Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Travelling Beruang TV3

$
0
0
Travelling Beruang TV3  || Mesti korang dah selalu nampak iklan atau kempen mengenai Travelling Beruang , beruang yang korang boleh beli kalau korang pergi travelling naik flight AirAsia . ,Sebenarnya kan kalau korang beli travelling beruang yang mula war-warkan sejak 9 Jun 2015 .. duit dari penjualan itu Airasia akan salurkan ke #MAKNA yang mana digunakan untuk kanak-kanak yang terkena kanser di Malaysia . Sambil membeli sambil menyumbang . Lisa pernah kempen di Instagram mengenai Travelling Beruang ini.  Telefilem Travelling Beruang akan di siarkan Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam.. Diantara pelakon yang akan memerankan dalam telefilem ini  seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy.

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi?









Wah tak sabar rasanya nak tengok telefilem ini.. macam menarikja . Korang dah belitravelling beruang  ini ? harga rm65 je .. beli online pon boleh ... :) 

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARS AKHIR

$
0
0

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR   || Akhirnya superspontan all starz telah sampai di penghujung final malam ini , Jumaat 30 Oktober 2015 pukul 10 malam nanti. ZIZAN, JOHAN, RAHIM, TAUKEH, YUS, ACHEY telah diumumkan sebagai finalis Super Spontan dalam Separuh Akhir Super Spontan. Agak-agak siapa yang akan menjadi pemenang dan mendapatkan hadiah wang sebanyak RM150,000.00 ? 

Jangan lupa undi Stars yang korang suka.
Agak-agak siapa yang akan jadi Juara Super Spontan ALL starz kali ini eh ? waahh tak sabarnya Semuanya akan terjawab dalam Super Spontan Akhir, Jumaat, 10.30 malam di Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura 
HADIAH PEMENANG Juara RM150,000
 Naib juara RM75,000 
Tempat Ketiga RM50,000 
Tempat Keempat RM20,000 
Tempat Kelima RM10,000 
Tempat Keenam RM5,000 

Untuk korang yang nak tonton live streaming super Spontan Akhir ni.. Boleh klik link berikut 

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR  
(klik untuk tonton secara online ) link akan disiarkan bermula dari pukul 10. 

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

$
0
0

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN || Wahh sapa yang tak kenal produk RYSYA ?Dengan duta produk Che Ta yang memang ramai memuji kecantikan wajahnya dan pastinya korang tertanya-tanya apa rahsia Che Ta  agar tetap cantik aa ? Korang meh klik banner untuk ketahui lebih lanjut dan sertai giveaway yang dibuat oleh kak Linda atau AZLINDA ALIN.Syarat yang mudah dan senang je sebab self sponsor !

*KLIK BANNER UNTUK JOIN ;) 
Apa khabar semua !! Bertemu kembali dalam entri dunia kecantikan bersama mummy ! Entri kali ini mummy nak berkongsi pengalaman mummy bersama produk Rysya Skincare. Mungkin ada yang pernah dengar dan terbaca dengan produk terbaru, iaitu Rysya Skincare dari Rozita Che Wan (Che Ta) dan ada juga yang masih belum pernah dengar tentang produk ini lagi. Jom mummy kongsikan serba sedikit tentang apa itu Rysya Skincare.



Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium di mana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga penampilan diri.

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.


“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Mendapat kelulusan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu  Cleanser,  Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.

Dan, di kesempatan ini mummy nak buka GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 

Produk yang di tawarkan ialah LY TONER DAN LY CLEANSER:- 






RYSYA SKINCARE - LYToner 

Direka untukmelindungi kulit, menjadikan kelihatan berseri,lembut dan licin.Menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma. Menjaga kelembapankulit,memastikan iaterhidrat danmemeliharakulitdaripada menjadikering.Sesuai untuksensitifdan semua jeniskulit yang lain.

Arahan: Gunakandua kali sehari.Sapukanpada waktu pagi danmalam selepasmencuci mukadenganRysyaPenjagaan KulitPembersihMuka.Elakkan sentuhandengan mata.





Kelebihan LY Toner



Toner ini bersifat lembut dan perlahan-lahanmembersihkankulit.Formulayang sangat efektif dapat menegangkan kulit wajah. Diperbuat dengankacang soya danekstrakPhytoPlacenta. Memberikan kesegaran kulit, keseimbangan pHlembut,rasa bersihdan sangatselesa.







RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka



Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier". Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit. 

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 

Kelebihan LY Pencuci Muka
Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 

Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN :-
1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
2. Buatkan satu entri bertajuk -  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN
3. Follow blog Azlinda Alin 
4.Follow Instagram http://www.instagram.com/rysyaskincareselangor
5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini :-- URL blog entri - Saya nak menangi  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE LY Pembersih Muka / Toner- Instagram akaun anda- dan alamat email .

Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015

2 pemenang akan di pilih untuk setiap satu produk. 







Keputusan Juara Super Spontan All Stars 2015 Akhir

$
0
0
Keputusan rasmi juara atau pemenang Super Spontan All Stars 2015 Akhir || Wah .. ingatkan Johan yang menang ..tapi rupanya lain pulak pemenang . Tahniah kepada Zizan sebab menjadi juara pertama Super SPontan All Stars 2015 malam tadi . Fuhh menang rm150,000.00 dan Motor Ducati . Alhamdulillah tak putus-putus rezeki Zizan.  Malam tadi Zizan Razak, Johan, Achey Bocey, Tauke dan Yus Jambu  bersaing untuk merebut gelaran juara Super Spontan All Stars



Tahniah  sekali lagi kepada Zizan Razak kerana telah dinobatkan Juara Super Spontan All Stars 2015 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta Trofi dan sebuah motosikal Ducati Monster. Manakala tempat kedua disandang oleh Johan Raja Lawak dan tempat ketiga Achey. Pak Yus pula menduduki tempat ke empat diikuti oleh Rahim tempat kelima dan Tauke Jambu tempat ke enam.

Keputusan Pemenang Super Spontan All Starz 2015 : 

Juara: Zizan Razak 
(Wang Tunai RM150,000 + Trofi + Motosikal Berkuasa Tinggi Jenis Ducati Monster 796 S2R)

Naib Juara: Johan Raja Lawak
 (Wang Tunai RM75,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: Achey
 (Wang Tunai RM50,000 + Trofi )

Tempat ke-empat: Pak Yus 
(Wang Tunai RM10,000)

Tempt ke-lima: Rahim 
(Wang Tunai RM5,000)

Tempat ke-enam: Tauke
 (Wang Tunai RM5,000)







Video Chameleon atau Sesumpah Beranak

$
0
0

Video Chameleon atau Sesumpah Beranak || Chameleon mesti korang tau binatang comel yang boleh bertukar warna kulit sama seperti warna yang dia pijak . Kalau pijak kayu , maka kaler jadi kayu .. coklat  , kalau ada di daun ... kaler berubah jadi hijau seperti daun . Pernah nampak video  chameleon bertukar kaler seperti bingkai cermin mata yang diupload dilaman sosial facebook. Namun korang pernah tak tengok chameleon beranak ? Macam cicak ke ? yang bertelur dan kemudian peram sampai telur menetas ?
 
Ohohoho salah ! dulu Lisa ingat memang macam cicak , tapi rupanya tak .. dan bagi Lisa chameleon ni sejenis reptilia yang confuse sama ada bertelur atau beranak . Mula-mula chameleon mengeluarkan telur lemik yang Lisa ingat tu ialah najis ! haha.. tapi sebaik sahaja telur lembik tu keluar.. tunggu sekejap then korang akan nampak baby chameleon yang keluar dari telur tersebut kemudian berjalan .Subhanallah... keluar kedunia terus boleh berjalan macam chameleon dewasa. Nah korang tonton sendiri video chameleon atau bunglon beranak .. 


Este camaleón dio una sorpresa a quienes lo estaban grabando
Posted by XEU Noticias on Wednesday, 30 September 2015








KEPUTUSAN JDT VS FC ISTIKLOL AFC CUP 2015

$
0
0
Keputusan FINAL JDT vs FC Istiklol Piala AFC CUP 2015 || Tak sangka pulak dalam sejarah Malaysia sampai ke final perlawanan akhir AFC CUP . Tahniah kepada JDT ! Perlawanan akhir malam ini 31.10.2015  di  Stadium Central  Tepublican Dushanbe ,Tajikistan. Jangan lupa saksikan di TV 9 .wahh agak agak kalau JDT Menang esok cuti tak ye.. hehe 


Keputusan  JDT melawan FC Istiklol

JDT [1]  :  [0] FCISTIKLOL
22" -Leandro  Valàzquez




BIODATA DR SAY SHAZRIL

$
0
0
BIODATA DR SAY SHAZRIL || Ingatkan Dr. Mike je yang hensem,, ternyata di Malaysia ni ada juga dokter yang lebih kurang sado dan hensem seperti Dr. Mike.  Sapa lagi kalau bukan dokter yang sedang hot sekarang ni , menjadi perbualan baik lelaki dan perempuan dan pagi tadi menjadi tetamu di HOT FM , Dr. Say Shazril atau nama sebenar ialah Muhammad Shazril bin Shaharuddin . Dokter Pakar Sakit Puan yang berwajah handsome , bodybuilding   yang selalu  berkongsi tips untuk weight loss . Tengok je senyumannya.. manis kan ?

