Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Perkara Wajib Buat Setiap Hari ? | CABARAN7HARI

$
0
0
Perkara Wajib Buat Setiap Hari ? || Task Hari ketiga Cabaran 7hari dari EFGKBBA ,, Perkara wajib bagi Lisa ialah...
MANDI
Solat
MAKAN
TIDUR
SOLAT
MAKAN
MAKAN
MAND
.
.
.
.
.
.
.
. Dannn... tidur !

Hahaha betul apa ? Salah eh?

Perkara wajib lainnya ialah.. CHECK EMAIL ! Check Inbox Fanpage .
Check whatsapp .
Perluuu sebab Lisa ada wat kerja online juga.Boleh la tambah duit untuk makan KFC ! Makan lagi....

SEBAB VINCCI WAREHOUSE SALE DIBATALKAN

$
0
0
SEBAB VINCCI WAREHOUSE SALE DIBATALKAN || Sepatutnya hari ini dan esok akan berlangsung jualan besar-besaran dari jenama kasut VINCCI . Memang berita yang ditunggu-tunggu oleh kaum perempuan . Saya pon penggemar kasut juga jadi tahu lah . Nasib baik lah jauh , kalau dekat memang Lisa dah turun padang untuk join borong beli kasut jenama VINCCI . Harga serendah rm15.00 siapa yang tak nak ooii , mura gila tu !

Tapi sayangnya jualan gudang ini di batalkan, sebab  : lambakan orang yang beratur sampai 8KM katanya . Mana tidaknya , Jualan itu bukan di buat di stadium atau tempat terbuka. Tapak jualan yang tertutup dan bergate. Kena beratur kalau nak masuk. Dah macam butik Fareda pula lah kan. Takut kehabisan stock kasut yang cantik kot , sebab tu ada orang yang panjat tembok hanya untuk masuk tempat jualan tu . Alahaiii... sampai macam tu sekali. Berhimpit-himpit sampai bergaduh . Apa ni ??? Tahulah obses sangat dengan kasut tapi .. bukan dapat apa pun kalau bergaduh. Sabar boleh ?



Orang di Mekah Arab Saudi sana bersesak-sesak sampai meninggal kena pijak sebab nak ibadah tau , tapi kalau di Malaysia.. orang berhimpit bergaduh hanya sebab nak masuk jualan VINCCI ? nampak perbezaannya ?

Semua salah , penganjur dan pengunjung. Penganjur tu sebaiknya carilah ditempat yang terbuka dan luas sikit, tak ada lah orang bergaduh dan panjat tembok. Yang pengunjung juga , bersabar dan tunggu Que la.. bergaduh last last semua tak dapat. Padan Muka..


SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT

$
0
0
SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT || Drama baru lakonan Fattah Amin dan Ruhainies  dalam Hello Mr. Perfect yang ditayangkan dalam TV3 menggantikan drama sebelum ini iaitu Mencintaimu . Korang rasa kenal tak dengan pelakon-pelakon yang ada dalam drama Hello Mr Perfect tu ? Heee jom kenal-kenal Pelakon-pelakon yang memeriahkan drama slot akasia tersebut . 


SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT :

Nama ArtisWatak
Fattah Amin Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah Alya Adriana dan Nurul Ain
Rafiq Razali Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar Rahim
Mimi ErnidaLina
Nafiez Zaidi Azizi
Keena Mentor Hana
Afzan A.Rahman Fauzi
Kay Maria Mak Temah
Eizlan Yusof Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim Datin Seri Rosni
Chomel Fana Amani
Ammar AlfianAizat



Amacam.. kenal tak ? Jangan lupa saksikan di TV3 Isnin sampai Khamis pukul 6.58 petang . 

Apa Yang Anda Cari Dalam Freezer ? [Cabaran7hari]

$
0
0
Apa Yang Anda Selalu Cari Dalam Freezer? [Cabaran7Hari] EFG|| Selepas wallet.. Benda wajib kena buat ,dan hari ini task APA YANG ANDA SELALU CARI DALAM FREEZER ?  Jawapan Lisa? Cari kesejukan sebab luar panas jerebu. Hahaha Boleh macam tu tak? Betul apa,  sekarang musim panas ditambah lagi dengan jerebu. Bahang woo.. mana la tahu dengan petua buka tutup buka tutup peti ais yang selalu orang cakap...  badan dah boleh macam berada di kutub utara. PHEWWW.. 

