Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Senarai Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI

$
0
0
 
Senarai Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI ||  Drama slot Zehra di TV 3 yang akan tayang 28 Januari 2016 jam 9.00 malam ini dimeriahkan dengan pelakon yang pastinya kalian dah kenal , antaranya : Nazim Othman , Niena Baharun , Johan As'ari dan ramai lagi artis lain . Jalan cerita Cinta Teruna Kimchi ni macam lebih kurang STRAWBERRY CINTA JE .. beza plot je., Strawberry cinta cari mak yang duduk di Malaysia , Cinta Teruna Kimchi pulak jejaka korea yang cari ayah yang berasal dari Malaysia. So.. pengakhiran yang lebih kurang je kot ..

Barisan Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI 



WATAK PELAKON
KANG YE JUNNAZIM OTHMAN
SAIDAHNIENA BAHARUN
AMINJOHAN AS'ARI
SURAYANUR RISTEENA
AMEENAFEIYNA TAJUDIN
FAISALBODT SHARADE
ZAINALKAMAL IBRAHIM

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi :


Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam.

Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia?

Jangan lupa saksikan drama Cinta Teruna Kimchi bermula 28 Januari 2016 ini, jam 9.00 malam di TV3.


*gambar myinfotaip.com



LIRIK DAN BILA ESOK By Sofaz [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]

$
0
0
OST CINTA TERUNA KIMCHI || Lagu lama sekitar 5 tahun lepas, jadi pilihan untuk OST Cinta Teruna Kimchi . Sapa tak kenal lagu ini weih... Sambil bernostalgia jom dengar ..




LIRIK DAN BILA ESOK By Sofaz [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya

NASI KERABU BADANG KELANTAN

$
0
0
NASI KERABU BADANG KELANTAN || Amboii.. terliur tak dengan menu makanan yang Lisa pegang ni ? walaupun badan Lisa kecik je ,, namun selera makan besar tau . Hahah tengoklah ... bukan main meriah lagi lauk nasi kerabu ni . Dan semua Lisa habiskan licin tak bersisa . Nasi kerabu ,nasi yang terkenal dari  negeri Kelantan ni memang sedap woo.. Ni kali pertama Lisa makan nasi kerabu yang betul betul banyak lauk. Ada mihun warna pink dan limau . Biasanya kalau Lisa beli dekat gerai makan sbelakang tempat kerja memang takda dua benda ni , mungkin dah campur dalam sambal tu Lisa tak tahu la .

MAKANAN WAJIB BILA SINGGAH KELANTAN 


Lisa lebih suka sebut nasi biru , sebab nasi memang warna biru dan Lisa suka mawar biru , tempat kerja pun banyak kaler biru . Nasi yang berlaukkan , keropok lekor goreng , sambal , budu , solok , ayam , daging , telur masin . Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu ,, budu dan sambal kena gaul serata tau . Jangan tuang atas nasi macam tu je , ni bukan kuah ye .. so kalau kalian tuang je then makan.. mesti masin gila ! Nasi pun tak sedap. Sebab Lisa first time makan pun dulu macam tu juga. Maunya tak masin , budu kot.. Hahaha.. Nasi Kerabu badang , sebab nasi ni disajikan bukan di polisterin , tapi diasajiakan di Badang dan dialaskan daun pisang . Bertambah sedap woo. Bukan selalu ada nasi ini , akak penjual nasi kerabu badang ni orang Kelantan , dan kena tunggu giliran la untuk dapat rasa .. ikut negeri . Harga sebadang rm15.00 

Nah kalau kalian nak rasa juga , atau mungkin nak buat jamuan makan ke .. nak tempah katering ke . Kalian boleh contact je kak Liza , 0136653955


Nama Anak Kedua Liyana Jasmay

$
0
0
Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin || Rasa macam baru sekejap je bersalin anak pertama , 22 Januari 2016 dah menyusul kelahiran anak kedua Lyana Jasmay dan suami . Baby girl seberat 2.92 kg selamat lahir di Pusat Perubatan Prince Court. Comellnyaaa baby !! Baby lagi tak nampak muka iras Liyana atau suami , yang penting selamat .. Selamat datang ke dunia little Liyana . Nama anak kedua Liyana Jasmay , Selena Fathuddin . Senang ingat  dan tak panjang berjela.. hehehe .

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami. Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah,” memetik kata Liyana daripada BH Online.

Semoga Selena menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua . Amin... Tahniah sekali lagi untuk Liyana Jasmay ... Ramai juga orang sekeliling lisa yang Baby born bulan Januari ini . 

Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay

$
0
0
Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay || Kalian mesti dah tahu kan Liyana Jasmay dah bersain anak kedua Jumaat Lepas , 22  Januari 2016. Selena Fathuddin ,  nama anak kedua Liyana Jasmay dengan suami Fathuddin . Comel je kan baby girl yang baru lahir dalam keluarga Liyana Jasmay ni . Mata Liyana ... ehehe lelaki atau perempuan yang penting selamat . Kalian boleh terjah di Instagram Liyana Jasmay la untuk tengok gambar-gambar terbaru anak kedua Liyana Jasmay .

Lepas ni tunggu baby Hanis Zalikha pula . .. 

