju yang boleh kalian pilih dan beli. Pastinya kalian akan mencari  satu dari laman web fashion yang terkemuka yang menawarkan perbagai pakaian indah dan bergaya , aksesori, kasut dan banyak lagi. Pilih syarikat yang ada pereka dan jenama terkemuka di Malaysia untuk kualiti yang terbaik ,. ya setiap hari akan ada rekaan terbaru yang terkini dan inovatif , berkualiti tinggi dan berjenama . Apalagi sekarang ni ada sales besar-besaran . Jangan lepaskan peluang ni .pilih senarai diskaun yang kalian nak bermula 30 % , 50 % bahkan 70% pun ada. Hanya di  Asia's favourite online store for women  




Bergaya bukan hanya untuk wanita sahaja , sekarang ni lelaki pun pandai bergaya . OOTD , bukan hal yang baru lagi. Semua inginkan kacak dan cantik baik lelaki atau wanita.  Pakaian yang trendy dan berkualiti up to date pasti ramai dicari sekarang ini.
Pakaian  trend terkini dalam fesyen dan  kalian boleh  membeli barangan yang lengkapkan keperibadian kalian .  Yang pasti mempunyai kualiti yang tinggi . Usah risau dengan pilihan yang banyak, pastinya kalian inginkan laman web yang  mempunyai pelbagai rekaan pakaian moden dan klasik untuk lelaki dan wanita .dan jenama-jenama terkenal seperti Mango, Giordano, Pulau River, SKII, Sephora, dan Macbeth .  Kalian boleh berbelanja dengan mudah hanya di  Trendy fashion products for both men and women

 Layari laman www.vouchercodes.com.my untuk dapatkan lebih banyak diskaun di windows shopping .

 Jadi, mengapa membayar harga yang disenaraikan apabila anda boleh membeli-belah pada harga diskaun.

JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang

Kluang ? walaupun Lisa duduk Kluang ni tak tau sangat dimana makanan best dan sedap ketika malam. Sebab Lisa memang bukan jenis yang keluar malam, biasa balik kerja terus straight balik rumah je .  Yang tahu hanya deret Nasi Lemak World di jalan Persiaran ataupun beberapa kedai makan lainnya seperti kedai makan Thai ataupun kedai mamak. Itu je la yang nampak sejauh mata sepet Lisa ni memandang . Sampaila pada satu masa tu , Lisa kena balik lambat sebab kena temankan anak boss ditempat kerja. Almaklumlah kalau timing orang gaji memang berduyun-duyun orang datang ketempat kerja Lisa sampai terkadang tak ada masa untuk makan. Malam lepas habis jam kerja , Anak boss minta Lisa temankan makan pula. Alamaakk.. habislah rosak diet Lisa ni . Hahah takpa.. memandangkan dia tak makan lagi dari pagi, so Lisa temankan je lah . Dia cakap nak bawa Lisa ke kedai makan Joels Delight , dan dia tahu yang Lisa tak pernah pergi sebelum ni .


JOEL'S DELIGHT KLUANG , Kedai Makan WESTERN FOOD dalam Kontena

Lain dari kedai makan kebanyakan , Joel's Delight ni unik sikit , lebih kurang seperti kedai makan hipster la senang cerita . Joel's Deligt, counter , tempat masak dibuat dari kontena. Nah.. Lisa rasa tak pernah nampak lagi kedai makan dari kontena , kalau adapun di London .. macam Food Truck tapi kedai makan ni tak berjalan. Kat tempat ni banyak menu western food yang sedap , diorang cakap datang sini kena try burger dia ,, memang sedap. Tapi.. err errr Lisa tak makan burger , jadi Lisa order Chicken Wrap Cheese , Spaghetti Bolognese dan juga Greeb Aple Shake. Shake it of.. shake it off.. yeeahh .. 
Rileks.. bukan Lisa sorang je yang makan , Lisa dengan anak boss share-share la kan . Diet mana boleh makan banyak (diet konon ) ,

Image may be NSFW.
Clik here to view.
JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang

Spaghetti Bolognese Daging 
Dalam gambar nampak sikit , tapi time order.. mak aih banyak pulak . Dulu anak boss order menu ni takdela banyak macam Lisa order sekarang . Mungkin dah nak tutup kedai , dia habiskan semua kot . Dah dekat pukul 11 lebih mana tak habisnya . Spagheti ni sedap.. rasa lembut dan tak keras .Biasanya menu ini sedap... TAPI .. nah ada tapi ,  daging ni rasa macam mentah pulak ,atau bau daging kuat sangat. Tak cukup masak agaknya ... Nasib tak baik kot time Lisa order , tak berapa sedap pula.  .. heheh lepastu Lisa bagitau kat pemilik kedai makan ni .. then dia minta maaf . Nasib baik minta maaf, takut-takut gak nak tegur .. kot dia marah macam artis Fizo Mawar masa kena kritik oleh blogger. Haahah.. 


