Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 854 articles
Browse latest View live

Lirik Lagu Perfect - Ed Sheeran

$
0
0

Lirik  Perfect - Ed Sheeran 


Heii... beberapa hari lepas kan , Mr. Hati Batu bagi link video kat youtube suruh dengar .  Lisa buka je la , then dengar.. ehh best pula lirik lagu tu , rasa sweet semacam je . alaaa.. bukan selalu kan . .hahaha. Dia bagi lagu "Perfect" , yang dinyanyikan Ed Sheeran . Lirik lagu perfect -by Ed Sheeran korang boleh baca dan dengar di bawah ini juga . Bagi pasangan korang pun romantik juga tauu hehee. 

Lirik Lagu Perfect  by Ed Sheeran 

I found a love for me
Darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl, beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me

'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow
Your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine


Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When you said you looked a mess
I whispered underneath my breath
But you heard it,
Darling, you look perfect tonight

Well, I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own

We are still kids but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When I saw you in that dress
Looking so beautiful
I don't deserve this
Darling, you look perfect tonight

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight


Biodata Puteri Aishah

$
0
0
Ingat lagi tak cikgu Aishah yang dapat surat cinta dari anak murid tu , ha... Puteri Aishah selain menjadi cikgu , ternyata dia juga seorang model dan pelakon tau . Sekarang ni Aishah berlakon dalam drama TV3 Slot Akasia , Lelaki itu Pemilik HatikuPernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015 . Nak tahu lebih detail lagi , Biodata Puteri Aishah ada dibawah . 


Biodata Puteri Aishah



Nama Penuh: Puteri Aishah binti Sulaiman
Nama Panggilan: Puteri Aishah
Tarikh Lahir: 6 Jun 1994
Umur: 23 (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon, Model, Guru
Pendidikan : Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Pencapaian: Pernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015
Drama: Cik Cinderella dan Encik Tengku, Kahwin Muda, Jasmine, Cinta Roller Coaster (2016)
Telefilem: Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya
Laman Sosial:
Facebook: Puteri Aishah
Twitter: Puteri Aishah 

Gambar Puteri Aishah 




RANGKAIAN ANTI PENUAAN SAFI RANIA GOLD

$
0
0

Rangkaian Anti Penuaan Safi Rania Gold BEETOX


Assalamualaikum ! Hye..Tinggal beberapa hari lagi akan tiba hari kelahiran Lisa yang ke.... tutttt..... Aih terasa tua pula nanti ,Walaupun umur dalam kategori 'Remaja" tapi muka maintain comel dan macam budak sekolah , eh eh.. ni bukan angkat bakul sendiri tau ..ramai orang yang jumpa Lisa untuk kali pertama , mereka akan tanya.. hari tak sekolah ke dik ? gitu... aku rasa muda pula hihi. Semakin berusia , kenala jaga  kulit terutama bahagian wajah. Kedutan , bintik hitam pori-pori membesar memang tak payah cakap la .. masalah kulit yang kaum wanita risaukan . Nampak Nora Danish duta Safi Rania Gold , teringin nak pakai sebenarnya . So... kali ini Lisa berkesempatan untuk mencoba sendiri Rangkaian Anti Penuaan Safi Rania Gold BEETOX , ... agaknya apa feedback yang akan Lisa kongsi ?


Safi Rania Gold , Tawan Daya Muda 



Jangan Selidung kesan penuaan . Tawan daya muda dengan teknologi Beetox baharu.

SAFI RANIA GOLD BEETOX yang baru ini , rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formulasi TEKNOLOGI BEETOX dan BIO NANO GOLD 24K.. agar andabolehtampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memutih pada kadar muda remaja. Sesuai sangat dengan Lisa , nak nampak seperti muda remaja selalu .. hehehe.

NANO GOLD 24K - ia menyerap kedalam lapisan dermis dan merangsan kolagen agar tekstur kulit lebih ajal dan halus , malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebihketara.

