Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

REVIEW 007 SPECTRE [JAMES BOND]

$
0
0
REVIEW 007 SPECTRE [JAMES BOND] || Biasanya Lisa kurang berminat dengan cerita orang putih , tapi kalau cerita James Bond tak tau kenapa Lisa memang suka . Siapa yang tak kenal James Bond weyh ! budak darjah tiga pon dah kenal siapa james bond . Banyak feed back dari kawan kawan yang dah tengok James Bond 007 SPECTRE ini , katanya tak best la .. mengantuk lah.. bazir duit kalau tengok . Tapi kalau tak tengok mana nak tahu kan ? Macam Polis Evo orang cakap best tapi Lisa dah tengok, biasa biasa je . 3 dari 5 bintang . Nahhh lain orang lain cerita kan , lain tanggapan . Dan rabu lepas kami ber- tujuh tengok movie ini sama-sama. Yay Boss belanja.. macam tau-tau je yang Lisa teringin nak tengok movie ini. SPECTRE mula ditayangkan 5 Nov 2015 , dengan durasi movie 2 jam 30 minit. Aiyayayaa... penat duduk.. haha. Tapi kalau enjoy movie tu memang tak terasa sangat la 2 jam tu . Hasil keseluruhan total tiket yang dah terjual dah capai juta juta melebihi tiket Jurasic World . WAWW


Tempah tiket sehari sebelum tonton movie tu , sebab apa ? sebab tak nak kehabisan tiket. Movie 10.15 malam tapi kami sampai di panggung wayang pukul 10.30 haha rileks la belum mula lagi wayang tu . Macam biasa .. iklan iklan kan kena tunggu dalam 15 minit macam tu . Walaupon ada sedikit masalah ketika nak duduk , tempat duduk kami ada orang yang menduduki . 7 Seat pulak tu , family aunty cina tu duduk disitu suruh beralih tapi tak nak. Kesian orang belakang kami terpaksa terhalang kami sebab berdiri duk tunggu nak duduk . Aunty tu cakap " saya tak ada tempat duduk , kalian pergi lah cari tempat duduk lain " dalam bahasa cina . Amboi amboi.. banyak cantik .. selamba je cakap macam tu dan suka hati je nak suruh kami pindah tempat lain. Then Lisa keluar dari hall cari security disitu cerita perkara sebenar. Barulah aunty tu pindah ke tempat duduk dia . Ishkk... 


SINOPSIS  007 SPECTRE  : Mesej kepada James Bond  ( Daniel Craig ) untuk misi cari penyangak sampai ke Mexico City dan berakhir di ROM . Dalam pengebumian salah satu penyangak , kemudian James Bond bertemu dengan Lucia Sciarra (Monica Bellucci ) balu dari penangak . James Bond jumpa dia sebab nak cari infountuk mengetahui dimana penyangak yang lain berada dan siapa dalang dari semua kejahatan yang telah berlaku .  Bond menyusup pertemuan rahsia dan mendedahkan kewujudan organisasi jahat dikenali sebagai SPECTRE .

Di  London, Max Denbigh (Andrew Scott), ketua baru Pusat Keselamatan Negara, mempersoalkan tindakan Bond dan cabaran perkaitan MI6, yang diketuai oleh M (Ralph Fiennes). Bond dibantu oleh  Moneypenny (Naomie Harris) dan Q (Ben Whishaw) untuk mencari tahu dimana Madeleine Swann (Lea Seydoux), anak perempuan musuh lamanya Mr White (Jesper Christensen), dialah satu satunya kunci yang tahu dimana pusat SPECTE berada dan boleh membawa Bond ketempat itu . Sebagai anak kepada seorang pembunuh upahan, Swann mpaham Bond dengan cara yang kebanyakan orang lain tidak boleh lakukan.

Sebagai usaha Bond ke arah tengah-tengah Spectre, sangat spechless sebab ternyata Oberhauser ( Christoph Waltz ) ketua dari penyangak itu ada hubungan adik beradik ketika kecil dengan Bond sebelum ini .

FAKTA JAMES BOND 007 SPECTRE : Tahukah kalian bahwa movie James Bond ini tercatat dalam GUINNESS WORLD RECORDS ? SPECTRE telah dianugerahkan gelaran Guinness World Records ™ untuk Terbesar Filem Aksi letupan yang demikian diumumkan hari ini di Beijing, China. Produser Barbara Broccoli, Daniel Craig dan Lea Seydoux, menerima sijil rekod itu bagi pihak pemenang Chris Corbould, yang berkhidmat sebagai Kesan Khas dan Kesan Miniature Penyelia di SPECTRE. Letupan itu telah difilemkan untuk adegan penting dalam filem itu yang berlaku pada 28 Jun 2015 di Erfoud, Maghribi dan digunakan 8418 liter bahan api dan 33kg bahan letupan.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli pengeluar SPECTRE, berkata, "Ia adalah sangat besar bahawa Guinness World Records telah mengiktiraf kerja yang luar biasa Chris Corbould dalam SPECTRE di mana dia mencipta letupan terbesar dalam sejarah filem. "