Chicken Wrap Cheese ||  Rasa ok memang sedap , nahh susah tau Lisa puji makanan yang ada 'ayam'  , sebab Lisa ni jenis tak suka makan ayam . Kalau Lisa dah puji.. sedap la tu kan ? sedap bagi Lisa la.. sebab tekak orang tu tak sama . ye tidak ? Ada ayam , sayur-sayuran , sos cheese yang sedap sebab tak terlalu banyak , secukup rasa gitu . Tortila yang tak keras, lembut digigit sebelum makan . 





Image may be NSFW.
Clik here to view.
JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Green Aple Shake 



Simple je kan kedai makan ni , simple tapi unik dan menarik. Bersih juga tempat ni walaupun sederhana saja , nampak macam ada kelas ! Pelanggan duduk di meja dan kerusi bawah kemah ditiup angin sepoi-sepoi. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang

Nampak sedap ? memang sedap pun.. murah pulak tu . Walaupun order western food , namun harga sesuai dengan poket tak mahal average bawah rm15 ! . Patutlah ramai orang makan di Joel's Delight . Kalau kalian singgah di Kluang jangan lupa makan di kedai makan kontena ni , 

Lokasi Joel's Delight :
Kampung melayu , Kluang .
Dari Kluang mall.. straight lepas jambatan tu ambil jalan kiri , kemudian kiri dan kalian nampak la Joel's Delight (siap direction tau ,terlebih rajin )
Instagram :



GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

 Siapa yang tak kenal  Lee Kwang Soo ,  pelakon kacak dari Korea bintang Runing Man yang memand ramai diminati di Asia . 16 Mac 2016 Lee Kwang soo tiba di Malaysia untuk pelacaran samsung terbaru iaitu Galaxy S7 Edge bertempat di KLCC pada 17 Mac2016. Bukan main banyak peminat yang datang , dah semut nampak gula.


Nah untuk kalian peminat bintang KPop  ni, Lisa bagi beberapa keping gambar Lee Kwang Soo sebadai Duta Samsung Galaxy S7 edge semalam,jangan melting tak boleh tidur pula ye .



Bagi yang beli Samsung Galaxy S7 Edge dapat poster  + tanda tangan dari Lee Kwang Soo .






Credit gambar : klose-up.com

5 Kelebihan samsung Galaxy S7yang kalian perlu tahu : 


5 best features of the Galaxy S7
These are the 5 best features of the new Samsung Galaxy S7.
Posted by The Verge on Thursday, 10 March 2016

Semakan Keputusan Matrikulasi 2016-2017 Online

Semakan matrikulasi dijangka akan diumumkan keluar pada pertengahan April 2016 bersama-sama dengan pengumuman keputusan tawaran ke Tingkatan 6. Untuk semakan keputusan ini boleh melalui dua cara , iaitu secara online atau SMS .


Semakan Keputusan Matrikulasi secara Online ,


Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi KPM.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
*Nombor Kad Pengenalan atau
*Nombor Lembaga Peperiksaan

 Sila layari http://www.moe.gov.my atau http://matrikulasi.moe.gov.my/matrikulasi_tawaran/


Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
Program Matrikulasi KPM:
Taipkan MOEMARNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAR 960704085973

FAQ
Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik SINI

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 Ambilan Kedua
Keputusan rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 ambilan kedua akan diumumkan keluar pada mulai Jun 2016.


FINALLY dapat Tshirt KBBA9 Limited Edition !!

FINALLY  dapat T-shirt KBBA9 Limited Edition !! || Finally Lisa dapat juga t-shirt ini. tshirt yang hanya keluar 1 kali je . Tshirt ini keluar rasmi di perasmian tapak HAN Eco Resort oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Emy  , Taman negara , Pahang hujung bulan Februari 2016. Dengar cerita berebut woo nak dapatkan t-shirt ni . Ya .. T-shirt ni limited edition sahaja .