Jom Baca Biodata Penuh Dr Say Shazril :
Nama penuh : Muhammad Shazril bin Shaharuddin
Nama popular : Say Shazril
Umur : 27 Tahun (2015) 
Instagram : @SAY_SHAZRIL 
Kerjaya : Model , dokter O and  G di Hospital Serdang . 
Status : Berkahwin  ( 30/3/2014)





















Tapikan.. dokter hensem ini  tahun lepas dah berkahwin pun dengan pn. Azura ..heheh melepas la korang .. =P jangan patah hati ye ... 

LIRIK KAU BAGAI UDARA -Bahrain

$
0
0
LIRIK KAU BAGAI UDARA [ ost Kau,Aku, Kita ]|| Drama slot Lestary TV3 yang dibintangi oleh Syarul Ridzwan dan Janna Nick yang mempunyai nama sama . Nama mereka sama dalam drama ini Iman Firdaus , namun jantina berlainan ,, satu lelaki AUS ( Syarul Ridzwan ) dan perempuan IMAN (Janna Nick ) . Then mereka menikah.. macam pelik kan ? ..

 Jom dengar lagu OST  Lagu Kau Aku Kita , Kau Bagai Udara yang dinyanyikan oleh Bahrain .

LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA
Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain

LIRIK KAU BAGAI UDARA by Bahrain 
Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

(korus)
Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

(ulang korus)

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

(ulang korus)


iPhone 6 Gold Untuk Dijual

$
0
0
IPhone 6 Gold Untuk Dijual || iPhone sekarang dah keluar s series. Dan baru 2 bulan lebih iPhone 6 Gold kaler ni jadi milik Lisa. Punyalah kumpul duit antara nak beli ke tak nak beli ,sampai akhirnya my Mr Hati Batu cakap nak swap iPhone 6 plus gold 64gb dengan iPhone 6 Gold 64 Gb. Yela gegadis kan suka bawa handbag ( perli Lisa lahtu ) so kalau Hp besar tak jadi masalah. Masuk je dalam handbag,lain la kalau lelaki.. hp besar masuk dalam poket .. fuhhh tak selesa woo. Setelah dipujuk rayu then akhirnya Lisa terpikat gak  nak beli iPhone tu bg kat dia and dia bg Lisa iPhone 6 Plus . Beli dalam rm3200 la jugak iPhone 6  Gold kaler yang memang limited kuantiti. 

Tapi sayangnya IOS tak leh suport kerja si dia. Sebab tu dia pulang balik then beli Hp baru -Android coz mudah tuk wat kerja. Jadi Lisa dah ada 2 iPhone le... haha nak buat apa banyak banyak.. apalagi ,jual lah kan. Dia cakap suruh jual.. jual je lah. 
Iphone 6 ni lagi slim dan comel je kat tangan. HP ni guna dalam 3 minggu macam tu je la, lebihnya terbiar dalam kotak . Dah tak cukup tangan nak pakai. 

Harga ; RM2600
Model; IPhone 6
kaler ; Gold (limited edition)  
Memory ; 64GB 
Conditions ; 9.8/10 sikit calar pon takde.
My set ori warranty by Apple. 
Cod ; Kluang, Batupahat, Airhitam (johor)
Korang boleh whatsapp /message no 0199009213 kalau nak beli ya. 
Kondisi cun macam Lisa...  Nah Lisa bagi gambar . 








Lirik Lagu EVO - Joe Flizzow ft SonaOne

$
0
0
Lirik Lagu EVO |  Joe Flizzow ft SonaOne [ OST Polis Evo ]

Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap aha

Di jalan raya masih jalan bergaya
My crew with me till the wheels fall off uh
Takde tayar tetap ada janji
Sumpah setia hingga akhir hayat dan hujung dunia

Budak-budah gua bawah blok masih ada di ghetto
Kereta dah tukar blok boleh cucuk Toretto
Dan budak-budak dalam blok-blok ibu pejabat masih bermesyuarat
Guna setiap saat

Kan gua dah cakap budak kartel cekap
Tabik dari askar, polis dan pengakap
Main monolpoli korang masih main congkak
Lu merangkak kalau nak tengok gua dongak

Budak Subang semua kenal kapal terbang
So fly gari pramugari sorang-sorang
No lah Flizzow tidak pernah tipu korang
In top form tapi bukan cakap pasal borang

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila di jalanan
Di sini di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan kejut harimau yang sedang tidur
Salah masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan korbankan harga diri kerana ego
Salah nanti kena tangkap dengan polis evo
Evo evo

Jangan kejut harimau tidur
Evo evo
Di jalan mati susah hidup

Wow lu pasang waze pukul 3 pagi tengok sekali no cops
Tiba-tiba bila simpang kiri ada roadblock
U turn?
Kenapa kamu lari?
Kalau kamu tidak bersalah kenapa tangan bergari huh?
Vroom enjin evo berbunyi
Satu jam di balai boleh buat kamu sunyi
Kalau kau hilang suara aku boleh tolong cari
Kalau tak telefon brader satu kampung mari?