Pautan :  Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin 


Lirik Lagu Cinta - Asmara [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]

$
0
0
 OST CINTA TERUNA KIMCHI || cinta sejati walaupun harus berakhir tetapi tak ada hari yg tersakiti.
kita masih bisa bersahabat walau tak bisa seperti dahulu ketika "pahala"& "dosa" kita perbuat bersama....
mungkin perpisahan adalah jalan terbaik untuk kita saling bisa terhindar dari masa kelam . Cewahh.. jom dengar lagu OST Cinta Teruna Kimchi yang dinyanyikan Asmara  bertajuk Lagu Cinta . 


LIRIK  LAGU CINTA by ASMARA
 [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]


Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2016

$
0
0
Maharaja Lawak Mega kini hadir kembali untuk kalian yang akan ditayangkan  hari ini 29 Januari 2016 , bermula jam 10 malam bertempat di Dewan MBSA Shah Alam .  Saksikan Maharaja Lawak Mega musim baharu 2016 Minggu pertama  menerusi Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD pada setiap jumaat bermula pada jam 10.00 malam.  Tonton Online MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 . Live Streaming atau tonton secara online di pautan  berikut :

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 


 atau 

(klik link untuk tonton ) 





 Barisan peserta yang memeriahkan Maharaja Lawak Mega 2016  kali ini diantaranya :  


1. Awok

2. Bocey (Abam, Fan dan Achey)

3. Bora (Mamat, Yan dan Isa)

4. Bos

5. Cham (Along dan Azrul)

6. Chilok

7. Enjen

8. Jaros (Rahim, Syuk dan Joey)

9. Kavin

10. LOL (Tauke Jambu, Angah dan Ajak)

11. Puteh

12. Reza (Rayza Mukmin)

13. Say Who (Eko, Bocil, Vicha)

14. Shake (Amir Raja Lawak, Bell Ngasri & Mie Raja Lawak)

15. Xola

Wah meriahnya .. agak-agak macam mana persembahan malam ini ya ? jangan lupa saksikan jam 10 malam nanti. 

Gambar Pernikahan Matluthfi

$
0
0
Pasti dengan sekeping gambar diatas dah buat jutaan gadis-gadis patah hati. Selamat memandang Gambar Matluthfi kahwin .Siapa yang tak kenal matluthfi ,vlogger yang baru-baru ni keluarkan buku yang kedua. Tarikh Pernikahan mat dengan isteri dah semalam, 29 Januari 2016 . Para gadis-gadis yang minat dengan matluthfi jangan nangis guling-guling atas katil ya. 

Tahniah Matluthfi dengan isteri ,selamat menempuh kehidupan berumahtangga,semoga bahagia selalu . Amin

Kenapa Pilih Jus Annona ?

$
0
0
Hari ini masuk hari ketiga Lisa demam dan migrain. Kalau migrain dah menyerang ,, memang sepakej dengan  demam. Sama ada silap makan atau apa entah , sampai macam tak larat nak bawa kepala  . Hidung pun mula berdarah ..memang teruk kalau lisa demam, sebab badan panas . Mungkin stress dan nak datang periode . Sindrom ni perempuan saja  tahu !! sakit woo ... kalau dah terkena sindrom-sindrom nak masuk tarikh ni . Lisa try minum Jus Annona pagi tadi , dan alhamdulillah hari ni dah lebih baik boleh kerja macam biasa.Tak rasa nak melentokkan  kepala atas meja je macam hari sabtu lepas.Kenapa pilih Jus Annona ? Sebab dibuat dari durian belanda. Sirap or cecair memang lisa susah masuk tekak.. tapi dengan Jus Annona , terus boleh minum tak rasa pahit atau bau ubat.

Jus durian belanda

Jus Annona 100 %  Durian Belanda  

Kenapa tak nak makan ubat tahan sakit ? memang Lisa sengaja tak nak ambil ubat-ubatan untuk hilangkan sakit. Sebab nanti jadi ketagih and pernah baca dalam info kalau ubat tu akan kekal 5 tahun dalam tubuh . Jadi kalau selalu makan pon dah macam tak ada beza ,, sebab tubuh dah tawar . Tawar hati macam orang yang selalu ditipu !,hehehe... Jus Annona ini dibuat dari 100% durian belanda . Durian belanda ni kan banyak khasiat untuk kesihatan dan penawar ubat tau ! , lagipun bukan senang nak cari buah tu sekarang . Kalau dulu-dulu masa duduk dengan nenek senang la dapat di kampung-kampung tu kan . Sekarang zaman serba moden ni memang susah nak cari .