Dah..dah.. abaikan yang lisa merepek tadi. Lisa suka cari buah-buahan dalam peti ais. Sebab Lisa memang suka makan buah termasuk la durian. Sedap aihh... Kenapa buah? Sebab buah boleh melancarkan system penghadaman makanan dari dalam perut. Sebab tu la proses membuang jadi teratus dan Lisa nampak Slim kann.. hehehe. 

Agak agak apa yang akan lisa tulis dalam entri esok untuk next  task eh? Jangan lupa baca esok yaw ;) 

Movie Feveret Kegemaran [CABARAN7HARI]

$
0
0
Movie Feveret Kegemaran [CABARAN7HARI] || Dalam banyak banyak movie yang selama ini Lisa tonton, movie ini lah yang buat aku menangis . Spechless sangat dan baru tahu cerita sebenar Islam ketika berkembang di Europe . mendekatkan pada sumber kebenaran abadi yang Maha Sempurna.bagaimana Islam mengajarkan cara untuk menghadapi orang-orang atau bangsa lain yang memandang islam sebagai terorist , bukan dengan kekerasan tapi dengan kelembutan . Movie ini mengambil tempat disebagian besar dari negara-negara Europe dan juga tempat-tempat terkenal disana . Dari Austria, Paris, Menara Eiffel ,dan banyak tempat lain .Kemudian berakhir perjalanan itu di Istanbul .


Best cerita ini dan tak rugi kalau kalian meluangkan masa untuk menonton Movie ini. Selain pengetahuan mengenai agama , kalian juga akan mampu menikmati keindahan Bangunan-bangunan bersejarah yang berada di Europe. Pastinya kalian akan teringin pergi kesana ,selepas tengok movie ini. Kalian akan merasa seperti keliling Europe dan menikmati keindahan bangunan disana. 



DISINI : 99 Cahaya Di Langit Eropa 

SARAPAN Wajib Setiap Hari [CABARAN7HARI]

$
0
0
Sarapan Wajib Setiap Hari ? || Task yang ini agak susah la sebab Lisa jenis tak makan  breakfast . Kalau makan pun nanti akan terbuang semula. Maksudnya terus pi tandas sakit perut. Tak kisah makan secoet roti pun memang akan sakit perut . Sama dengan sahur ketika puasa , biasa Lisa minum air kosong je . Tapi boleh je tahan tak kebulur . 


Patut la kurus , kurang makan . Eh tak juga la, sebab Lisa jenis kuat makan. Kalau makan boleh banyak seperti gambar memula diatas tadi,Hahaa, . Saya boleh habiskan Nasi goreng + daging masak kunyit +sayur kangkung belacan +sambal belacan. Licin Lisa habiskan. Biasanya if need more tenaga seperti ada event , ada meeting , training Lisa makan Kurma + susu. Lisa susa minum susu heheh susu kan tambah tenaga.

Tak perlu diet untuk kurus , jaga pemakanan dan makan ikut masa dah boleh kurus tau . Walaupon makan banyak. Breakfast korang apa pula ye ?

GADGET TERCINTA [CABARAN7HARI]

$
0
0
 GADGET TERCINTA [CABARAN7HARI] || Task last untuk cabaran hari ini. Gadget tercinta ... yang ni susah tak susah nak jawap. Hahaha sebab sayang kesemua gadget-gadget yang ada sekarang ni. Hek eleh .. macam la banyak sangat gadget. Gadget yang lisa sayang untuk sekarang ini Iphone 6plus gold ni le.. Mana tak sayangnya , hadiah dari Mr. Hati Batu . Hahaha

Tahun lepas dok pakat guna Z2 , tahun ni Iphone le pulak. Hope la tahun depan dia tak pi tukar lagi. Tak dan nak beli aih , simpan duuit tuk travel kan bagus. Sebenarnya memang Lisa kurang minat dengan Iphone sebab manja sikit kan Iphone tu . Tapi kerana dia ayng Bagi, terima je la kan. Dah rezeki tak kan nak tolak . Tepat nya kami dok tukar Hp , dia IP6 dan Lisa Ip 6 Plus. Biasa pegang Hp besar . Note 3 and sony Z2 Lisa ada lagi. Still cun macam Lisa (perasan) sebab tu sayang semua gadget. Lagi pun masing-masing ada kelebihan sendiri . Tu yang tak lepaskan salah satu dari Hp kesayangan ambe.