Selain dari NANO GOLD 24K ,  juga ditambahkan dengan HONEY , ROYAL JELLY, PROPOLIS , dan BEE VENOM. Hasilnya kulit lebih anjal dengan trona sekata agar wajah muda remaja . Wow... Meh Lisa kongsikan beberapa khasiat yang ada dalam rumusan tu :

  • Honey - Merupakan pelembab semula jadi untuk mengekalkan lembapan dan meningkatkan keanjalan seta kehalusan kulit . 
  • Royal Jelly - Kaya dengan 20 jenis asid amio , vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress & Tidak bermaya . 
  • Propolis - Merupakan Anti Oksidan semula jadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal . 
  • Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah . Hasilnya , kulit menjadi lebih anjal . 

Cara penggunaan Safi Rania Gold 



1. Pembersih Wajah - Royal Jelly

Pertama kali macam biasanya lah , Lisa bersihkan wajah dulu dengan Safi Rania Gold pembersih wajah - Royal Jelly dari set  Safi Rania Gold . Formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan membersih secara mendalam . Jangan lupa tutup mata ye kalau mencuci muka  . Lisa suka bau pembersih wajah ini.. sedapp! 
Safi Rania Gold pembersih wajah






 2. Esen Emas Keremajaan ( Honey )

Langkah kedua selepas membersihkan wajah , Lisa gunakan Esen Emas Keremajaan ( Honey ) Safi Rania Gold . Esen Emas Keremajaan ini berfungsi untuk mengunci kelembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluranic Acid serta menyediakan kulituntuk menyerap produk seterusnya . 



Ha.. nampak tak gold keemasan dalam cecair tu . Best woo pakai ini, cepat meresap dikulit. 


3. Eliksir Keremajaan - BEETOX & PROPOLIS 

Langkah seterusnya Lisa gunakan Safi Rania Gold  Eliksir Keremajaan - BEETOX &  Propolis .  BEETOX , Nano Gold 24k & Vitamin C berfungsi meningkatkan keanjalan 3x , merawat pada lapisan epidermis  dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan . 



Goncang dulu sebelum pakai , pastu teteskan diwajah dan ratakan .

Teknologi BEETOX berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memulih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semula jadi . Diperkaya dengan Propolis +Bee Venom dan Nano Gold sebagai agen antipenuan dan antibintik hitam . 


4. Safi Rania Gold - Krim Pelembap Siang SPF25pa++IR*

Dan langkah terakhir , Lisa sapukan Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR* , yang berfungsi untuk melembap dan mengukuhkan stukrur kulit agar tahan sinaran UVA , UVB , & InfraRed  ( IR) . Sapukan diseluruh wajah dan leher. 



Oh ya , untuk malam hari korang boleh sapu Safi Rania Gold - Krim Pelembab Malam yang diperkaya Royal Jelly . Cepat menyerap dan merawat ketika tidur malam untuk menguatkan sel kulit , menghilangkan stress pada wajah.


REVIEW LISA 

Lisa memang dah teringin nak pakai rangkaian antipenuaan SAFI RANIA GOLD , tapi itulah takut tak sesuai dengan kulit Lisa . Jadi Lisa cuba yang set ini dulu. Ada banyak jenis dalam set SAFI RANIA GOLD ini , aLisa pilih ikut keadaan kulit Lisa . Dah pakai dalam beberapa minggu , hasilnya ok pula kat kulit muka , sesuai dengan kulit . Hehehe.. alhamdulillah takda alahan jerawat seperti yang dirisaukan selama ini. Kulit lebih anjal dan halus weih.. suka suka. Mana tau ada rezeki jadi duta safi rania gold pula lepas ini , hahaha berangan lebih je kan . 

Oh ya.. pesan Lisa  , pilih set rangkaian antipenuaan Safi Rania Gold yang sesuai dengan keperluan dan kondisi kulit muka korang ok .


RANGKAIAN ANTI PENUAAN SAFI RANIA GOLD BEETOX


Untuk lebih detail lagi , korang boleh tengok rangkaian anti penuaan safi rania gold Beetox dibawah ini :



Fungsi SAFI RANIA GOLD 

  • Kulit menjadi lebih anjal 
  • Kehalusan kulit meningkat , 87 % orang yang pakai Safi Rania GOld merasai kulit mereka semakin halus dan kurang kasar. 
  • Pemulihan tona kulit , pengurangan pigmentasi kulit .
  • Pengurangan pada bahagian kedut . 