Kelebihan Jus Annona

Nasib baik ada JUS ANNONA , senang dalam packing sachet dan boleh bawa kemana-mana . Kemasan botol letak dalam rumah je . Minum sehari satu kali time sebelum sarapan . Kenapa Lisa pilih Jus Annona ? Sebab Jus Annona ini banyak khasiat seperti hilangkan sakit dengan cepat , berkesan dan tahan lama  , Jus annona dibuat dari 100% durian belanda asli tau .. sebab tu tiada kesan sampingan .  Walaupun dalam bentuk jus, khasiat durian belanda tetap terpelihara dan pengguna tidak perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak. Khasiat durian belanda tetap dikekalkan walaupun telah dijadikan jus .100% bahan semulajadi.
Tiada sebatian dadah di dalam jus ini, jadi ia selamat untuk diminum . Seperti Lisa dah bagitau tadi , Cara minum yang mudah , Hanya koyakkan sachet dan minum. Tidak perlu dibancuh. Mudah dibawa ke mana-mana.
Kalau kalian nak tahu lebih banyak lagi.. kalian boleh baca  maklumat lebih lanjut di 




Selamat tinggal Migrain dan segugut .. ! Dah boleh senyum saat bekerja dan tak perlu masam muka sebab sakit dari migrain dan segugut. Dan yang penting Halal dan ada sijil KKM. Penting tuuu! Jus Annona penawar semula jadi . 

CELCOM FIRST GOLD 80 , 15GB INTERNET + UNLIMITED CALL

$
0
0

 CELCOM FIRST GOLD , 10GB INTERNET SERENDAH RM80 || Sebelum ini pasti kalian dah dengar mengenai celcom first basic rm38 ,3GB internet sebulan  , atau Celcom First Blue Rm 45 untuk 4gb sebulan . Hari ini celcom keluarkan pakej terbaru yang pastinya memang berbaloi untuk heavy user call . FIRST GOLD 80 , 15 GB internet + panggilan dan sms tiada had kesemua rangkaian dengan komitmen bulanan serendah rm80.00 . Woww murahnya ?   panggilan percuma kesemua rangkain  memang sesuai untuk semua orang yang berniaga dan berbisnes . Harga pendaftaran rm 80.00 + 6 % gst untuk number baru atau tukar pelan celcom . 


Kelebihan FIRST GOLD  RM 80 

Telco D menawarkan rm75 untuk 7gb internet + panggilan percuma dan sms kesemua rangkaian . Telco U pulak rm70 , 7 gb internet dan panggilan percuma kesemua rangkaian . Dan CELCOM menawarkan pakej yang memang lagi berbaloi , lebih banyak internet  iaitu 15 GB total keseluruhan .  Apa kelebihan pakej celcom FIRST GOLD rm80 ni ? Betul ke 15GB internet ?  Internet 15 GB ,celcom akan bagi 5GB all time + 5GB (sabtu dan ahad sahaja ) + complimentery wifiplus 5GB  INTERNET  , contoh seperti di Shopping komplek dan KFC . Total kalian akan dapat 15GB  .  Kelebihan yang lain  ; Jika kalian guna banyak bill, maka celcom akan bagi kalian 3GB internet percuma . Bonus banyak -banyak dah ni .  Balance kuota data internet yang tak habis tu , boleh carry forward bawa ke bulan depan (yang ni selalu orang akan tanya )   . FIRST GOLD , pakej ini TIADA KONTRAK tau . Nahh .. yang ni kalian pasti suka . Sebab kadang ada sesetengah orang yang tak suka jika terikat dengan kontrak. 


Baca terma dan syarat FIRST GOLD 80 

*Harga dipaparkan tidak termasuk 6% GST 6% GST akan dikenakan di dalam bil.
*Nikmati muzik percuma tanpa had dengan Yonder selama 12 bulan.
*Pelanggan akan menikmati Internet 1.25GB setiap hujung minggu dari 00.00 hingga 11:59 Sabtu Ahad.
*Internet percuma pada hari Sabtu dan Ahad peruntukan akan dimuat semula setiap hujung minggu dan mana-mana peruntukan yang tidak digunakan akan dilupuskan di akhir setiap hujung minggu.
*Panggilan Tanpa Had & SMS ke semua rangkaian boleh digunakan untuk kegunaan domestik. Ini tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor bebas tol atau nombor dengan caj khas mis 1-300 / 1-800 / 600, 121, TM100, 1MOCC, panggilan IDD ke sempadan Singapura & IDD / panggilan ke Brunei.
*Maksimum 5GB Internet boleh dibawa ke hadapan untuk bil yang seterusnya.


Unlimited Muzik
Cari lagu-lagu kegemaran anda pada Yonder muzik dengan live secara unlimited untuk 12 bulan pertama.

Carry Forward Internet yang tidak digunakan bawa ke hadapan sehingga 5GB Internet bulanan yang tidak digunakan ke bulan seterusnya.

Bonus Internet
Nikmati sehingga 3GB percuma Internet untuk anda berdasarkan penggunaan bulanan anda.

Tiada Komitmen Kontrak
Keistimewaan hebat dengan PERTAMA ™ adalah milik anda tanpa terikat dengan kontrak.

Extended Credit Limit
Non-stop great experience with 5x extra credit limit over your monthly commitment value.

Debit Simpanan Auto
Nikmati 5% penjimatan ke atas bil bulanan anda dengan bayaran Auto Debit.

Club FIRST ™
Ganjaran eksklusif dan keistimewaan yang direka hanya untuk anda. Dengan panggilan lebih tambahan PERCUMA Internet, SMS dan banyak lagi keistimewaan

NOTA : This plan is applicable for new registration, MNP, Change of Rate Plan (CORP) and prepaid to postpaid conversion (P2P) customers.