Habis sudah cabaran 7Hari instablog dari EFG ,,, lepas ini cabaran apa pula ye ? Nantikan je ;) 

DOMINOS PIZZA Diskaun Harga sebanyak 50% !

$
0
0

 DOMINOS PIZZA Diskaun Harga sebanyak 50%  !  || Waktu berehat tapi tak tahu nak makan apa ? atau semua kedai tutup haritu . Bosan dengan menu yang ada ? Ya kejadian tu berlaku semalam . Hari rabu disini memang ramai kedai cuti. Entah mengapa lah kedai kedai  nak cuti hari rabu. HUH,.. dah la Lisa tengah kelaparan. Hahaha nak keluar pun malas. Sebab panas and jerebu. Then nampak la dalam newsfeed di Facebook milik kawan. Dia tulis DOMINOS PIZZA ada diskaun harga sebanyak 50% apabila order secara online. Wahh memang best ni , bak pucuk dicinta ulam pun tiba . 50% boleh jimat separuh harga tu .

Then apalagi.. memang lisa terus buka laman Dominos untuk order la. Diskaun 50% harga siapa yang taknak aih ! Masukkan code AD62 sebelum memesan , kalau tak .. korang tak dapat la discount separuh harga tu . Sebab Lisa makan seorang ja, Lisa orderlah apa yang boleh ditampung oleh perut Lisa ini. Hahaha Lisa order Personal Pizza -Classic Hand Tossed -Smoky Beef dan Chick  + Chicken Lasagna. Tak pernah makan Lasagna , teringin la pula nak mencoba. 


Tersalah memilih , sebab Lasagna banyak Cheese dan lisa pulak jenis tak makan cheese . Hambek kauu... tekak loya terus . Hahaha. Tapi pun habis juga. Mak cakap tak boleh bazir makanan , nanti  Allah marah . Nak tak nak telan juga la. Nasib baik ayam banyak , and pedas sebab tu leh masuk tekak. Hehehe . Tapi make sure lepas ni memang tak makan lasagna dah .
Pizza rasa Beef dan Chick , Minggu lepas beli Dominos Pizza juga tapi nipis je pizza tu . Ternyata Lisa yang tak pandai pilih , Lisa pilih Thin and Crunch patut lee. Nasib baik ada kak SUE Izza  ajar tunjuk cara signup dan pilih menu yang sedap di Dominos Pizza. Jadi dapatlah rasa tebal . Excelly memang sebelum ni tak berapa minat dengan Pizza , tapi sekali sekala mencoba tak salah juga. Hehehe.. Nampak tak daging tu . Nyumm memang terasa di lidah .




Masuk laman web Dominos SIGN UP dan pilih sebelah kanan tu , masukkan kode "AD62" dalam kotak kaler biru tu.  Then pilih pizza yang kalian nak makan ! 


Sebab Lisa mungkin orang pertama order kot dalam friendlist FB kawan-kawan , then Lisa muat naik gambar makan Pizza Dominos ini,, dan akhirnya kawan-kawan baik di whatsapp dan di Facebook mula terpengaruh untuk beli. Hahaha ! Rosak diet katanya .. tapi terliur la pulak tengok Lisa makan Pizza dengan harga yang berbaloi baloiii. Kenduri Pizza la nampaknya . JANGAN LUPA UPLOAD GAMBAR DENGAN PEMBELIAN PIZZA DOMINOS DAN HASTAG #DTopSecret untuk peraduan dominos. Manatahu kalian bertuah tuk dapat jemputan makan di Dominos :*
Banyak pilihan menu untuk kalian pilih , Kalau makan ramai-ramai .. order la yang saiz besar. Kalau untuk makan seorang orderlah sebanyak mana perut tu menampung makanan. Jangan membazir !