No back up one-two saja
Polis entry want to jaga
Lampu biru buat lu gelabah
I can see that your mata rabak

No back up aku sahaja
Polis entry want to jaga
Bila lu nampak lampu waja
Cuak better run to mama

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila di jalanan
Di sini di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan kejut harimau yang sedang tidur
Salah masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan korbankan harga diri kerana ego
Salah nanti kena tangkap dengan polis evo
Evo evo

Jangan kejut harimau tidur
Evo evo
Di jalan mati susah hidup

Gua tak jaga KL tapi KL jaga gua
Ingat pesanan orang tua
Jangan mudah lupa
Jangan mudah riak
Aku takkan sombong
Ingin pergi jauh mereka lihat guna teropong
Sekarang jaga keluarga dulu keluarga jaga gua
Ingat pesanan mama
Jangan mudah lupa
Jangan mudah takut
Kerna ku tidak gentar
Kerna semua di dunia ini hanya sebentar
Kerna semua di dunia ini hanya sebentar

Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap dengan polis evo

Jangan kejut harimau yang sedang tidur
Salah masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan korbankan harga diri kerana ego
Salah nanti kena tangkap dengan polis evo
Evo evo

Jangan kejut harimau tidur
Evo evo
Di jalan mati susah hidup
Evo evo
Jangan kejut harimau tidur
Evo evo
Di jalan mati susah hidup

Sedap Ke Pirate Coffee ?

$
0
0

Sedap ke Pirate Coffee ,Kopi Abang Sado ?  || Sebelum ni ramai orang dok cerita pasal Pirate Coffee , #kopiabangsado . Selalu tengok dalam facebook dan kawan-kawan dok post pasal kopi pirate ni .. Diorang kata kalau nak beli ni kena beratur lama , 2-3 jam . Uishh yeke.. dah macam nak masuk butik tudung Fareeda je kan. Apa yang special dari minuman ini sampai orang "rela" beratur duk tunggu hanya demi secawan kopi abang sado ini ? Tertanya -tanya asyik tak dapat je .. dan finally Lisa nampak tempat gerai jualan Pirate Coffee ni dah pindah ke tempat yang dekat dengan tempat kerja Lisa . Tunggu apalagi , Lisa terus pergi beli la. Sebab teringin nak rasa juga kopi pemes buatan melayu ini ha..



Nah ... ada bermacam-macam jenis rasa yang korang boleh pilih . Perisa cappucino , Latte , Mocha , Green Tea dan banyak lagi . Harga secawan Pirate Coffee ni RM4.00 sahaja .. murah je kan ! kalau nak special korang kena tambah rm1 untuk perisa Hazelnut Coffe , Strawberry Chocolate , dan Rasberry Chocolate seharga rm 5.00 . OK kopi ni mampu milik la.. tak mahal sangat. Memula datang Lisa disambut oleh abang yang tak berapa sado tapi manis senyumannya .. hehe ramah gitu . Lisa mmang tak pernah beli jadi tak tau la kalau nak pilih rasa apa. Biasa minum green tea je .. kali ini nak cuba yang lain la . Then tanya la pada abang tadi .. Dia sugest Hazelnut Coffee, sebab ramai customer beli yang perisa tu . 




Dah 3 kali Lisa beli, dah macam ketagih pulak.. heheh kopi ni manis .. kalau korang tak suka manis korang boleh request untuk kurangkan creamer . Tulis je dalam kertas . Order ala-ala starbuck tu.. tgk je cawan ni.. ala-ala minuman omputeh tu kan.


Lokasi Pirrate Coffee ini di Taman Intan-Kluang  , depan area Maybank -Giant . Korang beli la time yang tak ramai orang ,, sebab memang kena beratur untuk beli secawan kopi ni. ;) 


SENARAI PELAKON KAU AKU KITA

$
0
0
Pelakon Kau Aku Kita || Korang rindu tak dengan Syarul Ridzwan yang pernah mnejadi Hero dalam drama  Hati Perempuan ? Sekali lagi dia berlakon sebagai Hero di drama TV3 slot Lestary yang ditayangkan setiap Rabu dan Kamis jam 9.00 malam. Kali ini digandingkan dengan Janna Nick pula.. tapi best juga la drama ini, kelakar .  Iman Firdaus , Dua orang yang mempunyai nama sama tapi berlainan jantina then kemudian berkahwin . Menarik bukan ... jangan lupa tonton malam ini eh pukul 9 malam di TV 3. 