Pakej ni akan launch petang nanti , 2 Februari 2016 diseluruh cawangan celcom . Untuk daftar kalian boleh datang ke mana-mana cawangan celcom terdekat 

Cozy , Not Cluttered : Making the Most of a Studio Apartment

$
0
0


 Cozy, Not Cluttered: Making the Most of a Studio Apartment

The studio apartment: bane of the lives of many a university student or young professional just getting started on their own. While it may be easy to find three and four bedroom townhomes in Malaysia, in the big cities like Petaling Jaya, efficiency apartments like those in Property Guru’s Empire Damansara developmentare becoming increasingly popular. While it’s easy to consider the studio a last resort, they can be the perfect startup for a single professional or a newly married couple. All it takes is a little creativity.




Decorations: Keep it Simple, Clean, and Bright

One of the most common mistakes new apartment owners make is trying to dress up a small space with bright patterns and busy colors. You can see the thought process: bright colors are fun and vibrant, and they’ll add light and life to a small home!

Unfortunately, too many colors will quickly backfire and leave your space feeling claustrophobic and cluttered. The design experts at lifestyle eZine PopSugar say leave it neutral: clean, simple colors like off white, creams, and grays will give you a cool, open, and bright space which you can liven up with small pops of color like hand towels or throw rugs.

That doesn’t mean you can’t decorate, of course: PopSugar’s designers added some texture to an entire wall of a studio apartment with patterned peel-and-stick wallpaper in blues and grays. Peel and stick paper is removable too, making it a great option for rentals!

Divide up Your Space

With only a single room and no divisions between living, eating, and sleeping spaces, the layout of a studio apartment can become jumbled and disorganized. Finding ways to carve out separate spaces in your studio won’t just help control the clutter: it promotes better sleeping habits and better focus as well.

Your dividers don’t have to be elaborate: a couch or tall flatscreen TV make an excellent barrier between a living and sleeping area. Hanging rods with curtains are another dividing option: try hanging curtains across your bed to create a cozy, private sleeping space or set the dining area apart.

Make the Most of Your Light

Natural lighting makes any space more pleasant, but in a small apartment in a tower block you may only have one window to work with. Make the most of your light with white or bright-colored window dressings, which will brighten up the window space and help reflect light into the room. If you need even more reflection, place a mirror at a right angle to a window.

A single ceiling lamp may seem like enough for a one room apartment, but there’s a fine line between cozy and dim once the sun goes down. A few standing or table lamps will keep you from feeling like the shadows are closing in during your evenings.  

Can’t Hide It? Make it Pretty

Storage is the eternal challenge of a small apartment with a limited supply of broom closets and cupboards. Designer Erin Boyle came up with a brilliant solution for clearing clutter from the 22 square meter apartment she shares with her husband. With no broom closet to tidy away cleaning supplies, she swapped out her plastic broom for an attractive wood and copper dustpan and brush set…which hang on the wall as decoration when they’re not in use. If you can’t hide your unattractive clutter, there are always solutions to make it attractive display pieces. Transfer cleaning sprays and soaps into glass or ceramic jars that can be lined up on a shelf, and get rid of the ugly plastic bottles, or leave folded towels hanging for a spot of color in a bathroom.

Storage in Three Dimensions

Making it pretty won’t work for everything you need to store, unfortunately: there are some things you just need to get out of the way. When your floor space is limited, it’s time to start thinking in three dimensions: try vertical shelves or pegboards to make the most of your vertical wall space. Having odds and ends just sitting out on shelves around the walls can push you right back into clutter territory, so consider investing in decorative storage boxes or cloth bins: convenient, durable, and easy to incorporate into your décor.

Small apartments also require you to find creative uses for “dead space,” like the area above a door: a perfect place for a high shelf to hold items you only need occasionally. Another creative space saver? Take your closet (or even bathroom) doors off, and replace them with sliding doors or simple curtains. In a large apartment or house, we never think about the floor space required for a swinging door! In a studio, that half of a square meter can make a world of difference.

A Few Final Words


If you’re just getting started, or like a cozy living environment, don’t be scared off by studios. They’re a great, affordable option, often located close to city centers and thriving nightlife. Start building your dream home – in miniature!

Lirik Kekal Bahagia Ippo-Hafiz [OST CINTA SI WEDDING PLANNER ]

$
0
0
#CINTASIWEDDINGPLANNER , sekarang tenga trending hastag drama tu kan. Pagi tadi di Hot FM  AM KREW , tetamu spesial yang datang ialah hero and heroin drama tu ,, Adi Putra dan Mira Filzah . Sama-sama nyanyi lagu Kekal Bahagia , ippo hafiz + Adi Putra + Mira Filzah . Sokong Mira dan Adi dengan trending hastag #cintasiweddingplanner , insyaallah nanti mereka akan melangkah kedepan untuk masuk dalam layar lebar. Hehee tu yang diorang pesan pagitadi .  Jom dengar !