Code AD62 boleh kalian gunakan sebanyak mungkin tau , dan valid sampai 16 Oct 2015 ! 
order di :www.dominos.com.my ;) 

Tak Boleh Makan Ikan Bilis

$
0
0
 
Tak Boleh Makan Ikan Bilis ||Ikan bilis goreng masak sambal nasi lemak. Ikan bilis masak kicap pon sedap. Orang bujang suka masak ni. Sebab masak senang je .  Rangup ..nyum nyum memang menyelerakan! Orang cakap macam tu la.

Tapi entahla .. saya tak suka makan . Bukan tak suka tapi lebih kepada TAK BOLEH MAKAN ! " Hek eleh,., baget orang bandar tak nak makan ikan bilis "Tak macam tu , ada kisah disebalik tu . Kalau nak story mungkin memerlukan masa 3 hari 4 malam . ( Gurau je la ) .Ye tahu ikan bilis sedap , tapi jika makan nasi goreng kampong then orang kedai tu letak ikan bilis, memang la Lisa akan asingkan ikan bilis tu .Bazir ? bukan masalah bazir tapi masalah kesehatan dan ketika ambil order pun dah bagitahu tak nak ikan bilis. Sapa suruh letak ikan bilis . ?!

Alkisahnya Ahad haritu lisa terrrrrmakan ikan bilis dalam menu sambal goreng tempe. Hummm dah namanya hantu tempe , memang la men ngap je kalau nampak. Bukan selalu ada kan tempe . Lepas makan okay lagi . Ikan bilis tu campur dengan sambal. Nak asingkan nti sama ja macam buang sambal tu . OK la makan , tak banyak .. sedikit ja pun . Lepas makan ok lagi .. still gagah perkasa bak pahlawan yang akan berperang dengan musuh ! Tapiiiii malam tu terus keok . Hambik kauuu pening kepala sampai takleh bangun. Mungkin ikan bilis tu masin , sebab tu Lisa terus sakit kepala macam bawa batu 1 Tan .

Ikan bilis , Nasi lemak , Nasi Ayam , Kari , Mee , Santan , memang Lisa tak makan. Kalau makan nanti jadi sakit perut , sakit kepala ..then kalau check ke klinik dokter cakap keracunan makanan. Pelik kan ?

Bukan baget orang bandar.. memang takleh makan la. *tapi makan budu cicah cili sedap gak >.<

SHUKRI YAHAYA KAHWIN BULAN NOVEMBER

$
0
0
 SHUKRI YAHAYA KAHWIN BULAN NOVEMBER  || Siapa yang tak kenal dengan artis lelaki tampan yang pernah menjadi hero dalam Drama Asam Pedas Untuk Dia dan Dia, Isteri Luar Biasa  , Shukri yahaya . Lisa pun minat dengan dia semenjak jadi hero dalam Asam Pedas Untuk Dia. Suka lesung pipi dia dan senyuman dia.


Bulan depan , November akan menjadi bulan untuk Shukri dan Tya (tunang ) mengakhiri zaman bujang mereka. Tahniah ! mereka memilih 20 November 2015 untuk melangsungkan pernikahannya di Putrajaya .Majelis persandingan pulak akan berlangsung di Cyberjaya .





Tahniah untuk kedua bakal pengantin.. semoga berkekalan sampai ke anak cucu. Fans Shukri yahaya jangan patah hati ye .. jangan frust pulak. Nanti cari Radin Amzar yang lain  . Hehhe

BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016

$
0
0
BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016 || Kemasukan murid ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Januari 2016 kini telahpun dibuka menerusi laman rasmi Kementian Pelajaran Malaysia, dibuka bermula 5 Oktober lepas sampai 20 Disember 2015 . Dapatkan Borang permohonan secara online dilaman web : https://sptv.moe.gov.my/

Syarat khusus untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 :

 Syarat Pendidikan asas Vokasional  


Syarat Aliran Perdana : 






Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
*Program Diploma Vokasional Malaysia- Bagi  Murid Tingkatan 3  Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional
*Sekolah Menengah Teknik Aliran Teknikal

Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
*Pemohon mestilah warganegara Malaysia
*Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2015
*Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
*Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
*Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan *(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
*Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Sumber : melvister

LIRIK Terlalu Lama Sendiri -Kunto Aji

$
0
0
LIRIK Terlalu Lama Sendiri by Kunto Aji | Lagu yang menjadi salah satu pemenang dalam list Anugerah Planet Muzik ke 14 ini ternyata sedap juga la rentak lagu ini. Menceritakan seseorang yang masih membujang dan selalu mendapat soklan dari rakan-rakan dan family . Bukan tak nak mencari tapi belum ada jodoh . Dinyanyikan oleh Kunto Aji yang juga merupakan salah seorang pemenang Artis Baru Terbaik APM ke 14 .




Judul Lagu:  Terlalu Lama Sendiri
Artis : Kunto Aji

LIRIK Terlalu Lama Sendiri by Kunto Aji

Pagi ke malam hari tak pernah terlintas di hati
Bahkan di saat sendiri aku tak pernah merasa sepi
Sampai akhirnya ku sadari
Aku tak bisa terus begini
Aku harus berusaha
Tapi mulai darimana

Sudah terlalu lama sendiri
Sudah terlalu lama aku asyik sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya
Sudah terlalu asyik sendiri
Sudah terlalu asyik dengan duniaku sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya

Teman-temanku berkata yang kau cari seperti apa
Ku hanya bisa tertawa nanti pasti ada waktunya
Walau jauh dilubuk hati
Aku tak ingin terus begini
Aku harus berusaha
Tapi mulai dari mana

Sudah terlalu lama sendiri
Sudah terlalu lama aku asyik sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya
Sudah terlalu asyik sendiri
Sudah terlalu asyik dengan duniaku sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya

Bukan tanpa nyali
Sadar aku begini
Apa yang di depan mata tak seperti yang engkau kira
Oh bahwa sesungguhnya pintu hati menunggu terbuka

Masa Untuk Berhenti Menulis Blog

$
0
0
Selongkar gambar nampak lak gambar time jerebu hari tu . Tebalnya jerebu sampai matahari nampak merah . Tebal jerebu tebal lagi perasaan kekalutan yang ada dalam hati ini. Entah la, rasa nak berhenti berblogging ada. Blog nubis je pon. Tapi patut ke aku berhenti menulis blog?

Hek eleh.. aku tulis entri ke tak bukan orang lain kesah pon kan ? Hahahah baget retis sangat la aku ni.



Alhamdulillah sekarang dah mula berkurangan asap jerebu , udara dah mula bersih. Selamat lah aku dari sakit hidung dan sakit tekak. Nasib baik la aku tak da ashma. Kalau tak mungkin dah perlukan tambahan oksigen kot. Namun mood blogging aku still kelaut juga. Hahaa dah memang pemalas, sampai bila-bila pun pemalas.

Blog aku bukan memberi manfaat untuk korang pon kan. ?
Tak .. kalau aku malas berblog pon aku akan biarkan je blog ini mcm ni . Nanti kalau korang rindu.. boleh la singgah di blog yang tak seberapa nak pemes ni. Pergi event pon tak pernah , sapa nak kenal aku. :P 

LIRIK LAGU SELURUH CINTA

$
0
0
LIRIK LAGU SELURUH CINTA | Seluruh Cinta , kolaborasi artis terbaik dalam Anugerah Planet Muzik ke 14.Dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza digandingkan dengan Cakra Khan .  Lagu ini menjadi OST Movie Suamiku Encik Perfect 10 juga yang dibintangi oleh Aaron Aziz dan Lysa Surihani. Jom dengar !



Judul Lagu : Seluruh Cinta
Artis : Dato' Siti Nurhaliza feat Cakra Khan

LIRIK LAGU SELURUH CINTA 



Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Diri mu kan selalu ada disisi ku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu

Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku
Tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cintamu
Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Tiada rasa seindah kasihmu
Tiada yang mampu temani diriku ohhh...