Film ini sangat membosankan ialah tak betul aih .. ! Lisa tonton movie 007 SPECTRE ini Best dan tak membosankan. Menarik !! Jangan Lupa tonton di pawagam terdekat ;)

CARA SEMAK KEPUTUSAN UPSR ONLINE DAN SMS

$
0
0
 CARA SEMAK KEPUTUSAN UPSR [ONLINE ,SMS ] || Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan diseluruh sekolah Malaysia. Tahniah untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang . Yang dapat keputusan kurang cemerlang tu tak apa.. nanti lepas ni SPM nanti buat lagi baik .  Bak kata kawan Lisa  " Peluklah anak anda walaupun result ‪#‎UPSR‬ dia teruk.. " itu sekadar pencapaian akademik, kehidupan itu masih luas untuk yang lain.. "

Untuk ibu bapa  yang nak semak keputusan UPSR 2015 secara SMS atau ONLINE , boleh menggunakan cara seperti dibawah ini :

CARA Semak keputusan UPSR secara SMS

Taip UPSRANGKAGILIRAN dan SMS ke 15888 selepas tarikh pengumuman.

Cth: UPSR AZ3011558   hantar sms ke 15888

Semak keputusan UPSR secara ONLINE

Masukan no IC atau no Sijil Surat Beranak pelajar.

Sekali lagi Tahniah untuk yang mendapat keputusan cemerlang .. untuk ibu bapa yang dah janji hadiah sebagai rewards untuk anak.. sila langsaikan ye . Hehehe 

EPISOD AKHIR HELLO MR PERFECT

$
0
0
EPISOD AKHIR HELLO MR PERFECT || Wahh tak terasa dah sampai penghujung ye cerita drama HELLO MR PERFECT ! Drama 28 episod ini menggandingkan Nur Ruhainies dan Fattah Amin  menjadi Heroin dan Herroin dalam drama ini. Menariknya Nur Ruhainies memegang dua watak , Heroin dan watak Jahat. Wahh.. tak susah ke ? Tapi ramai orang cakap yang dia lebih ok berlakon watak jahat dari watak baik . Korang rasa ?

Episod semalam ,  Izzul (Fattah Amin ) sedang berusaha untuk memujuk Alya (Nur Ruhainies ) untuk kembali kepadanya . Mungkinkah  mereka akan bersatu semula di EPISODE AKHIR HELLO MR PERFECT yang ditayangkan hari ini , 17 November 2015 ? Jangan Lupa saksikan di TV3 pukul 7.02 petang .
Untuk kalian yang terlepas tonton episode sebelum ini boleh saksikan tayangan ulangan :
TONTON ONLINE HELLO MR PERFECT

LIRIK SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ]

$
0
0
LIRIK SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ] ||Drama TV3 yang baru slot Akasia pengganti Hello, Mr.Perfect akan ditayangkan mulai esok 18 November di TV3 setiap hari Isnin sampai Kamis pukul 7.02 petang . OST  AKULAH BALQIS untuk Lagu yang dimainkan dalam drama ini , Semua Tentang Kita yang dinyanyikan oleh ASFAN SHAH. Lagu tentang dua insan bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain  Jom dengar !




LIRIK LAGU SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ]

Judul Lagu : Semua Tentang Kita
Penyanyi : ASFAN SHAH 
OST AKULAH BALQIS

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana

Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada berdahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
Semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita

SENARAI PEMENANG MINI GIVEAWAY BY CIK SEPET DOTCOM

$
0
0
SENARAI PEMENANG MINI GIVEAWAY BY CIK SEPET DOTCOM || Lama juga mini giveaway ini.. heheh . Busy sangat sampai tak sempat nak pilih pemenang Giveaway Mini dari Lisa . Terus je la Lisa bagi senarai pemenang  . Walaupon tak banyak yang join .. terimakasih sebab join mini give away ini. Mini giveaway suka-suka je .. hehehe

Senarai Peserta :
1. Sayidanapsiah
2. PCL
3.EINTAN
4. FARAH
5. IRRAYAN
6. UBAI
7. IZYAN YAN
8. Noor Akma
9. Tengku SOfia
10. Aqilah Azmi
11. Tashira
12. Zuhaira Nasrin
13. SYASYA 



Tahniah kepada pemenang..Sila emailkan detail di therylisa@gmail.com
Nama :
No Acc
 untuk pembagian hadiah .

Untuk peserta lain yang tak menang sila emailkan nama ,alamat dan no HP untuk  saguhati . 