CINTA SI WEDDING PLANNER - Kekal Bahagia (LIVE) - Akustika AM ...
Jom layan #KekalBahagia versi akustika featuring Adi Putra & Mira Filzah. Siapa yg tgh sangkut dgn lagu ni? Jom tag diorang :P
Posted by HOT FM on Tuesday, 2 February 2016

Lirik Kekal Bahagia - Ippo Hafiz [ OST CINTA SI WEDDING PLANNER]


Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya

Jus ANNONA Penawar Kanser Semulajadi

$
0
0
Jus ANNONA Penawar Kanser Semulajadi  || Ingat lagi tak entri Lisa sebelum ini yang cerita tentang migrain Lisa dah berkurangan lepas minum jus Annona  ? Nah baca semula diHilang Migrain Selepas Minum Jus Annona . Dari hari tu, Lisa dah amalkan minum sehari 1-2 kali sebelum sarapan. Durian belanda memang bagus untuk kanser , tapi nak beli dan cari buah durian belanda tu bukan main susah . Apalagi duduk kawasan bandar ni  , pasaraya memang konfirm tak ada lah. Lisa dah cari lebih dari 5 Pasaraya ,, pulang dengan tangan kosong je la jawapnya . Walaupun Lisa takda keturunan atau family yang sakit kanser , tapi kesihatan memang Lisa jaga betul-betul , kanser bukan keturunan je .. tapi semua orang boleh je terserang dengan kanser . Terutama wanita , kanser darah , kanser rahim , kanser tulang , kanser payudara. Selama ni dengar orang terserang kanser , minta dijauhkan la dari sakit macam tu .Bukan murah biaya untuk rawatan kanser . beratus ribu juga .. itupun belum tentu 100 % sembuh. Dalam tubuh manusia memang ada berjuta sel kanser yang boleh membiak , jadi kalau dah terkena tu memang susah nak detect .. tahu-tahu nanti dah stage 2 ,3 atau bahkan 4 . Teringat pulak dengan Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor , Tunku Abdul Jalil Iskandar  Sultan Ibrahim  Ismail yang mangkat disebabkan tahan sakit  , lepas tu dapat tahu yang penyakit tu dah sampai stage 4. 


JUS ANNONA Penawar Kanser Semula Jadi 

 Ternyata selain untuk hilangkan migrain dan sakit sendi,  Jus anona pati durian belanda ni juga boleh jadi penawar semula jadi untuk kanser. Serius ? lah betul .. buat apa nak tipu. Sebab ada kawan Lisa bagitau pesakit dia yang terkena kanser otak stage 4 dan pernah operate 3 kali , last-last try jus Annona ni . Orang cakap kalau kanser stage 4 , peluang hidup tinggal berapa bulan saja bukan ? alhamdulillah adik yang sakit kanser tu masih boleh survive sampai sekarang . Pastinya juga disertai doa dan tawakal . Tak sangka kan kalau buah durian belanda tu banyak khasiat dan boleh jadi penawar kanser . Buah durian belanda ini taklah 100% berkesan dalam menyembuhkan kanser. Tapi, ia makanan tambahan kepada pesakit kanser, supaya kualiti kesihatan dan kecergasan pesakit kanser dapat ditingkatkan. Teringat pula dengan sedara yang baru-baru ini kena kanser darah stage 2 , dan sekarang masih dirawat di Hospital Mahkota , Melaka . Nanti nak suruh dia try minum jus Annona la . 


  " Dari kajian saya, ekstrak buah durian belanda dapat menghalang perkembangan sel-sel kanser, tanpa merosakkan sel-sel normal badan. " 

Dr Roslida Abdul Hamid
Pakar Penyelidik dan  Pensyarah, dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, UPM

sedikit info untuk kalian, 4 bahan utama dalam buah durian belanda yang membantu meringankan derita pesakit kanser :

1) Acetogenin
Kajian mendapati bahawa buah durian belanda mengandungi acetogenin yang tinggi.
Acetogenin berfungsi sebagai agen yang melemahkan pertumbuhan sel kanser.
Ia mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel normal.

2) Vitamin C
Buah durian belanda juga kaya dengan vitamin C. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk mengelakkan kerosakan genetik.

3) Magnesium dan Potassium
Magnesium dan potassium bertindak sebagai agen anti-radang, yang membantu mengurangkan bengkak pada bahagian yang dihidapi kanser.

4) Tryptophan, Methionine dan Lysine
Ini adalah tiga ‘high essential amino acid’ atau tiga asid amino yang sangat-sangat diperlukan oleh sel-sel dalam badan untuk melawan serangan sel kanser daripada merebak.

5 Kelebihan Jus Annona untuk Pesakit Kanser

*Tiada kerosakan pada sel normal
Ini kelebihan utama buah durian belanda berbanding rawatan kemoterapi. Tidak seperti kemoterapi, buah durian belanda membunuh sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang normal. Maka, badan pesakit tidak mengalami simptom seperti keletihan, keguguran rambut, dan hilang selera makan.
*Tiada kesan sampingan
Jus Annona dihasilkan 100% daripada buah durian belanda asli.
*Membantu menguatkan sistem imun badan
*Membantu menambah kecergasan dan kesihatan pesakit

Panjang bebenar story lisa... nah kalau nak tahu lebih detail.. boleh rujuk di Web : http://annonaofficial.com/kanser/  Facebook @ANNONAOFFICIALatau mungkin kalian boleh direct tanya pada owner pn.ONY NURHUSNI 
talian : 
016 449 7181
016 446 7181
016 446 4181

GAMBAR Pernikahan Akim Ahmad - Stacy AF

$
0
0
Tahniahhh!!! finally Akim Ahmad dan juga Stacy AF dah selamat bernikah hari ini  Jumaat 05 Februari 2016  . Akim dan Stacy AF bernikah di Shangri-la Tg Aru Resort, Kota Kinabalu, pagi ini dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Cincin  lima permata  dari Akim ahmad telah tersarung di jari Stacy . Katanya, corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan merkea nanti.