SENARAI PELAKON KAU AKU KITA 
Syarul Ridzwan sebagai Aus ( Iman Firdaus ) 
Janna Nick sebagai Iman (Iman Firdaus ) 
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Tunku Hanis  sebagai Wafa
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau
 Kay Maria

 SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA ||
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


Contest Review Link.my 2015

$
0
0
CONTEST REVIEW LINK.MY 2015 || Assalamualaikum.. hye kalian !  Lisa nak bagitau ni  sekarang sedang berlangsung lynk.my mengadakan contest   untuk blogger  iaitu  CONTEST REVIEW LYNK.MY Total hadiah sejumlah RM 4,000 waahh banyak tu kan ? Mana lah tahu nanti ada rezeki disitu kan .  Lynk.my ni ialah laman web yang berguna untuk pendekkan url kalian . Biasa kalau dalam twitter kan terhad pada 140words.. haaa ni beguna la untuk korang sebab lynk.my akan shortkan url tersebut .

Dari 10 jenis laman web yang lisa guna.. Lynk.my lah yang paling pendek !! cara gunapun senang saja dan tak perlu tunggu lama .
Contohnya  http://www.ciksepet.com/2015/11/sedap-ke-pirate-coffe.html
lepas dipendekan :  http://lynk.my/qgO
Klik la kalau tak percaya url tu sama... =)

Pendek bukan ? hanya 3 words dibelakang. Pertama kalaian buka web lynk.my . Kemudian hanya tinggal letakkan url yang kalian ingin pendekkan dalam kotak yang disediakan  kemudian tekan"LYNK IT" . Mudah bukan ? Jom Lisa ajar .

Cara menggunakan Lynk.my untuk memendekkan url :
1. Buka Laman Lynk.my
2. Copy url yang ingin dipendekkan
3.Masukkan dalam kotak yang disediakan .
4. Tekan LYNK IT , dan siap !


Mudah sahaja . Dan system dalam lynk ni sangat cepat , tak perlu tunggu lama untuk dapatkan url yang telah dipendekkan tersebut .  Pendaftaran sebagai pengguna Lynk.my ialah percuma sahaja tau .
Cara mendaftar akaun Lynk.my
1. Buka laman web lynk.my
2. Cari Join Now
3.Kemudian isikan borang dalam tu .



dan kalian akan dapat email pengesahan seperti dibawah ini. 



Dapatkan wang di lynk.my  dengan memilih sebagai " Publisher "


Tahukah korang , fungsi lain yang korang tak tahu mengenai web ini ? Selain dari memendekkan url , lynk.my juga akan bagi kalian membuat duit dan terus masuk dalam akaun bank yang kalian isi ketika mendaftar sebagai pengguna lynk.my.  Pendekkan url  entri tadi dan share dimedia sosial seperti facebook, twitter  , kemudian orang klik link tersebut dan kita akan dapat duit dari setiap klik . Wahh bestnya !
Kalian pilih Publisher dalam lynk.my  dan kemudian buat 3 step yang mudah macam dibawah ini  .


 Kalau nak lebih paham.. tengok video dibawah ini . =) 

Iklankan produk kalian di Lynk.my serendah RM10.00 seumur hidup ," Advertiser "

Sekarang ni ramai yang menggunakan FB ads dan IG ads untuk mengiklankan produk atau barangan yang kalian nak jual bukan ? Bagaimana dengan kos ? kini Lynk.my membolehkan kalian untuk beriklan di web mereka dengan kos serendah rm10.00 sahaja untuk seumur hidup. MURAHnya !!! 3 step yang mudah juga untuk beriklan di lynk.my . wah menarik ni.. nanti Lisa pun nak cuba juga la. 


Kenapa anda perlu menggunakan servis dari Lynk.my? 

1.Servis yang ditawarkan ialah percuma.. kecuali Advertiser .
2.Laman web yang mudah difahami dan mesra pengguna
3. Segala pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun anda. Tak perlu guna PayPal atau tunggu cek.
4.Mempunyai smart-filtering bagi memastikan setiap klik adalah asli dan bukannya robot yang bleh merugikan anda (Advertiser).
5.Sebuah syarikat dari Malaysia untuk rakyat Malaysia. Setanding dengan URL shortener antarabangsa seperti bitly atau go.gle 
6.Paparan statistik yang terperinci graf, peratusan, jumlah pelawat mengikut negeri bagi link yang anda pendekkan.
7. Boleh jana pendapatan  dengan hanya berkongsi link.