FIRST BLUE, INTERNET 8GB HANYA RM45

$
0
0
CELCOM FRIST BLUE 8GB RM 45 SAHAJA ! || Semalam celcom dah melancarkan satu , eh bukan tapi dua package baru ! Celcom Postpaid pascabayar yang tawarkan 8GB kuota internet untuk 1 bulan dengan komitment hanya RM45 sahaja ! Free call, Free SMS .. semakin banyak guna , semakin banyak freegift yang akan celcom bagi ! Waw.. mestinya korang tertanya-tanya plan apa lah kan ? Sebelum ini celcom menawarkan plan pascabayar FIRST ONE PLAN  dengan komitment rm 48 , kali ini pula keluar CELCOM FIRST BLUE (RM45/month ) dan CELCOM FIRST GOLD (RM100/month ) . Apa yang menarik dengan package ini ? Jom baca lebih lanjut ... 

Kelebihan Plan FIRST BLUE dan FIRST GOLD
-FREE internet dihujung minggu setiap Sabtu dan Ahad.
-FREE  bonus internet
-Free unlimited internet dengan Yonder Music
-Carry Forward Un-use Kuota Internet.
-Tiada Kontrak


FiRST Blue rm45/MONTHCELCOM FiRST Gold - RM100/MONTH
2GB Internet free on Saturday and Sunday4GB Internet free on Saturday and Sunday
2GB Internet monthly4GB Internet monthly
2GB free Celcom WiFi4GB free Celcom WiFi
50 mins + 50 SMS100 mins + 100 SMS


CELCOM FIRST BLUE  - RM45/MONTH 

Dengan bulanan rm45 sahaja , kalian boleh menikmati internet celcom up to 8GB . Wahh banyak juga eh . Tapi 8GB dibahagi dari  : 2GB Internet + 2GB Internet Wifi Celcom + 2GB internet hujung minggu + 2GB bonus internet yang akan dikreditkan jika kalian menggunakan bill celcom lebih banyak. 


CELCOM FIRST GOLD - RM100/MONTH || komitment bulanan rm100 dan kalian boleh menikmati internet sebesar 14GB. 4GB untuk Internet + 4GB untuk weekend + 4GB untuk wifi celcom + 4GB  BONUS Internet kalau kalian menggunakan lebih banyak . FIRST GOLD ini ada keistimewaan sendiri. Kalau kalian sign up plan ini, korang akan masuk dalam senarai customer VVIP celcom. Sama ada dapat cabutan bertuah . bonus internet , kredit amount , rebate bill dan banyak lagi bonus-bonus yang celcom akan bagi untuk kalian. 



Bonus Internet akan dikreditkan macam dalam gambar ..
Free 500MB jika kalian dah guna sampai rm100 dah lebih. Tak kesah la kalian guna untuk call atau SMS atau tambah data. Kalau Bill dah cecah sampai RM 100.00 nanti kalian akan dapat satu notification sms yang mengatakan korang dapat bonus Internet .
Free 1GB untuk penggunaan bill bulan tu lebih dari rm225.00  dan Free internet 2 GB kalau kalian guna lebih dari rm500.00 . Biasa untuk heavy user memang akan sampai lah bill amount yang tadi tu . Haa.. jangan terkejut pulak.










NOTA PENTING :
*Cara semak baki kuota internet celcom : Hantarkan SMS  "BAL STATUS" dan sent ke 28882 

*Harga pendaftaran RM45+ 6% gst untuk FIRST BLUE dan RM100+ 6 % untuk First GOLD . Untuk warganegara Malaysia dan Deposit rm500untuk customer bukan warga negara Malaysia. 

*Cara tambah Kuota Internet + free unlimited internet streaming dengan Yonder Musik 
 :untuk penambahanOne time atau sekali sahaja
 taip SMS  "MAXUPEXTRA1GB" hantar ke 28882 

untuk auto renew pula 
taip SMS "MAXUPEXTRAAUTO1GB" sent ke 28882 





Plan ini lebih kurang sama seperti First Basic yang rm38/month dulu. Bezanya dulu  tiada extra bonus internet dihujung minggu dan untuk penggunaan melebihi had . Oh ya .. kuota internet yang tak habis guna .. boleh carry forward ke bulan hadapan. Dapatkan plan ini di Celcom Center atau Bluecube terdekat. 

SENARAI PELAKON AKULAH BALQIS

$
0
0

SENARAI PELAKON AKULAH BALQIS || Setelah drama Hello MR. Perfect berakhir ,kini Akasia TV3 menayangkan Akulah Balqis . Menampilkan  adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Turut dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, dibawah arahan Pali Yahya. Drama ini dilihat seperti pembikinan semula telefilem Balqis yang pernah disiarkan untuk slot Festival TV3. Jangan lupa saksikan di TV3 slot Akasia setiap Isnin -Khamis setiap 7.02petang . Macam sedih je cerita ini. Huhuhu apapun tengok la sendiri baru tahu macam mana drama ini ..   

Dan berikut Senarai Pelakon AKULAH BALQIS


PELAKONWATAK
Puteri Balqis Balqis
Aeril Zafrel Yamin
Nabila Huda Seri
Nazim Othman Adi
Nadia Brian Milda
Puteri Aishah Jenny
Amai Kamarudin Zali
Nabilah Dally Cikgu Nur
Fazlina Ahmad DaudTok Ma
Balkisyh Semundur KhanJun



SINOPSIS AKULAH BALQIS 
Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?