Kalian pasti tertanya-tanya mana nak beli Tshirt #KBBA9 ini kan ? 
Caranya senang je ,,,kalian boleh Contact angah 
 Facebook ;  ANGAH JUDIN 
 Whatsapp /sms : +60 18-661 4215




Baca disini : http://www.benashaari.com/2016/03/han-rainforest-resort-taman-negara.html

Gambar Pernikahan Shahrol Shiro dan Anna Danisha

Gambar Pernikahan Shahrol Shiro dan Anna Danisha || Shahrol Siro , atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, semalam dah selamat menjadi suami Anna Danisha atau Nor Farhanah Syamimi ,18 Mac 2016 pukul 9.15 malam . Majlis diadakan di Dewan Jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) , Kluang-Johor. Mereka selamat dinikahkan dengan ijab sebanyak 3kali , Nasib baik bukan 4 kali .  Hehehe...

Lisa pernah beberapa kali jumpa dia ketika shooting di sebelah tempat kerja Lisa dan time dia datang tempat kerja Lisa untuk bayar bill. Jom tengok Gambar majlis Pernikahan Shahrol Shiro dan Anna Danisha , jangan patah hati tau untuk para peminat Shahrol, 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
gambar kredit to era 
















Image may be NSFW.
Clik here to view.


Keputusan rasmi Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016

Keputusan rasmi Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016 TV3. Malam kemuncak DFKL 2016 tadi berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula pada jam 9.00 Malam. Deretan artis memeriahkan acara ini seperti Janna Nick ,Syarul Ridzwan ,Mira Filzah , Adi Putra dan banyak lagi.
 8 kategori utama melibatkan kategori drama terbitan media prima TV3 dan TV9 dipertandingkan pada malam kemuncak DFKL 2016.

Berikut  keputusan pemenang Drama Festival DFKL 2016.

Keputusan Pemenang Drama Festival KL DFKL 2016 


1. Atress/ Pelakon Wanita Pilihan

Janna Nick (Kau Aku Kita)

2. Aktor/ Pelakon Lelaki Pilihan

Syarul Ridzwan (Kau Aku Kita)

3. Drama Pendek Pilihan

Kembara Si Kecil

4. Skrip Pilihan

Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

5. Pengarah Pilihan

Azman Hj. Yahya (Kau Aku Kita)

6. Antogonis Pilihan

Ruhainies (Hello Mr. Perfect)

7. Pasangan Pilihan

Syarul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita)

8. Lagu OST Pilihan

Mungkin Kamu (Sissy Iman – OST Eksperimen Cinta)

9. Drama Pilihan

Kau Aku Kita

Tahniah diucapkan kepada Drama “Aku Kau Kita” kerana dinobatkan drama terbaik DFKL 2016. Drama favorite tu, semoga ada Im Aus Raya !






Sebab Pakej Harga Photographer Mahal

Assalamualaikum,  bukan hal yang baru untuk didengar... mesti orang terfikir, kenapa harga untuk pakej seorang photographer mahal?  termasuklah Lisa..sebelum ni tertanya-tanya soalan yang sama "elee.. ambik gambar je pon.. tak kan harga beribu-ribu ,mahalnya !


Akhirnya Lisa dapat jawapan dah.. bukan mudah untuk jadi seorang photographer . Ini beberapa sebab mengapa Harga Pakej Photographer Mahal ;

1. Kamera
Harga untuk sebiji kamera memang mahal. Untuk body saja , paling kurang pun dua ribu keatas ( untuk guna shoot la,bukan saja-ja ada ) . Sebab kalian pun taknak kan dapat gambar yang kualiti kurang cantik. Nah itu baru body kamera je , Beli lense lagi...lense pun ada banyak jenis, dari prime ,kit , wide, dan banyak lagi. Sila google untuk detail. Dan harga Lense ini lebih mahal dari body.. boleh cecah berpuluh ribu tau.

2.Bukan mudah jadi seorang Photographer.
Jadi photographer atau juru gambar tak semudah yang kalian bayangkan. Kena ambik kelas, nak belajar cara ambik gambar yang betul, seimbangkan warna , sudut mana yang cantik kalau dalam ruangan atau luar ruangan, cuaca cerah ke mendung..semua itu bukan senang tau. Masuk kelas belajar semua tu ,semua kena keluarkan duit .