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Dirimu kan selalu ada disisi ku selamanya ohhh

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

SENARAI Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015 [APM 14]

$
0
0
SENARAI Pemenang Anugerah Planet Muzik ke-14  2015 [APM] || Anugerah Planet Muzik 2015 untuk edisi ke-14 berlangsung di Suntec City, Singapura malam tadi. Acara berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat muzik terbaik dalam industri Muzik Melayu di rantau ini. Agak-agak , artis kesayangan kalian menang tak ? Berikut senarai keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik mengikut kategori masing-masing:

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK APM KE-14  2015: 

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Kunto Aji - Terlalu Lama Sendiri

Artis Baru Terbaik (Wanita)
Elizabath Tan - Knock Knock

Duo/Kumpulan Terbaik
Rossa & Afgan - Kami Yang Kutunggu

Band Terbaik
Iman's League feat The Lion Story – Lisa

Kolaborasi Terbaik (Artis)
Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta

Kolaborasi Terbaik (Lagu)
Jangan Coba Berlari (Sezairi) -Tulus

Artis Terbaik Lelaki
Judika - Apakah Ini Cinta

Artis Terbaik Wanita
Raisa - Jatuh Hati

Lagu Terbaik (Singapura)
Lisa - Iman's League The Lion Story

Lagu Terbaik (Malaysia)
Assalamualaikum - Faizal Tahir

Lagu Terbaik (Indonesia)
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji

Lagu Terbaik APM
Assalamualaikum - Faizal Tahir

ANUGERAH KATEGORI UNDIAN

Ikon Media Sosial
Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura)
Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)
Awak Kat Mana - Taufik Batisah

Lagu Paling Popular APM
Awak Kat Mana - Taufik Batisah

Artis Paling Popular APM
 Fatin Shidqia Lubis

Anugerah Rentas Planet
Anggun

Anugerah Khas Planet Muzik
A. Ramlie & The Rythmn Boys 

Wahh nampaknya Taufik Batisah membawa banyak trofi . Awak kat mana-awak awak kat mana .. Saya pun suka lagu tu . Hehehe... Yang tak menang  , usah risau tahun depan kan ada lagi ;) 

Periksa Resit Sebelum Meninggalkan Counter !

$
0
0
Periksa Resit Sebelum Meninggalkan Counter ! || KAlian kalau membeli belah di Market atau pasaraya , pernah tak kalian check atau periksa dahulu mengenai harga yang tertera diresit itu?? Sebelum ini Lisa memang tak pernah check resit ketika membeli barangan di supermarket .Namun hari ini tak sedap hati dan terus memeriksa resit selepas membayar. Mana tidaknya , kiraan ku dengan total yang nampak di screen monitor counter pembayaran jauh berbeza ! Bukan hanya seringgit dua ,tapi sampai sepuluh ringgit lebih. Berdiri di sebelah Lift , Lisa tengok pelik semacam ja total bayaran tu. Harga untuk 1 botol shampo 670 +susu HL 1liter +2 coklat cadburry + span muka total rm 5++.00 pelik.. mahalnya. 
Cuba tengok resit tu ,,Harga susu HL sampai rm17xx? Mahalnya !  setelah Lisa perhati.. Lahh rupanya salah tag yang HL tu dia scan sampai 3 quantity . Patutla mahal semacam. Dan Lisa terpaksa la patah balik minta refund duit yang sepatutnya milik Lisa. Dalam rm12 juga la. Banyak tu. Nasib la perasan.. kalau tak? Free je bagi rm12 untulkbarang yang Lisa tak beli. 


Menunggu giliran untuk refund semula duit. Staff tu tak berani pandang Lisa.. huhu garang ke muka Lisa ? Padahal Lisa ok je pun... hehee .Mungkin rasa bersalah pun ye jugak kan. Lepas ini kalau bayar kena tengok resit dulu la ,biar tak berlaku hal yang sama. 