GAMBAR MALAM BERINAI SHUKRI YAHAYA + TYA ADNAN

$
0
0
GAMBAR MALAM BERINAI  SHUKRI YAHAYA + TYA ADNAN || Tiktok tiktok.. hari ini pelakon kesayangan kalian Shukri Yahaya dah hampir akan melangsungkan pernikahannya dengan tunang , iaitu Tya Adnan. Malam tadi dah pun berlangsung malam berinai , yang bertemakan ala-ala boliwood dengan kaler pink dan cream gold . Wahh mesti ramai yang patah hati ni Hero Kesayangan dah menikah , cari hero lain pulak.. apa yang susah ..

pautan;
GAMBAR PERNIKAHAN SHUKRI YAHAYA DAN TYAADNAN



















Amboih.. meriah bebenar malam berinai Shukri Yahaya dan Tya Adnan..
Lawa-lawakan gambar dari AN Photograpy , dulu Sharifah Sakinah time kahwin dan tunang pun ambil pakej dari AN Photography .. Korang kalau kahwin nanti nak tempat jurugambar , contact je Fanpage Amir Naufal Photography . 

GAMBAR PERNIKAHAN SHUKRI YAHAYA - TYA ADNAN

$
0
0
Gambar Pernikahan Shukri Yahaya - TyaAdnan || Alhamdulillah... dah selamat menjadi pasangan suami istri Shukri Yahaya dan Tya Adnan . Jumaat 20 November 2015 menjadi tarikh yang mereka pilih. Jom tengok Gambar Syukri Yahaya Nikah.. ;) 

































Pengantin perempuan cantik,Pengantin lelaki Handsome... sepadan.. selamat pengantin baru,Semoga berkekalan sampai ke anak cucu . 

GORGEOUS BY RZW Special Edition !

$
0
0
GORGEOUS BY RZW Special Edition !  || Kalian pasti kenal Che Ta ' atau Rozita Che Wan (RZW ) , selain jadi pelakon .. dia pun keluarkan perfume iaitu Precious by RZW . Dah selalu dengar perfume ini kan.. Meletop jualan sampai 1.5 Juta untuk 2 hari pertama penjualan  . Sambutan hangat dari para peminatnya kot.. semua dok pakat beli perfume tu Mana tidaknya , harga murah , bau sedap dan tahan lama . Mampu beli kan? Budak sekolah pun kalau nak beli boleh kumpul duit jajan sehari 1 ringgit,sebulan dah dapat beli Precious RCW dah kan. Nak beli selalu tiada stock pula.. biasalahkan.. perfumes sedang hangat memang la kena tunggu berbulan.

Kini dah keluar perfumes baru pulak.. Gorgeous by RZW . Wangi tahan lama dan ml lagi banyak . Untuk precious 25ml sahaja ..yang ni 35ml. Wangi lagi kuat dari Precious RZW , botol pun lebih elegant. 
Gorgeous pula baru keluar.. memang tiada dalam jumlah banyak. Sebab special edition memang limited stock. Kalau nak beli pun kena pergi kat sale event2 tertentu.. amboih murah rezeki che Ta ! 
Hari tu suruh kawan Lisa cium bau perfumes Gorgeous RZW , dia pon suka walaupun kawan Lisa tu lelaki tau.. 

Nak beli jugak ? Tapi tak tahu mana nak beli ? Kalau kalian pening kepala mana nak beli perfume che Ta yang Precious dan Gorgeous .. kalian boleh whatsapp ke 0199009213  . Ready stock untuk perfumes Gorgeous By RZW ,untuk precious pula datang awal bulan Disember.

Untuk pembelian: 
 Whatsapp ; 0199009213 

MEE SEJUK KOREAN FOOD

$
0
0
MEE SEJUK KOREAN FOOD || Oppa.. Oppa..  , tu je yang tahu dalam bahasa korea. Lisa bukan jenis yang minat sangat dengan artis korea. Macam Running Man or sejenisnya la. Ntah memang tak minat.. nak buat macam mana. Tapi Lisa suka makan Kimchi korea,sedapppp.... ! Mula-mula makan dulu memang tak boleh masuk tekak tapi lama-lama jatuh cinta la pulak . Dan minggu lepas selepas kerja , kami satu company pergilah ke restoran Korea. Makan steamboat dan banyak lagi menu yang dihidangkan . Salah satunya MEE SEJUK ! mee yang terkenal di korea. Hmm macam mana rasa mee sejuk eh ? korang pernah try rasa tak ? biasa makan mee yang panas-panas je kan , lagipun Lisa bukan jenis makan mee .. tak boleh masuk tekak sebab besar. Tapi mee yang digunakan di mee sejuk ini halus dan lembut berwarna grey , mungkin boleh makan kot . Cuba makan je lah ..