Kalau tak silap.. esok Shaheizy Sham pulak menikah dengan Syatilia kan ? ramai pula artis dah berumah tangga. Ap-apapun selamat pengantin baru , semoga kekal bersama sampai keanak cucu.. hehehe. Bestnye pasangan artis nikah .  

 Berikut gambar  pernikahan  Akim Ahmad dan Stacy AF














Gambar Pernikahan Shaheizy Sam - Syatilla Melvin

$
0
0
Tahniah!! Tahniha Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dah sah jadi suami isteri .Shaheizy dan Syatilla bernikah dengan mas kahwin rm10,082 hari ini 8 Februari 2016 di Bukit Jawi golf Resort,Pulau pinang , harini juga hari jadi Syatilla melvin.. sweet moment  dapat raikan sama-sama!! Wah... mesti gambar pernikahan Shaheizy dan Syatilla akan  buat ramai gadis gadis yang patah hati ni. Hehehe...apapun..Lisa ucapkan tahniah kepada SAMTILLA. Semoga berkekalan sampai ke hari tua. AMIN !! 

Gambar Pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin 






Kurangkan Segugut dengan Jus ANNONA

$
0
0
SEGUGUT , MIGRAIN ? itulah masalah yang wanita selalu hadapi. Sama juga dengan Lisa ... akhir-akhir ini memang stress dengan masalah kerja dan juga segugut yang datang bulan . Banyak kerja di pejabat ditambah pula dengan segugut , silap silap boleh pengsan woo ! betul... sesetengah wanita kadang memilih MC  ketika hari pertama datang bulan . Bukan apa,, kadang badan ni tak larat.. sebab masalah-masalah wanita time itu juga la datang ,, sepeti sakit pinggang , migrain , stress , cepat marah . Sebab tu jangan kacau wanita yang sedang period atau datang bulan !! Ni Lisa bujang lagi..nanti kalau dah ada anak..mesti masalah dalaman dan luaran tubuh yang  lain akan datang satu persatu.. Minta dijauhkan lah .   Walaupun tak segugut teruk , tapi badan rasa lembik dan penat je .. nak bergerakpun tak larat.. nasiblah teringat ada paket Jus Annona dalam beg kerja , fuh.. tak tunggu lama..memang terus minum . Lepas beberapa jam ..dah mula ok sikit perut ni,.. tak meragam . alhamdulillah kurang segugut Lisa. Mungkin perut Lisa bagi tindak balas yang cepat , sebab tu tak perlu tunggu lama .

Jus Annona diperbuat daripada buah durian belanda sebagai kandungan utama, dan juga diperkaya dengan bahan lain yang kaya dengan antioksidan seperti, kolagen, kurma, delima dan vitamin C sebab tu bagus untuk dalaman tubuh. Memang la Lisa ni jaga makan dengan betul-betul, bukan diet.. tapi jaga pemakanan . Kurangkan minyak atau ayam, daging .. tapi tak bermakna yang tubuh Lisa tak da sel berbahaya untuk kesihatan, semakin hari semakin kurang pula antioksidan Lisa .. kalau tak takda la Lisa asik migrain je sebelum ni . Semenjak amalkan minum Jus Annona dari bulan lepas , memang dah ketara perubahan dari segi kesihatan badan Lisa  seperti Migrain dah berkurang ,  malam tidur lena , badan tak cepat letih dan yang penting , sendi Lisa dah tak sakit ! lutut tu yang kadang rasa sakit , sebab hari-hari naik turun tangga.

Mak dan ayah pun dah mula minum Jus Annona , alhamdulillah.. perubahan positif  untuk mereka. Happy sangat... !! selama ni makan ubat-ubat untuk tahan sakit.. sampai dah naik muak tengok ubat . Sekarang minum Jus Annona , rasa durian belanda yang sedap .. tak seperti bau ubat ..pahit . Tak perlu la susah-susah tunggu musim buah durian Belanda lagi . Sebab Jus Annona lebih senang diminum dan disajikan . Minum 1-2 sudu sebelum sarapan atau sebelum tidur malam , atau sehari 1 paket jus Annona .



Jus Annona ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga GMP yang di kilang ikut syarat food safety  , dan juga HALAL. Penting tu...