Untuk Info selebihnya boleh layari :
WEBSITE : www.safi.com.my
Facebook  : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram  : www.instagram.com/safimalaysia




Untuk korang yang muda belia dan remaja , boleh cuba menggunakan Set Rangkaian SAFI BALQIS OXYWHITE  ... Jom cantik sama-sama :* 

Nikmat Berkongsi Rezeki

$
0
0
Assalamualaikum , 

Walaupun cerita minggu lepas , tapi Lisa nak kongsi juga. Jumaat Pagi,  Lisa dapat breakfast dari Boss, memula ingat dia nak belikan nasi lemak ...adeh konfirm Lisa tak boleh makan nanti . Tapi nasib baik dia balik tu bawa sebungkus bihun goreng. Macam biasalah kan kalau beli dekat kedai makan , akan ada irisan atau potongan ayam nipis- nipis tuk tambah sedap . Tapi memang sedap pun bihun goreng tu . Sedap orang belanja atau memang masak sedap itu ? entah la.. heheh sedap sebab perut lapar kot atau mungkin nikmat berkongsi rezeki ?

Nikmat Berkongsi Rezeki 


Jadikan cerita , kat belakang tempat kerja ni ada kedai kosong terbiar macam tu je yang dulunya kedai makan mamak. Time aku tengah makan tu , terdengar suara kucing meoww meooww... kelaparan . Aku letak air dalam bekar tuperware plastik dan letak depan pagar pintu , dah jadi kebiasaan  bagi kucing2 jalanan singgah minum . Ok ... lepas tu aku berdiri depan pagar , mak kucing memandang Lisa dengan sayu.. alahai... kesian pula . tak ada makanan yang nak diberikan .

Pastu Lisa tinggalkan kucing tadi ... Lisa pergi kat bihun goreng panas howt. howtt...
Lisa belek-belek.. ternampak lak ayam . Erm.. kunyah ..nyum nyum.. sedap juga ...

Meoww... meoww..


Suara kucing tu terdengar lagi , adeh.. rasa nak nangis pun ada . Kasihan juga.. so aku bagi la irisan ayam yang ada dalam bihun goreng tadi . Berapa la sangat kan iisan ayam tu , tak banyak. Takpela.. rezeki kucing tu . Lisa letak dekat bekas minuman kucing tadi . Si Mak kucing datang mendekat.. lalu gigit ayam tu . 

Lisa ingat dia nak terus telan , eh dia berlari masuk dalam bangunan kosong tempat anak kucing tadi meoww meoww. Dia bagi anak kucing makan rupanya . Siannya ... irisan tu tak seberapa pun , yela pengorbanan seorang ibu .  Lisa tak habis makan bihun tadi ... Lisa letakkan di tempat bekas minuman tadi semula . Dan.. dua beranak tu keluar dari bangunan , then jamah la bihun tadi . 

Ya allah... spechless gila ... dalam rezeki kita jangan lupa ada rezeki untuk yang lain juga. Rezeki kucing tu .. 

Lepas tu pergi kerja kat branch satu lagi dalam mall . Nak tahu tak , ... ada customer yang ni belanja Lisa KFC Snack plate ( tak tau eja betul ke tidak )  . Nampak tak... Allah bayar cash kebaikan yang kita buat pasti akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat. Nikmat berkongsi rezeki , irisan ayam diganti dengan 2 ketul ayam . ... 