3. Ongkos untuk softcopy gambar dan photobook.
Snap gambar , edit,cuci gambar dan kemudian bagi softcopy dan cuci gambar tu .Mesti pengantin nak album untuk kenangan ke anak cucu nanti . Semua tu perlukan duit juga.

Sebenarnya banyak lagi reason yang kalian perlu tahu untuk seorang photographer , Jadi ubahlah fikiran tu ye... kalau snap cincai-cincai je kang marah and viralkan di media sosial pula.Padahal bayar pun paras-paras itu je.


Ambil pakej ikut kemampuan poket, tapi dapat hasil gambar ikut apa yang dibayar lah kan.. jangan demand pula. Hehehe..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gambar credit ; Andi Ahmad Peektures

Masih tercari-cari photographer untuk majlis Anda ? Tengok pakej perkahwinan DISINI


Harga iPhone SE

Harga iPhone SE || Tahun lepas dah keluar Iphone model iPhone 6  , iPhone 6 plus , iPhone 6S , iPhone 6S Plus , lepas tu ada dengar and trial iPhone 7 bakal keluar kan ? tup-tup harini dah keluar jenama iPhone yang tak pernah dengar pun sebelum ini. iPhone SE , perpaduan antara iPhone 5s dan iPhone 6s . 

Harga dan Detail Kelebihan iPhone SE : 


iPhone SE ada 4 colour colour baru rose gold ..starting dengan harga $399 RM 1600 for 16GB dan $499 rm2049 for 64GB 

Detail kelebihan iPhone SE : 

*Bahagian tepi yang berkilat digantikan dengan kaca melengkung seperti iPhone 6 dan 6s
*8 megapixel kamera belakang dan 1.2 megapixel sistem camera depan dari iPhone 6
*Memiliki panorama  jauh lebih besar dan autofocus untuk rakaman
 video A8 dan M8 cip dari iPhone 6
*Didapati dalam warna Silver, Space gray, Gold dan Rose gold sama seperti iPhone 6



Tarikh penjualan atauRelease Date iPhone SE pada 31 March 2016 , sedangkan untuk Preorder bermula hari ini 21 Mac 2016. 








OK la ni kan , screen comel tak besar. Mesti kalian peminat iPhone lebih suka screen kecil sebab ringan dan senang genggam di tangan .  Teringin pula nak ada iphone SE , kalian nak juga ? cepat simpan duit sebelum phone ni sampai ke Malaysia . Hehe


A first look at the new iPhone SE and smaller iPad Pro!
Posted by Mashable on Monday, 21 March 2016

DR Z HERB, Skincare Atasi Masalah Muka

DR Z HERB , Skincare Atasi Masalah Muka || cuaca panas berhabuk buat muka Lisa tak selesa. Mana taknya , sekejap jerawat dipipi kanan , sekejap di pipi kiri , sekejap di dagu  , stress! Banyak produk di pasaran , dan kawan Lisa sugestkan skincare DR. Z HERB. Berkesan tak ? 

Lisa bukan senang-senang je pakai produk untuk muka , saudara meninggal kena cancer Darah .Salah satu nya sebab pakai skincare yang tak terkawal KKM .

Nasib baik DR.Z Herb Skincare guna bahan herba  kunyit,sireh dan beras yang dicampur dengan herbal-herbal terpilih yang lain. Semua produk DR.Z Herb’s tak mengandungi bahan yang bahaya , 
DR.Z HERB’S  dapat kelulusan KKM ,  herba yang dipilih adalah halal jadi tak was-was kalau guna.


Harga Set DR Z HERBS mampu milik !


Berapa harga satu set skincare DR Z HERBS ? Mahal tak ? Jangan risau , terdapat 3 set harga yang memang sesuai dengan poket kalian . Berikut detail harga set DR Z HERBS
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set GST rm 50.00 (sabun DR Z Herbs + Night Cream ) 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
set Ekonomi DR Z HERBS 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set Muka Berjeragat DR Z HERBS 


DAY CREAM
 penghalang (blocker) kepada sinar uv yang dipancarkan ke muka. Wajah kalian jadi semakin putih,licin dan lembut juga bantu lambatkan proses penuaan ( awet muda)

NIGHT CREAM
Guna secara berterusan dapat hilangkan jerawat dan jeragat.Kecilkan pori-pori dimuka dan jadikan muka licin dan berseri.