Jadi, tunggu apalagi ! Jom la joint contest dan menangkan rm4,000 dan barangan giveaway untuk 50 peserta terawal.  Pemenang akan ditentukan kepada kategori yang dibagi kepada 3 kategori pemenang  iaitu : 
. ·        TOP lynkUNDI
( Senarai CONTEST ID dengan jumlah undi paling banyak akan dikeluarkan pada hari pengumuman pemenang. Jumlah undi merupakan jumlah klik paling banyak daripada referral blog peserta sahaja akan dikira.)
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

 ·        TOP SEO
( Halaman web peserta yang mendapat ranking tertinggi akan dikira pemenang.bagi kategori TOP SEO )
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

 ·        TOP CREATIVE
( Penyertaan bagi kategori ini ditentukan melalui penggunaan grafik , gaya penulisan dan cara menarik pembaca yang sepenuhnya diadili mengikut kesenian peserta dalam menulis artikel.) 
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com


Jom join CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015 dan hantar penyertaan di http://lynk.my/Ha2


TONTON POLIS EVO ONLINE

$
0
0

TONTON POLIS EVO ONLINE || Movie yang menjadi tumpuan jutaan orang dan katanya best !  Seminggu pertama pun dah mengaut keuntungan berjuta-juta dari tiket movie yang dijual di pawagam seluruh Malaysia .  Movie ini ditayangkan bermula dari 17 September 2015 , dan nampak memang best sebab seat kat panggung wayang tu selalu penuh. Dah macam movie  F n F 7 pulak kan.. Wahh macam best dan menarik . Nak tonton polis evo  jugak le..

Polis Evo (2015)
Trailer : Youtube
Genre : Aksi / Komedi
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Tarikh Tayangan : 17 September 2015
Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi

Sinopsis :  Filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.


Untuk korang yang tak sempat tengok dipawagam boleh tonton di link berikut :
 ( klik untuk tonton dan download )







Keputusan Anugerah SKRIN ASK 2015

$
0
0
KEPUTUSAN ANUGERAH SKRIN ASK 2015 || Deretan para artis mendatangi PWTC malam ini dalam acara ANUGERAH SKRIN 2015 (ASK).  Farah Fauzana atau FAFAU Hot FM dan AWIE digandingkan sebagai host malam ini. agak agak siapa yang menang untuk kategori yang telah disenaraikan?  Wahhh tak sabar tunggu keputusan penuh senarai pemenang Anugerah SKRIN ASK 2015 . 



Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2015 (Live Update)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Amar Asyraf

Pelakon Wanita Terbaik Drama

Sara Ali

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

Beto Kusyairi

Pelakon Wanita Terbaik Filem

Lisa Surihani

Anugerah Bintang Babies Blink Gold

Neelofa

Drama Rantaian Popular Media Sosial

Rindu Awak 200%

Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu AJL 29

Rancangan Realiti Terbaik

Mentor Legend Akhir

Rancangan Hiburan Terbaik

The Gag About Barber

Lakon TV Terbaik

Lorong Kecil Ke Syurga

Lakon Layar Terbaik Filem

Lelaki Harapan Dunia

Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Sharnaaz Ahmad

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik filem

Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik

Wanita Hari Ini

Laporan Khas Berita Terbaik

Berita Nasional 5

Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik

Welcome To The Real World

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Izuan Fitri

Pelakon pembantu wanita terbaik drama

Raja Ilya

tahniah untuk semua pemenang :D



Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 [ ONLINE ]

$
0
0



Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 [ ONLINE ] ||  Untuk kalian yang ingin atau minat untuk masuk dalam menyertai kursus bidang kemahiran dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), permohonan kemasukan GIATMARA diseluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2015 bagi sesi kemasukan Januari 2016. Pendaftaran boleh dilakukan baiks ecara online atau manual dan kemudian hantar kecawangan Giatmara yang terdekat. 

Dan berikut ialah Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016  [Online]

Borang untuk permohonan program latihan secara Sepenuh Masa menerusi : http://www.giatmara.edu.my/p/permohonan-online.html


Giatmara memberaikan senarai kursus yang diberikan di seluruh Malaysia semak di  : http://www.giatmara.edu.my/p/senarai-kursus.html 

 Semak lokasi GIATMARA berhampiran dengan tempat kalian  di http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html

Dan jika kalian ingin mengikuti program SEPARUH MASA (PART TIME), sila dapatkan
 borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran dengan alamat kalian .
Nota : Perlu diingat untuk mengisi borang permohonan secara online hanya boleh dilakukan dengan menggunakan web Google Chrome sahaja ya 


Gambar Artis Anugerah SKRIN ASK 2015

$
0
0
GAMBAR Artis Di Atas Red Karpet Dalam Anugerah SKRIN ASK 2015 || Semalam dah Berlangsung kemuncak artis dalam Anugerah SKRIN ASK 2015 yang brtlangsung di PWTC bermula jam 8malam. Jom tengok gambar artis artis ini diatas Karpet merah.






























































































Permohonan Dokter Perempuan Untuk Bersalin

$
0
0

Permohonan Dokter Perempuan Untuk Bersalin || Ingat lagi tak mengenai cerita radio HOT FM menjemput tetamu lelaki yang merupakan dokter kacak dan hensem yang menjadi dokter sakit puan di Hospital Serdang . Sebab itu juga mulalah para wanita yang histeria sampai muncullah komen-komen yang secara tidak langsung memalukan diri sendiri . Yela.. dah ibu-ibu yang dah menjadi mak orang tu ade yang komen
 "kalau aku tahu ada dokter hensem macam tu , aku nak bersalin di Hospital Serdang lah , "
  " Ruginya masa aku bersalin dulu tak da dokter yang hensem " dan banyak lagi komen-komen yang lebih kurang seperti tu . Nitizen memang la mengecam komen tersebut ,macam nak sangat and tak tahu malu je . Mana maruah sebagai isteri ? 