😄






PERCUMA 10GB INSTAGRAM Untuk Pengguna XPAX

$
0
0


PERCUMA 10GB INSTAGRAM Untuk Pengguna XPAX

Assalamualaikum ! Hello apa kabar ? Hari Isnin jangan nak monday blues sangat laa.. Ni Lisa ada kabar gembira tuk korang pengguna XPAX. heheh hari tu ternampak di twitter , ada status yang bgitau  dia dapat PERCUMA Internet 10GB untuk INSTAGRAM . Eh biar betul ? Dalam fikiran Lisa .. mungkin iya la tu ada promo untuk beberapa pengguna celcom xpax .. tapi ternyata memang betul ada free 10GB instagram untuk semua pengguna prabayar celcom xpax . Menarik bukan ? Sapa taknak.. Kalau nak tau lebih detail , meh baca sampai habis ya . 

Cara Dapatkan PERCUMA 10GB Instagrambagi pengguna XPAX 

Bermula dari 2 November 2017 , celcom ada buat promo Percuma 10GB Data Instagram . Mesti korang akan tertanya-tanya bagaimana cara untuk dapatkan FREE 10 GB DATA  INSTAGRAM , Caranya senang je , korang hanya perlu melangan internet baik untuk sehari , seminggu , atau sebulan . Tempoh masa untuk FREE INSTAGRAM itu ikut dengan pelan internet yang korang dah langgan.



Syarat Dan Terma 

FREE 10GB INSTAGRAM

  1. Promosi Instagram akan bermula pada 2 November 2017 dan sebarang pelanjutan selanjutnya akan dimaklumkan oleh Celcom dari semasa ke semasa.
  2. Instagram adalah promosi dan mungkin tertakluk kepada sambungan lanjut.
  3. Pelanggan akan menerima kuota Instagram 10GB percuma apabila Pelanggan membeli Pelan Internet yang tersedia di bawah Terma dan Syarat ini.
  4. Tempoh kesahihan Instagram 10GB percuma akan mengikuti kesahihan Langganan pelan Internet terkini. Kalau langgan sehari , maka sehari tu la tempoh masa untuk free instagram tu.
  5.  If korang ada langgan internet lebih dari satu , maka internet data instragam itu tidak akan burn / hilang , dan tidak akan dibawa kehadapan atau ditambahkan dengan pelan yang lain .

Untuk pelan internet korang boleh langgan seperti artikel yang Lisa dah tuliskan sebelum ini di : PELAN INTERNET CELCOM XPAX TERBARU 2017 




So apa tunggu lagi ... , jom langgan dan nikmati 10GB Instagram secara percuma !
Bye.. jumpa di artikel seterusnya .. 

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

$
0
0

Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken


Hye... ! Assalamualaikum ..lama tak share entri makan-makan . Dulu Lisa pernah kongsikan Spicy Burger Korea McD , sekarang  kita try menu yang lain pula . Korang dah try tak menu baru Burger Mcd , " Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin Chicken" ? Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ? Ada yang cakap pedas , ada yang cakap rasa dia standart je . So kena la cuba sendiri baru tahu , pedas ke tak .. hehee. Minggu lepas Lisa baru berkesempatan makan dan rasa sendiri burger Spicy Chicken McDeluxe. Nak tau juga la berapa rate kepedasan , sampai ada challenge yang makan Burger ni tanpa minum air .

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

Ada 2 Menu yang boleh korang coba , sama ada nak ambil yang Spicy Chicken McDeluxe atau Double Spicy Chicken McDeluxe . Untuk Lisa , cukup yang biasa-biasa je .. sebab takut nanti tak habis pula. Lagipun bukannya Lisa boleh makan ayam sangat ! Uhh... makan ni pun tak habis. Suruh kawan habiskan ...hihihi. 

Satu set Spicy Chicken McDeluxe , ada Burger  , Fries , air coke , sebabkan Lisa tak minum air ber-gas .. Lisa tukar dengan Mc Coffee Cappuccino . Orang cakap sedap, Lisa nak cuba juga. 



Spicy Chicken McDeluxe , Ya.. burger ni ada ayam , sayur , mayonese , dan roti bun . Takde timun , hihii.. takde letak cili powder. Lebih kepada rasa dekat daging tu 



 So simple , am i right ? kosong dan kecil sahaja bukan ... 