TONER
Halus  dan bersihkan kulit muka . Ia berfungsi untuk hilangkan bintik-bintik hitam dan tanggalkan sel-sel kulit yang mati. Segarkan wajah dan mampu membunuh bakteria di muka.



SCRUB
Diperbuat dari garam berkualiti yang diimport dan dicampur dengan herba-herba pilihan yang berfungsi sebagai pencuci dan polish untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan sel-sel kulit mati di wajah. Ia juga mampu menghilangkan parut-parut berlubang  kesan dari peninggalan jerawat sehingga  kulit menjadi licin dan halus.
Ia juga mampu menghilangkan panau dan penyakit kulit bersisik


FACIAL MASKER
Digunakan pada waktu malam bagi menyegar dan menegangkan kulit.

SERUM
Terdapat dua jenis serum yang dikeluarkan oleh DR.Z Herb’s untuk digunakan dalam dua keadaan. Serum Rediance Vit C  digunakan untuk kulit wajah normal .Berfungsi sebagai pelembab wajah ,cerahkan muka,tutup pori-pori selepas pakai scrub atau sabun. Serum Ance Vita C selain dari berfungsi seperti Serum Vita C Rediance ia juga mampu hilangkan jerawat dan jeragat. Dan juga bunuh bakteria di muka yang berjerawat.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
sebelum , muka dengan  jerawat.. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
No makeup + selepas guna DR. Z HERBS 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Wajah Lisa hanya menggunakan Day cream 

CARA GUNA PRODUK KOSMETIK DR.Z HERB’S


  1.Cara mencuci muka yang betul:

- Tuangkan butiran scrub di telapak tangan  secukupnya.
- Letakan Facial Form gel  di atas butiran scrub secukupnya.
- Adukan campuran facial form gen dengan butiran scrub sampai rata.    ( jangan kena air tau)
- Gosokan ke muka dan sapu perlahan-lahan.Gosok secara memutar sekitar 5 minit.( jika terlalu licin bermkna scrub tak cukup)
- Setelah kering ambil 3 titik air ,gosok di telapak tangan dan sapu ke muka. Gosok seperti putaran.
- Bilaskan dengan air dan lap muka anda dengan tuala yang kering.

Cara penggunaan sabun agak mudahsebab kalian hanya perlu  basahkan muka dan    gosokan sabun di wajah anda kira-kira 5 minit.. Setelah merata bilas dan lap muka dengan tuala.

 Setelah muka dilap dan kering sapukan tonner dan juga serum. Serum dan tonner disapu secara berasingan. Untuk muka yang normal serum yang disyorkan ialah vita c rediance.

Apabila toner dan serum sudah kering,anda disyorkan pakai Facial Masker untuk tegangkan kulit muka ( memang betul-betul tegang macam kena tarik ) .Untuk muka yang berkedut dan ada lekuk-lekuk halus di disyorkan guna Facial Masker DR.Z Herb’s pada waktu malam hingga ke pagi untuk licinkan dan jadikan muka tambah ayu serta AWET MUDA(macam Lisa , hehehe)

Waktu pagi pula selepas sapu toner dan serum anda digalakan pakai UV Foundation dan day cream bagi halang sinar uv yang dipancarkan matahari terkena kulit anda. Proses pemutihan muka akan berjalan dengan cepat.

 Mereka yang mempunyai muka berjerawat serum yang digunakan adalah Ance vita C. Pemakaian bahan yang lain adalah sama seperti kulit wajah yang normal.

Untuk kulit muka yang berjeragat dan berjerawat disyorkan mencuci 3 kali seprti berikut:

-      Malam -  Gunakan Facial Form gel dan scrub.
-      Pagi  -  Gunakan sabun DR.Z Herb’s Skincare
-     Tengah hari  - Gunakan Facial Form Gel dan scrub.

.Untuk kalian yang muka berjeragat pula pemakaian bahan adalah sama seperti muka berjerawat Cuma ditambah knight cream. Sapukan knight cream pada wajah yang berjeragat sahaja. Kesan jeragat akan mula pudar setelah seminggu menggunakan produk DR.Z Herb’s.


Hasil untuk kesemua wajah tak sama ya , kenali wajah kalian baru ambil set yang sesuai dengan kondisi wajah kalian . Yang berminyak ,jangan la ambil set normal.. macam mana nak berkesan . 