Harga Jus Anona mahal tak ? Jangan risau.. setiap bulan Jus Annona ada buat promosi ,, kalian rajin-rajinkanlah tuk tengok promosi di web www.annonaofficial.com , Web : http://annonaofficial.com/kesihatan/  Facebook @ANNONAOFFICIALatau mungkin kalian boleh direct tanya pada owner pn.ONY NURHUSNI 
talian : 
016 449 7181
016 446 7181
016 446 4181 

Vote Ciksepetdotcom Best Lifestyle Blogger Dalam MSMW AWARDS'16

$
0
0
Ciksepetdotcom dalam senarai Best Lifestyle Blog , Malaysia Social Media Week Awards 2016  || Dah hampir hampir sampai kepenghujung untuk undi siapa blogger yang kalian rasa patut dapat awards mengikut kategori yang dah di calonkan . dap dip dup daaap ... Semua orang mesti tertanya tanya termasuklah lisaaa heeee . Menang kalah tu urusan belakang nanti , yang penting cuba ! hehehe .. tersenarai dalam list pon dah kategory ok apa, sebab lepas 1 step selected dari para juri . Bukan kalian daftar lepastu dapat tersenarai . Tolong vote Lisa juga ya ;) dalam kategory Best Lifestyle Blog  

Menang atau kalah itu urusan belakang , yang penting berani masuk ,, tak cuba tak tahu kan ! hehehe ,mana tahu kot ada rezeki disitu . Lisa nak minta tolong akak vote  ciksepet.com dalam MSMW Awards 2016
 [ voted 2-21 februari je  ] Cara Undi MSMW AWARDS 2016 hanya dengan 3 step saja untuk vote.  

Step 1. 
 Masuk link dibawah ini  , dan login menggunakan facebook kalian , usah risau.. bukan spammer . dan email tu untuk elak dari voted hantu.



MSMW AWARDS 2016 Best Lifestyle Blogger

Step 2 .:
pilih www.ciksepet.com ,scroll bawah sikit , mungkin kedudukan tu akan sentiasa bertukar  ... 

Step 3. 

Tekan voted.. 




Suport juga untuk rakan blogger lain dari Kelabbloggerbenashaari 









Terimkasih untuk yang sudah voted Lisa , yang belum vote tu lisa alu-alukan ye ,,, pstt vote akan ditutup 21 Februari 2016 nanti.. cepat undi sebelum closed ya 

Senarai Pelakon Tundukkan PLAYBOY Itu

$
0
0
Senarai Pelakon Tundukkan PlayBoy Itu || Slot Akasia terbaru dari TV3 , TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ... jadi pengganti drama #CintaSiWeddingPlanner .  Tapi kali ini drama ni tayang 30 episode.. lebih 2 episod dari slot Akasia sebelum ni. Drama adaptasi dari novel karya Anjell Nurin. Novel... lama pula lisa tak baca novel,sejak sibuk dengan kerja akhir-akhir ni  . Taksempat la nampaknya kalau tengok Tundukkan Playboy Itu, takpa.. nanti tengok kat tonton.com.my , bukan sebab Uqasha Senrose tapi sebab nak tengok Faradiella berlakon. Hahaha.. memang suka dengan dia dari dulu lagi.. kawan bff lelakigeek.com dan Amir Naufal ..alaa yang jadi photographer majlis Shukri yahaya dan Shaheizy Sam tu.. Cantik woo Farra.. dan tak sombong . Hero dalam cerita ni Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal dan heroin pulak Uqasha Senrose sebagai Nurin Arrissa . Nurin? Macam nama penulis novel ni pula. Hehe... 

Barisan senarai pelakon Tundukkan Playboy Itu 


PELAKONWATAK
Hafidz Roshdi Harraz Naufal
Uqasha Senrose Nurin Arissa
Alif Satar Farhan Badriz
Mawar Rashid Elfira
Ridzuan Hashim Tan Sri Mukhriz
Maria Farida Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bshah Suffian
Marisa Yasmin Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman Dato Majid
Ben Asri Nashreen Lee
Navilya Husna Intan
Ziha Salleh Suliza
Faradiella Mokhtar Doktor Ida
Shaza Eva
Faris Zoren Eriq
Nazmi Nordin Ash
Amylia Wana
Syahera Manrose Ariana
Alex Faizal Aidil

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin?



FREE STARBUCKS or KFC Voucher by CELCOM

$
0
0
KFC dan Starbucks FREE ? waahhh sapa yang tak nak lah kan ? Hehehe sekarang celcom sedang buat giveaway untuk pengguna celcom baik yang sedia ada atau yang baru daftar . Giveaway berupa KFC Voucher dan Starbucks bernilai rm20.00 . Tarikh promo ini bermula 16 Februari sampai 15 March 2016 . Macam mana dapat givaway ini ? senang saja .. syarat masih sama seperti promo KAD ISI MINYAK PERCUMA sebelum ini , kalian hanya perlu langgan plan celcom baik yang baru atau pengguna celcom sedia ada. Daftar mana-mana plan postpaid FIRST ( FIRST BLUE , FIRST GOLD, etc ) , untuk pengguna sedia ada.. just buat MAX UP dari mobile internet yang ada  , untuk prabayar pula  , kalian hanya perlu daftar XPAX MAGIC SIM +reload internet dan langgan internet bulanan ... (PLAN RM30 , RM40,RM60, atau RM80 )


Cara-cara dapatkan ganjaran FREE Voucher KFC atau STARBUCKS oleh Celcom : 


1. Pelanggan akan dapat pemberitahuan SMS dengan Kod Hadiah untuk menyertai Program giveaway ini;

2. Tebus ganjaran di BLUE CUBE terdekat
 ( ingat... kena owner yang pergi sendiri , tak boleh di wakilkan walaupun ayah, mak , atau pakwe sekalipun ! ) 

3. Kalian boleh pilih sama ada nak tebus  RM20 Voucher KFC atau RM20  Preloaded Starbucks Card  (tertaklukkepada ketersediaan)

4. Nikmati ganjaran yang dah kalian dapatkan  di mana-mana cawangan KFC atau Starbucks.


NOTE :  
The Rewards:            
are offered by Celcom during the Programme Period;            
Upon expiry of the Programme Period, any unutilised Rewards will be forfeited;            
The time of redemption shall follow the respective Blue Cube’s operation hours.           
Shall be limited to the number of Customers daily as stated above (“Allocation of Rewards”); and            
Shall not be exchangeable with cash or transferable to any third party.