Gigitan pertama , rasa pedas juga ... tapi kurang umph... korang nak pedas kena tambah cili sos tu baru terkeluar rasa pedas tu . Tapi takde la pedas sangat macam ayam McD yang spicy tu , tu memang betul-betul pedas. Lisa pun tak boleh tahan . Gigitan ketiga dah tak rasa pedas tu , yang rasa masin ayam tu jek . Hahaha... adeh . Tapi ini komen dari Lisa yang memang makan pedas la , korang yang tak biasa makan pedas ... jangan pula terus tuang sos cili pada gigitan pertama . Kang sakit perut ,Lisa tak tanggung jawap tau . 

APAKATA LISA Tentang  Spicy Chicken McDeluxe Pedas  ? 
Review Lisa lepas makan ni , rasa burger Spicy Chicken McDeluxe Pedas  tak berapa spicy ( rate 3/5 star )  . Rasa Burger tu sedap juga tapi tak habis la ,, sebab rasa  banyak pula. Makin lama makin rasa masin  ayam tu , roti tu sedap . Sayur banyak ,, i like it . Lisa rasa kena tambah timun la baru sedap . keseluruhan Lisa baru 3.5 /5 bintang .  

Pendapat ini atas lidah Lisa ye , masing-masing orang ada taste sendiri kan ..Jadi kena try baru tau pedas ke tidak . 




6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM

$
0
0

Assalamualaikum ! Pejam celik finally  dah cecah 6 Juta pageview hits untuk blog www.ciksepet.com. Alhamdulillah ! Bermula dari pertengahan 2014 sampai la sekarang ,21.11.2017. Terimakasih korang yang sudi baca blog cerita budak sepet ini . Hehehe.. Tak seperti blogger lain , kalau ditanya bulan berapa start berblogging memang tak ingat ler.. hahaha.. entah , tak ambik tahu sangat dulu . Dan tak sangka pun boleh sampai ketahap yang sekarang . 


6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM


Terimakasih untuk cikgu underground Lisa yang dah tolong banyak dari zero to be Hero . Hero la sangat kan... masih banyak yang perlu dipelajari , jauh lagi perjalanan sebagai seorang blogger . 
Terimakasih untuk rakan-rakan yang sentiasa menyokong blog ini . 
Terimakasih juga untuk encik Shah Daniel ... untuk template ini 

Untuk korang yang baru mula nak berblog , jangan risau .. angka bukan ukuran sebuah blog . Terus belajar dari sekeliling , jangan malu bertanya , malu bertanya sesat di tandas.. EHH , merepek pula. Hehehe... Kejarlah ilmu tu dengan berbagai cara , sama ada tanya blogger yang berpengalaman , tanya google , atau masuk kelas coaching . ( yang ni Lisa tak reti nak sugest siapa la sebab tak pernah masuk kelas coaching ni .. jauh beb nak turun , lagipun ada beberapa sebab yang tak mengizinkan ) 

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil

$
0
0

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil


Menghias ruang yang kecil agak mencabar apabila kita mempunyai terlalu banyak barang yang hendak diletakkan di ruang tersebut. Untuk melengkapkan sebuah bilik tidur, semestinya anda akan memerlukan katil, almari pakaian, meja solek, dan macam-macam barang keperluan dan perhiasan lain lagi. 

Jadi, untuk membantu anda menghias bilik tidur anda agar ia selesa dan mudah untuk dikemas, jom baca beberapa tips yang menarik dan senang untuk bilik tidur kecil. 



1. Jadikan pintu almari baju dwi fungsi dengan menempah pintu jenis gelangsar yang bercermin. Cermin tersebut akan bantu untuk memantulkan cahaya, dan membuatkan bilik tidur nampak lebih cerah dan luas. 




2. Gantung langsir rapat ke siling untuk memberi ilusi seolah-olah bilik tersebut mempunyai siling yang tinggi. Oleh kerana langsir itu akan menutupi ruang yang agak besar, pilih langsir berwarna cerah dan lembut agar bilik tidur itu kelihatan lebih luas. 

Sumber



3. Jika anda ingin menjadikan sesuatu ruang itu 2-dalam-1, iaitu sebagai bilik tidur dan juga ruang kerja, gunakan perabot yang praktikal seperti katil sofa atau sofa bed. Tambah rak atau kabinet gantung di dinding simpanan agar ruang lantai bilik itu lebih lapang dan kemas.
 