 Untuk pembelian dan pertanyaan testimoni ,  kalian boleh terus hubungi di 
Instagram

Whatsapp : 
0136801579



Page facebook : 




Biodata Elvina Cinta Si Wedding Planner

Biodata Elvina Reylv || Dayana, mesti kalian tertanya-tanya siapa sebenar Dayana ,P.A Heroin Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang pernah famous sebelum ini . Lisa pun tercari-cari juga. Dayana atau nama sebenar Elvina .. cantik , comel, dan berlakonpun tak macam kayu .

Muda lagi rupanya Elvina  , lahir 25 Januari tahun 1995 , baya adik la kan.. tapi dia tinggi ,, Lisa cenonet. hahaa 



 Instagram: 
Twitter : 


Instagram Elvina haritu nampak macam public, sekarang dah private . Kalian pepandai la add dia.. heheh mana tahu approve . 

REVIEW : BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE , TAK BEST !!

BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE || Setelah 2tahun tunggu .,akhirnya Batman vs Superman ditayangkan bermula 25 Mac 2016. Dah seminggu movie Batman Vs Superman tayang di Pawagam . Bagus ke movie tu ?  Berapa rate lepas review movie tu ? Movie bagus dah  tapi Lisa bagi rate 7 dari 10 bintang .

Batman (Henry Cavill )  berlawan dengan Superman (Ben Affleck) hanya nak tunjukkan mana satu hero yang sebenar , setelah di kambing hitamkan oleh Lex Luthor ( Jesse Eisenberg ) . Sebab Luthor anggap dialah Dewa dalam dunia ini .Superman baik , just Batman  je nampak sedikit jahat dalam watak movie ni . Jahat sebab salah paham je .   Demi selamatkan Martha , mak Superman .. , Superman harus melawan Batman dan bawa kepala batman bagi kat Luthor. Muncul pula wonder woman.. best.. tapi superman MATI !



Review movie Batman V Superman : Dawn Of Justive dari Lisa :

*Movie Batman vs Superman  ni best jalan cerita di part akhir . Banyak borak sampai Lisa hampir tertidur part tengah jalan cerita.
*Ada adegan 18-SX , tak sesuai untuk budak-budak. Walhal Hero dalam ni semua kesukaan budak-budak , mesti budak nak tengok juga . Errmmm .. perlu cut adegan berromance di dalam Tab mandi . *Part Ending , best.. gaduh , berlawan .. baru tak bosan . walaupun akhirnya nangis sebab tengok superman mati.
..
Eh mati ke ? Lisa rasa tak mati,, dan akan hidup semula .sebab keranda superman pun kosong je . kena tengok  movie selanjutnya ni . Movie ni tak habis lagi , sebab hero yang sebenar tak muncul lagi..

Kenapa Lisa cakap tak best ? Tak best sebab ada ganguan dalam panggung wayang , orang yang duduk kerusi depan Lisa , kepala dia asik gerak-gerak je .. bercinta dengan GF , yang paling buat lisa tak selesa.. Rambut pacak ke atas ! HUH
Image may be NSFW.
Clik here to view.




Actor : Henry Cavill , Ben Affleck Jesse Eisenberg, Gal Gadot, Amy Adams, Jeremy Irons, Holly Hunter
DIRECTOR  :Zack Snyder
GENRE : Action, adventure, fantasy
SYNOPSIS : Batman tracks down Superman, believing that his power must be checked ... but as the two superheroes confront each other, a new, greater danger emerges
RELEASE DATE 25-03-2016
DURATION 151 mins
RATING 12A
COUNTRY : USA



Image may be NSFW.
Clik here to view.


Image may be NSFW.
Clik here to view.



Tak sabar pula tunggu movie yang lain,

Batman v Superman: Dawn of Justice, directed by Zack Snyder (2016) 

Suicide Squad, directed by David Ayer (2016) 

Wonder Woman, starring Gal Gadot (2017) 

Justice League Part One, directed by Zack Snyder and starring Ben Affleck, Henry Cavill and Amy Adams (2017) 

The Flash, starring Ezra Miller (2018) 

Aquaman, starring Jason Momoa (2018) 

Shazam (2019) 

Justice League Part Two, directed by Zack Snyder (2019) 

Cyborg, starring Ray Fisher (2020) 

Green Lantern (2020) 

Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>