Unik kan untuk alas sudu dan copstick tu . Ternyata rasa mee sejuk itu.... WEIRD ! hahaha.. series tak boleh masuk tekak . Mee Sejuk , menu mee yang terkenal di negara Korea. Dihidangkan dalam keadaan sejuk , dan kuah mee tu dicampur dengan ais . Bukan mee yang dimakan dalam keadaan sejuk tu tau, bukan mee celup air lepastu tuang je . Bahan-bahan Mee sejuk dari : Mee+ Ais +Kuah + atas tu letak sayur timun. Daging udang sotong tak ada ! . Macam cendol pun ada. Rasa pelik , kuah tu rasa manis dan tawar.. Haa itu je la yang mampu Lisa luahkan selepas sesudu mee sejuk masuk dalam mulut . Memang tak leh habis la.. nasib baik share-share. 

Korean Tea

||  Rasa teh yang tawar dan juga pelik. Tak rasa macam teh pun . Teh hokian boleh lagi nak masuk tekak.. yang ni memang tawar dan ada bau sendiri. Tanpa tunggu lagi Lisa order air mineral , sebab tak sedap rasa teh ini. Mungkin sebab lisa tak berapa suka kot. tengok orang lain sedap je tambah-tambah untuk minum .


Kicap masin + Bawang besar  dan sambal untuk makan dengan daging lembu BBQ .


Kimchi || Ni lah kimchi yang Lisa cakap tu . Sedap.. sayur dan sambal cili yang special ..



Yang ni kentang rebus yang dilumatkan .. dan dicampur dengan telur.

Cendawan tumis .

Yang bawah kimchi tu sotong ... Sotong dengan biji bijan dan cili. sedap, rasa pedas manis .


Mee hoon korean style . Yang ni sedap ! ada sayur .. boleh makan . Lebih kurang macam bihun goreng tapi yang ini lagi merbeless.


Telur stim .



Kulit luar sushi yang dimasak dengan biji bijan dan cili. sekali masuk mulut memang dah habis. Tak pa.. boleh tambah sebab kuantiti sikit je kan. Boleh tambah tanpa dikenakan charge tambahan.





KOREAN RICE || Rasa macam tepung tapi macam beras. Makanan ini namanya nasi korea. besar-besar..



Daging lembu dimasak grill dan dicampur sos BBQ.


Amacam.. terliur tak ? Kimchi ada orang suka ada orang yang tak suka . Macam tu juga dengan Mee sejuk . Hahaha . Sekali sekala makan makanan ala korea . Nak pergi korea jauh la pulak.. tak tau bila boleh pergi sana. Korang nak try makan MEE SEJUK Korean Food boleh la riki-riki kat google cari resepi dan buat sendiri di rumah . 

GUARDIAN SALE 15% , Jom Shopping !

$
0
0
GUARDIAN SALE 15% , Jom Shopping !  || Plan nak beli ubat untuk crack kaki je , bukan apa sebab sekarang ni musim kadang panas dan kadang hujan. Kulit pun jadi sensitif. Dah pergi check kat klinik , dokter cakap alahan . Mungkin juga ubat lantai kuat sangat. Memang tak boleh bawa duit lebih la kalau pergi shopping mall atau kedai-kedai . HUH ! Bawa rm200 , habis dua ratus gak . Niat nak beli AIKEN crack tuit kaki tapi terrrrbeli banyak barang pulak.  Nivea Spray Deodorant Extra Whitening  lah.. + Cosmoderm Vitamin E  cream  + Bio Essense Miracle Bio Water  + Pore Pack dari Biore . Fuhh.. Habis rm111.20  balance tu beli makan dan sayur haha . Mentang -mentang ada diskaun 15% - 20%   di GUARDIAN  . Borong sebanyak mungkin..sebab itulah Lisa tak suka bawa purse boleh tak ingat dunia kalau dah rambang mata ni ha .







 Terus cari tempat letak barangan Cosmoderm , sebab haritu perasan juga katanya ada SALE LESS 15%  untuk produk cosmoderm di Guardian . Memang tak lepaskan peluang ini lah , terus je  cari Cosmoderm pelembab muka Vitamin E cream 3,000 I.U Rosehip oil ni  sebab last pergi Guardian , takda stock pula.  Dah setahun guna , memang dah suka dan ngam je kat muka Lisa . Banyak lagi barangan Cosmodern yang lain seperti Magic Lotion ,pencuci muka , tea tree oil tuk jerawat , sabun , dan lain lain. Bukan selalu ada promo macam ni .





Lepas tu pergi ke tempat  Kosmetik dan make up.. Lisa carilah BIO Essense , Miracle Bio Water  . Spray untuk melembabkan kulit, baik kulit muka , tangan atau badan sekali pun. Psttt untuk rambut pun boleh tau. Untuk kalian yang kulit kering , atau ada eyebag boleh try guna Miracle Bio Water ini. Pakai sebelum tidur , kulit rasa sejuk je seperti lepas mandi . Harganya rm 44.03 (lepas less 15 % ) untuk 300ML. Ada saiz kecil jugak , terpulang kalian la nak beli yang mana satu . Kalau dikira ... harga botol besar ini lagi murah sebab tu Lisa pilih je yang besar. Lagi Jimat .