Sumber



4. Jadikan bahagian bawah katil sebagai ruang simpanan tambahan. Tempah katil berlaci atau gunakan kotak untuk simpan barang yang hendak diletakkan di ruang itu. 

Sumber


5. Gunakan rak gantung bertingkat sebagai meja sisi katil yang sekaligus boleh dijadikan rak buku. Pasang rak yang lebih panjang untuk tingkat bawah agar anda mempunyai ruang untuk meletakkan lampu meja atau perhiasan lain. 

Sumber


6. Jadikan kepala katil anda dwi fungsi dengan menambah rak buku padanya. Rak itu juga boleh digunakan untuk menyimpan cermin mata dan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum tidur. 


Sumber


7. Gunakan juga daun pintu sebagai ruang simpanan tambahan di bilik tidur anda. Anda boleh menjadikannya sebagai tempat untuk menggantung baju atau aksesori peribadi anda. 

Sumber

8. Bagi bilik yang mempunyai ruang dinding yang terhad, gabungkan kabinet pakaian dengan katil. Dengan pelan sebegini, anda akan dapat menggunakan ruang dinding yang ada sepenuhnya, dan mempunyai lebih banyak ruang lantai untuk meletakkan perabot lain.

Sumber


9. Untuk bilik tidur yang dikongsi pula, gunakan katil bertingkat untuk menjimatkan penggunaan ruang lantai. Bahagian bawah katil pula boleh ditambah rak dan laci untuk menyimpan pakaian dan buku.

Sumber 


10. Selain perabot, lampu hiasan seperti lampu lantai atau lampu meja juga akan menggunakan ruang lantai bilik. Untuk bilik yang kecil, anda boleh menggunakan lampu gantung kecil di sisi katil atau lampu LED yang disorok di bahagian bawah katil.

Sumber 


Setelah meneliti tips mudah di atas yang dikongsi oleh pereka hias dalaman tempatan, anda pasti rasa teruja untuk menghias bilik tidur anda, bukan? 

Dapatkan nasihat daripada pereka hias dalaman yang berpengalaman di Recommend.my untuk menjadikan bilik tidur impian anda satu kenyataan.

Kongsi maklumat ringkas seperti saiz bilik tidur, lokasi rumah anda dan tema yang anda suka secara online, dan anda akan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam oleh pereka hiasan dalaman profesional di Malaysia


Selesa Bersenam Dengan JONLIVIA HOTPANTS S5+

$
0
0

JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length

Assalamualaikum ! Hye... sebenarnya kan , ada beberapa orang yang tegur badan Lisa dah berisi berbanding dulu. Ermm ermm... mungkin sebab happy la kot , tu yang sedikit membesar. Macam Boss Lisa bagitau ,,, " you hati banyak senang maa... " . Lisa perasan juga , berat Lisa dah bertambah 3-4kg , tapi alhamdulillah BMI masih normal weih .  Kini Lisa buat juga senaman dan joging , semoga semakin sihat lepas ni . Teringin nak pakai seluar yang senang tuk semua itu , dan senang keluarkan peluh .. bakar lemak lemak kita . Dengar cerita JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length  best pakai ? Wah  menarik , rasa nak try juga ...


Selesa Bersenam Dengan HOTPANTS JONLIVIA S+

Aktivity yang banyak gerakan ni perlukan seluar yang selesa untuk bergerak.  JONLIVIA HOTPANTS S5+ memang sesuai sangat dipakai seperti bersenam , joging , dan gym .  Heii... bukan itu je , JONLIVIA HOTPANTS ini pun sesuai nak bawa berjalan juga tau . Serba guna gitu , ikut idea korang nak mix and match macam mana pun .  Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjoging atau ke gym, ia juga sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang serbaguna betul rekaan yang dihasilkan! 


Kurus tidak semestinya fit,
Tapi orang fit selalunya kurus.
Bila amalkan healthy lifestyle, aim untuk fit, bukan kurus.