MINI GIVEAWAY CIKSEPETDOTCOM

$
0
0
 MINI GIVEAWAY CIKSEPETDOTCOM || ASSALAMUALAIKUM..  Selamat malam, Hari ni Lisa nak buat simple give away. Just follow blog lisa www.ciksepet.com .  HADIAH ; Topup Rm50  untuk di bahagi  2 pemenang.
Syarat penyertaan ;
1.follow blog
2. BUAT entri dengan Screen shoot atau Print screen gambar pageview blog www.ciksepet.com  yang ke 1,000,000  Beserta masa ambil gambar PV tu. ;) mudah je kan...

Letak link penyertaan di komen entri ini.
Pemenang akan mendapat review blog daei saya juga tau :*


Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437

$
0
0
 Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437 || Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah ,bertepatan (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun 


Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Doa awal tahun dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1437 bersamaan 14 Oktober 2015  selepas menyempurnakan fardhu Maghrib


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Akan tetapi semua larangan itu telah berakhir setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa penting yang berlaku di bulan MUHARAM
1 Muharam  berlakunya Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam  Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

$
0
0
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H || Jom sertai segmen dari hasrulhassandotcom  . Bukan selalu dia wat segmen ;)

Caranya menyertai Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H 


1.Masukkan blog www.hasrulhassan.com di dalam bloglist anda.
2.Follow blog  menerusi Google Plus (https://plus.google.com/+Hasrulhassan) dan klik +1.
3.Buat satu entri khas bertajuk 'Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H' dan tampal atau letakkan banner segmen ini di dalam entri tersebut. Pastikan ia link ke entri ini. 


Senang kan ? Jom join.. segmen ini berakhir 16 Oktober 2015 ;) Penyertaan terhad

Klik banner untuk join 

Dapat Surprise Beg Vincci

$
0
0
Dapat Surprise Beg Vincci  ||  Terjawap sudah siapa pemberi Hadiah surprise yang bermain di minda  . Memang terkejut , sebab time sedang focus kerja tiba-tiba ada kurrier hantar bungkusan Besar. Dengan muka blurr sambil recall ade ke order barang , macam tak ada je . Siap tanya dengan abang kurrier tu  nak bagi kat sapa bungkusan tu , dia jawap memang untuk Lisa . Number hp pon number  lisa, pelik nye .. tak ada order barang pun. Buka bungkusan itu dan ternyata,,, Beg Vincci !! Waahhh terharu sampai nangis , haha. Serious la nangis . Sebab tak pernah dapat surprise macam ni . Pandai pulak pilih beg casual untuk saya  . Sehari sebelum dapat beg tu , memang sedang tengok-tengok beg jenama Vincci di laman web online. Dan keesokkan harinya dapat lah pualk beg tu , Macam mana dia tahu ni ?
Nampak mewah dan casual kan. Sebenarnya dulu memang pernah ada sembang-sembang dengan si Pengirim tu , nak beli beg baru sebab beg Prada yang beli tempoh hari sayang la pulak nak guna untuk kerja . Then sehari sebelum Lisa terima hadiah beg tu , dia sempat tanya .. Nak beg baru ke ? , ofcourse la Lisa jawap NAK ! kalau dia belanja . Hahah bukan selalu dia bagi greenlight beli beg. Cakap membazir la , apa lah.. biasalah sesetengah lelaki ada tak minat dengan Beg ke kasut ke. Terlebih lagi mr hati batu macam dia . Tanya macam tu je , then esok terus dapat . FUHH laju gila ,
BEST nya dapat beg, ! kan ? Apalagi perempuan.. memang macam mengantuk disorong bantal lah .

Beg Vincci

casual bag cincci

Cantik Beg ini, I LIKE IT ! saya memang suka yang simple sahaja . Dan kaler yang soft , sebab nak guna untuk kerja je pon. Lainlah kalau nak guna tuk weeding ke , majlis ke , jalan ke . Simple like my life je la. Romantik kan MR Hati Batu ? Romantik la sangat... kami swap hadiah . Memandangkan bulan 11 nanti hari jadi kami ,,, Kira Swap hadiah je la , bagi barang yang dia nak hari tu . Memang selalu bagi hadiah  awal. Macam tahun lepas pun dapat awal. Terimakasih banyak-banyak Mr Hati Batu yang garang macam singa tapi hati ada taman la jugak =P 


Viewing all 854 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>