Pore pack || yang ini kalian mesti dah tau kan kegunaan untuk apa. Untuk ilangkan pore dekat hidung tu ha.. Memang Lisa tak suka tuk korek sendiri dengan guna pin bulat tu . Nanti hidung merah , dahla kulit Lisa putih .. lepas merah nanti mesti jadi kulit menggelupas, sakit pulak tu time nak buang . Kalau guna pre pack Biore ni kan senang je . Basahkan hidung kemudian lekatkan porepack dan tunggu 10 minit dan swap. Mudah je dan tak perlu kuar air mata tahan sakit .

Nivea Spray Deodorant  Extra White  || Sebelum ni guna roll on sebab memang tahan lama jadi habiskan saja lah kan . Spray macam senang je tak melekit , dan wangian tahan 48jam  ( dalam botol tulis macam tu ) tapi memang tahan lama la lepas try. Nivea ade  offer gak . sebab tu beli. Buy 1 free 1 .. tu terrrbeli tu.

Yang akhir sekali AIKEN .. untuk ilangkan crash or crack (entah eja betul ke tidak ) pada tumit kaki. Bukan sebab pakai kasut tumit tinggi tapi memang cuaca yang bertukar-tukar . Dah la kulit sensitif pulak tu .. pecah bagian tumit memang seksa ! pedih kot.. lepas tu di ibu jari kaki.. mau tak terkial-kial kalau nak jalan . Semalam sapu ubat ini , lega sikit .. tak rasa pedih sangat. Dah kurang woo ! dalam kotak tulis kesan seawal 3 hari . Tapi mungkin tengok keadaan kulit juga kan.. Hope cepat sembuh la.. sakit la jalan macam ni .

Barangan perempuan banyak lagi untuk dibeli , tapi setakat ini beli yang tu sahaja la. Almaklumlah kena berjimat cermat sekarang ni . Barang semua dah mahal ,, semua dah naik harga .. kena pandai uruskan wang . Ni pun kalau takda SALE memang Lisa fikir dua kali kot nak beli.. ya memang tunggu sale pun . Hehehe.. Maintainance tinggi ? Tak juga la.. sebab barang-barang ni bukan bertahan seminggu dua je .. tapi leh sampai 3 bulan. Jimat la jugak tu kan. Walaupun saya tak pandai nak makeup , tapi saya mampu jaga kecantikan kulit dan badan je . Biar kecik janji sehat dan comel . Part comel tu orang bagitahu kat Lisa ,, entah saja nak ambil hati atau saja nak usik .. Hehe..

Korang ... Lupa pulak.. kalau beli barangan di Guardian .. akan dapat peluang free beg Garfield . Setiap barangan caranya .. meh baca entri ni :BEG BAGASI GARFIELD EKSKLUSIF di Guardian

LIRIK WRITING'S ON THE WALL - SAM SMITH [ OST PECTRE ]

$
0
0
LIRIK WRITING'S ON THE WALL - SAM SMITH [ OST PECTRE ] || Siapa dah tengok movie 007 -SPECTRE James Bond yang dah ditayangkan sejak awal November hari tu pasti dah dengar lagu ini. Meh tengok Review tu di entri  "SPECTRE " Lagu Writing's on The Wall yang dinyanyikan oleh Sam Smith dalam beberapa scene dalam movie itu . Jom dengar ..

Writing's On The Wall by Sam Smith
OST SPECTRE - JAMES BOND 007

I've been here before
But always hit the floor
I've spent a lifetime running
And I always get away
But with you I'm feeling something

That makes me want to stay





I'm prepared for this
I never shoot to miss
But I feel like a storm is coming
If I'm gonna make it through the day
Then there's no more use in running
This is something I gotta face

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

A million shards of glass
That haunt me from my past
As the stars begin to gather
And the light begins to fade
When all hope begins to shatter
Know that I won't be afraid

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

The writing's on the wall

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall



LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL [ OST SINARAN ]

$
0
0
 LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL (OST SINARAN) || Movie baru Romance music , SINARAN dah keluar pun semalam 26 November 2015 di Pawagam . Dalam movie ni ada Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif Sleeq, Nadiah M.Din, Sheila Majid . Best tak eh ? macam man tengok je esok.. hehehe. OST SINARAN ini  dinyanyikan oleh Ayda Jebat dan Lea Ismail, SINARAN tajuk lagu tu... ingat lagi kan.. just lagu tu diubah sikit alunan nada

LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL 
(OST SINARAN)

Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya

Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya

1
Sinaran... mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

2
Masanya... bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia

Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta

( ulang 2, 3 )

Oh... peliknya rasa
Pabila... dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
menuju cahaya sedang menyinar...

( ulang 2, 3 )
.