Hotpants dari Jonlivia ActivPants ini diperbuat 100% genuine Neoprene iaitu sejenis kain yang begitu elastik.  Hotpants ini dicipta bertujuan untuk membantu membakar lemak-lemak di badan dan peha. Kalau korang pakai ni mesti berpeluh walaupun tak sempat nak berjoging lagi , cepatla proses lisa untuk turunkan berat badan . 

 Bahagian depan JONLIVIA HOTPANTS 








Bahagian dalam JONLIVIA HOTPANTS 

JONLIVIA HOTPANTS S+ FABRIC TECHNOLOGY 



Sebelum ini Lisa pernah miliki hotpants lain ,.. lepas pakai dan cuci beberapa kali ,jadi longgar wak ! Huh.. rasa rugi je beli . Berbeza dengan jenama yang Lisa pernah pakai dulu , JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tak jadi  masalah jika korang nak pakai berulang kali. 4 Lapisan dalam hotpants JONLIVIA iaitu : 
  • External Fabric
  • High Performance NeoHeat Fabric 
  • Internal Fabric ( Absorption & Comfort ) 
  • Special Airy Fabric ( for discharge ) 

Satu lagi yang Lisa suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS S5+ ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, hotpants ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian pinggang dalam seluar ! Iya ada pocket! So mudahla nak letak kunci kereta / wang  kalau joging . Safety sikit   , betul tak ? Kalau pakai seluar track biasanya takut tak perasan jatuh time berjoging tu . 



Double waist level di pinggang , so JONLIVIA Activhotpants S5+ ni boleh ditarik sampai ke tummy korang .Boleh bakar lemak di perut sekali . 






Korang lipat kaki atau buat gaya apapun , memang rasa selesa je . Tak rasa sakit , krem , atau susah nak buat gaya senaman , yoga atau exercise lainnya . Ni kalau Lisa buat zumba mesti lagi berpeluh banyak ... cepat le turun berat badan . 



HARGA  HOTPANTS JONLIVIA ACTIVEPANTS



Hotpants ini memang tengah hot sales . Sekarang ni JONLIVIA tengah buat promo sebanyak 25% dari harga sebenar hotpants ini tau . Nah Untuk harga korang boleh tengok di JONLIVIA HOTPANTS S+ .  

amacam ,,, stylo tak ? mesti la.. Lisa lebih bersemangat lagi nak turunkan berat badan . Lisa lebih selesa berbadan kurus atau slim dari berisi  , sebab buat kerja lebih senang .. itu pendapat Lisa la. Badan Lisa , Lisa yang rasa . Muda muda kena jaga badan .. jangan tunggu dah sakit-sakit baru nak exercise . 

REVIEW  LISA TENTANG HOTPANTS JONLIVIA  S+

Awalnya Lisa ingat kalau seluar ni seksa nak pakai , sebab nampak macam tak selesa je . Tapi selepas cuba sendiri , best weih sedap pakai . Tak rasa sakit , tak rasa terkepit pun sebab hotpants ini tebal dan selesa. Patut ramai orang suka dan pakai JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length ni . Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , Jonlivia Activpants ini senang boleh korang pakai untuk bersenam atau nak berjalan , boleh juga pakai dengan baju yang labuh tu , ikut suka korang nak style kan macam mana . Hotpants yang tahan lama , senang gerakkan atau lipat kaki ketika bersenam . Korang kena ada satu dirumah ..serious best ! 


Untuk info selebihnya : 
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia 

SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

$
0
0

DEKATKAN JARAK KITA


Dah lama rasanya tak tengok slot Samarinda di TV3 ni . Tapi sebab ada capiq dan Ayda Jebat... macam nak try tengok je . Hehehe.. Drama bersiri Dekatkan Jarak Kita adaptasi daripada sebuah cerpen tulisan Syu Ariani. Menampilkan gandingan utama Syafiq Kyle dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Azman Hj. Yahya. Akan disiarkan bermula 21 November 2017, setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda. Antara Senarai Pelakon Dekatkan Jarak Kita :  Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim



SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

Wahh ada Capik ( Syafiq Kyle ) dan Ayda Jebat . Wan Sharmilapun hado... meh tengok barisan pelakon yang lainnya dalam drama Dekatkan Jarak Kita . 