Lisa pun bukan ustazah atau alim sangat bab agama ni tapi kalau dah "TUTT.. " tempat keluarkan anak tu  dilihat lelaki lain .. ha tu tak malu ke ? kecuali darurat . Ni kalau dah request dokter lelaki ketika bersalin ni memang bukan darurat tapi dibuat-buat . Mentang-mentang lah ensem. Tapi.. kalian time bersalin tu sempat tengok dokter ke ? ehehehehe


Isu doktor laki/pelatih laki yg terlibat dalam operasi wanita bersalin di hospital.  Ini antara ikhtiar seorang sahabat yg terlalu menjaga segenap segi bab keaiban dan maruah isterinya ketika hendak menghadapi kelahiran anak. Sebenarnya pihak hospital respect dan mengalu alukan cara sebegini dan Alhamdulillah diusulkan surat (tulisan tangan) ini pada doktor lelaki yg bertugas pada shift itu. Surat dikepilkan pada "kad merah/kad daftar" yang akan diperiksa oleh doktor yang bertugas terlebih dahulu terhadap data pesakit. Doktor seterusnya akan membaca surat dan kemudian akur dgn permintaan penuh budi bicara dan permohonan pertimbangan dari pihak suami dan berundur dengan penuh respect.
Untuk cara lain, boleh buat request sebegini dengan slow talk di kaunter ward jika tanpa surat. ringankan mulut untuk bertanya .

Isu darurat boleh berlaku dihospital JIKA:
* Tiada seorang pun doktor wanita atau nurse di hospital yg mahir sambut kelahiran
*jika berlaku kes yg memerlukan doktor pakar yg KEBETULAN TIADA pakar wanita yang ada dihospital, atau doktor wanita pakar sedang mengendalikan kes lain yang mana hanya tinggal doktor laki saja, maka dibolehkan syarak jika melibatkan perihal nyawa anak dan ibu. Dan suami sudah tidak berdepan dgn dosa besar kerana tiada pilihan lain.

Menjadi DOSA dan NUSYUZ pada wanita dan suaminya (DAYYUS) yang SENGAJA MEMILIH DOKTOR LELAKI untuk  urusan kelahirannya sesangkan doktor wanita ada yang bertugas. Itu pandangan hukum syarak.


Boleh pilih bukan tak boleh , terpulang nak meringankan mulut dan tangan meminta tukar dokter peremuan atau menulis surat permohonan dokter perempuan untuk sambut isteri bersalin . 

Cara Mudah Tidurkan Bayi

$
0
0

 Cara Mudah Tidurkan Bayi || Bayi memang comel tapi kalau dah meragam nangis tu yang konfuse sama ada berak , lapar  atau nak tidur . Dulu time jaga anak buah , first time pulak tu memang tak tahu dia nangis tu nak makan atau nak tidur , nangis je kasih minum susu . Kadang sampai terbuang sebab baby tu bukan lapar pun. Bazir je kan , huhu. Banyak cara untuk tidurkan baby , sama ada buai atau tepuk-tepuk bontot atau dukung la sampai baby tu tidur . Cara mana yang senang untuk kalian ? Biasanya kalau tidur atas buaian tu tak berapa elok untuk nanti nya , sebab terbiasa . Bayangkan kalau sedang berholiday , tak kan nak ususng buai ? Lisa baringkan je anak buah atas tilam and peluk sambil men-main rambut dia . Dan tak sampai beberapa minit nanti baby tu tidur la.


Dan ternyata ada cara yang sangat teramat mudah untuk kita cuba !  Hanya guna sehelai tissue sahaja . Jom tengok video ini .