DISKAUN 30 % Produk Cosmoderm [ 4Hari Sahaja]

$
0
0
DISKAUN 30 % Produk Cosmoderm [ 4Hari Sahaja] || Hyeee... ingat lagi tak Lisa tulis mengenai sale 15 % produk  comoderm dalam entri Guardian tu. HAA...kali ni pulak diskaun dua kali ganda dari diskaun hari tu. Diskaun 30% untuk produk terpilih Cosmoderm di Guardian. Lisa baru je beli hari tu.. rasa nak beli lagi.. diskaun dekat rm10.00 bukan selalu tu ! 

Produk yang terpilih diskaun 30% tu antaranya Vitamin E Cream 3000 I.U cosmoderm  dan Facial Cleansing Foam Vitamin E untuk kalian yang berkulit normal. Dan Tea trea Oil Day/Night Moisturizer , Tea Tree Oil Cleaner untuk kalian yang punya kulit jenis berminyak. Valid untuk seluruh Guardian di Semenanjung . 

Jauh beza tu harga.. hehe terasa nak beli jugak..  adeh ..kuar lagi duit. Bocor la purse Lisa macam ni. Hehehe...  




YUS JAMBU Meninggal Dunia, Al-Fatihah

$
0
0
YUS JAMBU Meninggal Dunia , Al-Fatihah kepada Arwah || Terkejut pun ye jugak.. semalam sedang busy membalas ucapan tahniah hari jadi .. tiba-tiba kawan dalam whatsapp bagitau yang YUS JAMBU atau Yussy bin Edoo dah meninggal dunia sekejap tadi ( tengah malam macam tu )  . Memang tak percaya la sebab haritu kan Blogger Kelabbloggerbenashaari ada pergi event Juara Parodi , kat situ diorang bergambar dengan Yus Jambu .. Tu yang pelik. Sehat walafiat je hari tu , sakit pun tidak . Lepastu nak cari la kebenaran beritu sahih ke tidak . Huhu.. kang jatuh fitnah pulak. Dan ternyata betul.. Arwah dah tiada ..

Inalillahuwaunaillahirajiun ... Allahyarham Yus Jambu meninggal dunia diusia 39tahun di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Beliau baik orangnya ... Yela.. melawak jugak tak da la melawak perlekehkan orang lain  . Salam takziah untuk keluarga allayarham dan semoga keluarga diberikan ketabahan. Semoga rwah ditempatkan di sisi orang beriman . Amin.

HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss

$
0
0
 HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss || Kadang-kadang tak semua mimpi hanya ada dalam alam maya . Mimpi boleh jadi kenyataan.. hanya perlu sabar menunggu je. Entah kebetulan atau pertanda.. malam tu  Lisa mimpi pergi kedai emas dengan lady boss tuk beli rantai . Ya memang dah simpan dan kumpul duit gaji nak beli rantai emas dan loket . Tai time tu tengok harga emas 180/gram.. memang lisa tunggu sampai turun je la. Bukan apa.. nti beli mahal pastu harga turun.. wuuu terkilan kang.

Dan today is my birthday ! Yang ke 26 ! Umur je 26 tapi perangai dan muka masih comel je macam budak-budak . hehehe . Jangan nak muntah pulak. oh lupa.. nak wish jugak tuk abg BEN ASHAARI , selamat menyambut hari kelahiran yang ke  4 series. hehehe.. Kami sama hari , lain tahun je .

Pagi- pagi Lady bos dah panggil masuk dalam bilik dia . Alamak.. Lisa ada buat salah ke , rasanya tak pun. Masuk je dia terus tengok mata Lisa , (memang semakin nervous ) . Kemudian dia bagi rantai emas beloket ini. Memang rasa nak nangis terharu sangat la sebab dapat apa yang Lisa mimpi malam tu , dapat rantai yang Lisa memang nak beli. Pastu dia siap pakaikan . Fuh bertuah sungguh diri ini. Dari cincin (tahun 2010 ) , lepas tu gelang tangan (tahun lepas sebelum raya chinese new year ) , dan kemudian rantai . Lengkap sudah . Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.. Macam Tuan Anas Mikhael dengan ayu pulak. Heheh tapi boss lisa ni perempuan..  Dia cakap.. Ni hadiah birthday kamu .
senyum kambing sampai telingaaaaaa laa kan....

Sebelum haritu memang Lisa ada sembang kosong dengan bos, sebab boss tanya apa yang Lisa menung kat luar tingkap kereta tu . Lisa bagitau je , tengah tengok harga emas sebab nak beli rantai. Lah... tak sangka pulak dia belikan . .


 Meski boss suka potpet potpet membebel.. tapi ati dia baik. Dan memang dah anggap lisa macam anak dia .. Kedua boss lisa baik.. laki dan bini smua baik , muka je nampak garang . Kalau tak percaya ..tanya lah customer-customer .. hehe. Tak kenal maka tak tahu kan.. jangan judge dari Look luar je


bunga dari kak daniessa 2012 , kejap je masa tu berlalu.. 