Nanti dah dapat ganjaran itu, jangan lupa belanja Lisa ye =P , Green Tea Starbucks pon boleh .. hehehe .Terhad untuk tebusan pertama 1,352 voucher KFC / STARBUCKS setiap hari dimana-mana KFC dan STARBUCKS , tergantung pada limit Voucher yang ada di tempat mereka. 

Sakit Ibu Jari Tangan , AHTRISTIS kah aku ?

$
0
0
Sebenarnya jari Lisa dah sakit dari ujung tahun lepas. Dekat 3 bulan juga menahan sakit. Dah tak larat nak tahan... akhirnya pergi check ke klinik (walaupon sebelah tempat kerja je sebenarnya klinik tu) . Lisa google ibu jari tak boleh bengkok , nahh... banyak artikle yang bagitahu..salah satunya AHTRISTIS  nanti kena simen,takpon operate... tulah sebab Lisa lambat pergi klinik. Sebab takut operate..cacat nanti. Memang tak tahu apa punca dari sakit ni.. tiba-tiba satu hari tu ...Lisa nak angkat buku.. tapi terasa ngilu dan sakit pula bagian ibujari kanan tu. Ok Lisa biarkan je ,mungkin terseliuh tak perasan . Hari berganti minggu bertukar bulan ,arghhh semakin sakit pula ibu jari ni. Sakit teruk sangat sampai nak makan terpaksa guna copstik. Boleh bayangkan gigih lisa kupas udang guna copstik.

Sakit Ibu Jari Tangan , AHTRISTIS kah aku ? 

Kamis malam tu memang time tidur tak boleh nak lena. Sebab 2 kali tangan ni terhentam tangan kiri .. maklumlah tidur lasak  hehehe.. memang sakit giler woo... sampai menangis Lisa. Esoknya memang tak tunggu lama dah,terus pergi check di klinik sebelah.

Masuk bilik doktor tu, dia tanya la ..sakit apa. Lisa bagitau tangan tu tak boleh nak bengkok dan sakit kalau terlanggar sesuatu. Dia pegang tangan tu.. pusing pusing belek -belek... pastu dia tnya bagian mana sakit,lisa tnjuk kat bagian pangkal tulang ibujari tu. Dia tekan...,mau tak menjerit Lisa.. sampai nurse pun terkejut. HAHAHA... terus dokter bagitau," saya akan inject tangan awak " . (kawan Lisa cakap injek tuk tahan sakit , tak tau leh bertahan berapa lama lepas ni )  Perghhh terketar-ketar terus ... bukan takut.. tapi ngilu woo. Doktor dan nurse siapkan peralatan yang patut , time tu..Lisa sempat lagi main phone guna tangan kiri. Siap borak dalam group whtsapp dan selfie tangan atas meja.. haha. Mentang-mentang kenal dengan doktor tu, lupa lak datang situ sebagai pesakit. Hihi nasib tak kena marah.. sebenarnya tulah cara Lisa tuk hilangkan nebes time nak kena injek.

Dannn.... nurse pun spray bius kot,sebab tangan tak rasa pape dah..rasa sejuk sejuk... kemudian rasa jarum tu dah mula masuk ke tangan. Pejam mata tutup tangan kiri sampai siap semua. Dah settle..cepat-cepat diorang balut tangan tu sebab taknak darah keluar banyak nanti. 2,3 nurse juga yang tolong doktor tu... mungkin takut Lisa memberontak kot. ..heheh tapi Lisa kan good girl..takdenye memberontak. Lepas semua dah siap... nurse balut tangan dan Lisa tanya doktor bila boleh sembuh ? (amboii tak sabar noo.. ) doktor bagitahu 3 hari dah ok dah . Lisa jawap balik.." kalau lepas 3hari tak sembuh juga macam mana doc ? ,, jawapan sempoi yang lisa terima... " awak datang sini,, nanti saya pegang tangan awak.. kita jalan-jalan... pasti sembuh.. " ahahah pandai pula doktor tu buat lawak .

Dalam 10 minit je dah siap semua .. tunggu ambil ubat . Nasib baik tak bagi ubat banyak-banyak ,, sebab kalau bagi ubat banyak.. Memang letak bawah katil la jawapnya.. Hihihi degil sikit bab makan ubat. Tapi demi ibujari tangan yang kusayang ni .. nak tak nak memang akan Lisa habiskan lah .

Doakan Lisa cepat sembuh.. sebab kalau tak ok juga , next check up memang X-RAY la jawapnya ,.. seramm aihh...
Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>