Kenapalah bila anak2 dah besar baru tau pasal menda ni hihihi. Korang yg ada anak kecik cubalah...
Posted by Aznil Hj Nawawi on Wednesday, 8 July 2015

INTEEMOR , Rahsia Kesihatan Keintiman Wanita

$
0
0
INTEEMOR ,Rahsia Kesihatan dan Keintiman Wanita || Perasan tak yang sejak beberapa minggu lepas Lisa mengamalkan untuk minum INTEEMORdari Ephyra . Bermula dari tengok orang minum , jadi Lisa tertanya-tanya kenapa orang minum dan apa kelebihan inteemor ini ? sebab tu kena cuba sendiri . Dan akhirnya Lisa cuba minum inteemor , minuman produk dari ephyra yang dibuat dari kandungan herba.Mula-mula memang Lisa fikir mesti takleh telan atau tak boleh masuk tekak sebab Inteemor ni sirap . Lisa memang lemah sikit kalau minum sirap , ubat pun sama  .. kalau pil boleh telan lagi dibantu air . Kalau sirap memang akan terasa kat lidah , rasa manis takpe jugak kalau rasa pahit ??.. ambik kauu kena minum banyak air .

Tapi.... lepas suap Inteemor dalam mulut , bayangan rasa pahit bak minum jamu terus hilang dari fikiran . Inteemor rasa herba campur buah-buahan yang memang boleh telan masuk tekak , jangan risau memang tak akan termuntah balik . ( dalam fikiran mungkin akan termuntah balik kalau minum inteemor ni . )






KHASIAT INTEEMOR || 

Bukan hanya untuk orang yang sudah berkahwin sahaja tau , anak dara pun boleh amalkan untuk minum Inteemor , anak dara pun kena jaga dalaman wanita juga untuk nampak kekal berseri . Apalagi untuk wanita yang ada masalah keputihan, memang sesuai sangat minum Inteemor . Kelebihan inteemor yang lain selepas Lisa amalkan untuk beberapa minggu ini antaranya :
* Mengawal berat badan berlebihan . Dalam instagram Lisa ada upload gambar berat badan Lisa yang semakin bertambah , lepastu menurun dan menurun sampai berat yang Lisa inginkan 44kg . Perut buncit pun dah kempis dah.
*Kitaran haid lancar dan time-time dah tiba nak haid tu takda rasa sakit pinggang , sakit kepala dan lembik. Sampai tak perasan yang Lisa sedang haid .
*Dengan inteemor korang boleh ucapkan selamat tinggal dengan segugut , sebab lepas minum inteemor dalam beberapa hari je memang korang akan kurang segugut dan lama kelamaan hilang segugut tu . Tak perlu tarik muka dan menonggeng-nonggeng guling-guling sebab segugut .
*Breast dan punggung menjadi lebih anjal .
Untuk yang dah berkahwin pasti ada kelebihan yang lain, heheh tulah kalian kena cuba juga .








Dalam Intemoor Botanical Drink terdapat herba semula jadi yang cepat menyerap dalam tubuh . Kandungan inteemor dari pati seperti : Kacip fatimah , manjakani , Pueraria Mirifica, Kunyit , Kolagen , Dong Qui , Akar Serapat ,Habbatussauda , Buah Tin , Aprikot Seed, Acai Beri ,Delima , Aloe Vera ,Durian Belanda ,Sireh dan Madu . Mesti untuk kalian para perempuan tahu kan kandungan yang Lisa tulis tadi memang bagus untuk peranakan dan kesihatan dalaman wanita terutama miss V dan Breast.







 
Cara pengambilan Inteemor : Minum 2kali sehari pagi dan malam sebelum tidur . Inteemor boleh diminum sebelum atau selepas makan. Biasanya Lisa minum selepas sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Rajinkan minum rutin setiap hari untuk kesan yang lebih cepat dan baik ;) alaa bukan susah mana pun kan. Ambil sudu , tuang dan minum. Sruuuppp .. siap ! Jangan guna sudu steal ya.. sebaliknya guna sudu plastik sebab dalam Inteemor ada madu , kalau kalian guna sudu steal nanti kurang la khasiat madu tu . 



Mentang-mentang rasa dan bau Inteemor sedap bau buah-buahan budak-budak ingat ini sirap . Sampai main tolak berebut Inteemor . Nasib baik la botol ni bukan dari cermin  Kaca, kalau tak nanti berebut jatuh dan pecah .. menangis woo !


Ini pula testimoni dari orang-orang yang pernah minum Inteemor ;




Harga sebotol Inteemor hanya rm 49.00 (tak termasuk postage ) untuk 250ml . Waahhh murah bukan ? ! ! Jom sama-sama amalkan minum Inteemor , cantik dalam cantik luar ! Anak dara pon kena jaga dari sekarang tau , buakn tunggu lepas kahwin baru nak jaga dalaman keintiman wanita . ;) #makinmantap #makinmanis #inteemor 


Nota Penting  : 
*Tidak sesuai untuk ibu hamil 
*Tidak sesuai diambil ketika haid 




Untuk maklumat lanjut mengenai INTEEMOR, kalian boleh hubungi :


Website :

Facebook :

Instagram :

Hotline Ephyra : 
019-3999238 / 03-41417889



Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>