ROSEHIP OIL Lelan Vital Penghilang Parut

$
0
0
Penghilang Parut Wajahku ? ROSE HIP OIL || Assalamualaikum  .. hari ini Lisa nak kongsikan satu tips dan rahsia untuk ilangkan parut di wajah atau dimana-mana bagian tubuh . Bermula dari haritu Lisa tertoreh zink tepi tingkat dekat muka lisa, bawah mata pulak tu .. memang panik la. Maklumlah Lisa ni perempuan .. wajah calar turun wang hantaran nti ( hehehe gurau je.. ) so Lisa cari la macam-macam cara dan petua untuk ilangkan parut tu . Lepas tu pergi cosway dan staff situ sugest beli jenama REPAIR CREAM dari Lelan VITAL. Bagus la jugak.. sbab tak sampai seminggu ... parut tu ilang dan takda bekas sama sekali. Siapa tak happy weii... !

Bulan lepas entah tak tau kenapa muka Lisa jerawat seketul.dua ketul.. empat ketul sampai lah lima ketul bertenggek kat muka ni ha ! Biasalah kalau uzur , jerawat memang tak terpisahkan apalagi kalau stress... tapi memang teruk la jerawat tu .. bertukar tempat pula. Dipipi kemudian di dagu.. Haihhh berbekas hitam pulak tu . Pergi 5 Cosway nak cari Repair Cream.. diorang cakap dah tak da stock lagi dah jenama tu . ALAMAK !! macam mana ni.. huhu dah la Lisa tak berapa percaya dengan produk kosmetik yang iklan-iklan kat TV tu sebab dah pernah cuba tapi hasilnya sama je tak hilang (tak tahu memehilih kot ) . STRESS kitee ~ ~ ~ Last Cosway , lisa cari sebab berharap disitu ada jual Repair Cream .. tapi sayangnya sama ja dan takda stock . Huwaa.. rasa berkecai pulak hati ini. Macam mana lah nak ilangkan bekas jerawat yang hitam kat muka ni. Konsult dengan staff cosway amoy  tu .. dia sugest Rose Hip Oil , sama jugak produk dari Lelan Vital . Bezanya yang Premium ROSE HIP OIL ni minyak.. bukan cream . Jadi tak leh terdedah dengan matahari .. dan tak leh sapu kebagian yang luka, atau jerawat tu tak kering lagi. Kena tunggu dah kering .. baru boleh sapu.


Pelembab muka Lisa yang Vitamin E produk Cosmoderm pun mengandungi ROSEHIP OIL .. baru tahu yang rose hip oil ni boleh ilangkan stretch marks atau parut pada kulit . Nak tau kelebihan dan khasiat lain dari Premiun ROSEHIP OIL ?
Kedutan dan garis-garis halus
Parut, luka terbakar dan luka
Tompok penuaan
Perubahan warna kulit dan bintik jerawat
Ekzema
Kerosakan matahari
Stretch mark
Dermatitis
Psoriasis
Membaiki rambut yang kering dan rosak
Mengukuhkan kuku rapuh .

Waww buat rambut pon boleh gak rupanya .. Bagus.. banyak khasiat.



  
Nah.. dah tengok perubahan sebelum dan selepas kan. Bagus la juga rupanya tuk kesan parut.. hehee. Nasib baik ilang.. tak perlu kuar mahal2 tuk ilangkan parut. 


Nota ; jangan gunakan atau tetes ke bagian luka yang masih basah kerana rosehip oil ni minyak,nanti leh infeksi . 



Borang Permohonan BR1M 2016 [5.0 ] ONLINE

$
0
0

Borang Permohonan BR1M 2016  [5.0 ] ONLINE || Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2016 , Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk 2016 telah dinaikkan sebanyak RM50.00 . Untuk kalian yang mempunyai syarat kelayakan untuk menerima BR1M tapi belum mendaftar, boleh try daftar dan isi borang permohonan BR1M 2016 yang akan mula dibuka pada 5 Disember 2015 dan ditutup 31 Disember 2015. Mungkin seperti tahun lepas.. kalau banyak yang buka.. web jadi stuck , korang kena try dari masa ke masa sampai dapat.


Borang permohonan BR1M 2016 sila lawati : https://ebr1m.hasil.gov.my/


Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M

Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000:  RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016

Nota: Semua kategori penerima BR1M layak menerima Skim Khairat Kematian bernilai RM1000




Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online

$
0
0
Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online || Bagi kalian yang telah mendaftar BR1m Bantauan Rakyat 1 Malaysia , jangan lupa untuk kemaskini maklumat  peribadi kalian termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.. Sebab kalau tak nanti kalian tak kan dapat BR1M 2016 nanti seperti yang dibicarakan dalam Baget 2016. Kemaskini boleh dilakukan bermula 5 Disember 2015 sampai 31 Disember 2016. Kemas online je senang ... ,

Kemaskini BRIM 2016 [ 5.0 ]Online

https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016




Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>