PELAKONWATAK
Ayda Jebat Alyssa / Sofea
Syafiq Kyle Tashriq
Azhan Rani Kamil
Catriona Ross Umi Khadijah
Wan Sharmila Riana
Nadia Brian Bella
Raja Hakim Arif
Riena Diana Sofea
Aishah Atan Zakiah
Ziyan Ibrahim Maksom


LAGU TEMA / OST DEKATKAN JARAK KITA

Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli


SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

GAMBAR PELAKON


sumber : myinfotaip.com



Oh baru Lisa paham , kenapa sorang panggil Alyssa sorang panggil sofie dalam video trailer tu . Macam menarik je .. nak tengok la hihihiihi...





Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY

$
0
0

Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Assalamualaikum ! Asyik cakap pasal makeup dan skincare je ,, rasa nak tulis kelainan sikit tapi ada kena mengena dengan makeup juga .Heee... antara salah satu wishlist dari seorang perempuan ialah VANITY MIRROR . Senang cerita meja makeup berlampu . Senang nak makeup , nak snap gambar pun cantik . Lisa pun teringin juga dari dulu lagi , tapi itula dekat sini tak da yang jual . Nak beli pun besar dan berat jadi kena COD  sebab orang tu akan pasang sekali . Kurier ? memang tak la.. nanti takut pecah pula.  Hmm... susah le kalau gitu . Baru ni Lisa ada nampak cermin makeup berlampu ,  LED magic mirror dari CONIE PERY , comel, dan yang penting ada lampu juga. wahh menarik ! Kira macam mini vanity mirror  gitu .. 

LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 



Walaupun rumah dah ada meja makeup dengan cermin , tapi Lisa masih suka guna cermin yang mudah diubah-ubah tempat . Magic mirror conie pery ini senang je nak alih-alihkan . Size yang comel kecil tu ringan je nak bawa . Dan bagian bawah tu boleh letak barangan makeup korang . Ha.. lagi senang kan .. tak perlu angkat beg makeup , pastu nak balance kan cermin lagi betul tak ?



Lampu di Magic mirror ini ada 2 warna , boleh di adjust kecerahan tu . Sama ada nak terang sangat , atau nak low kan kecerahan lampu tu . Tak perlu button bagai la , sekarang kan zaman canggih ,  tinggal TOUCH je ... dah boleh nyalakan atau padam lampu tu . Nak adjust kecerahan ... touch lama sikit . Wahh canggih betul.. Lisa ingat HP je ada touch touch ni . hahaha cermin makeup pun dah ada . Bagus-bagus ! Suka weih.. dah la cantik.. canggih pula tu . 





Untuk menyalakan lampu , mengatur kecerahan cahaya , hanya perlu touch pada bahagian logo diatas ini . Senang je bukan ?

Lampu pada cermin ini ni tak perlu menggunakan wayar yang disambung pada plug . Tapi .. hanya perlu di caj je . Macam power bank gitu.. dicaj .Kepala wayar pun lebih kurang macam charger sambung , so senang la kalau korang nak caj ... Mna tau terlupa letak wayar caj tu kan . 





Ditempat kerja , Lisa biasanya nak makeup kena pakai cermin lipat tu . Susah nak di stabilkan sebab takde stand dia . Lepas tu makeup pula ada kt drawer.. so kalau nak makeup kat meja tempat kerja ni kadang terabur sikit la . Makan space . 

Bangun lambat , kadang pergi kerja dengan muka yang hanya spray dengan cecair ( lisa guna bioessence ) untuk lembabkan muka je dulu pastu nanti sampai tempat kerja baru la pakai makeup . Tu penting juga cermin di tempat kerja . Nak betulkan tudung ke , nak makeup ke .. kalau asyik ulang-alik pergi ke tanda s..leceh juga la sebab Lisa kerja di dalam mall . 



Nampak tak cermin bulat kecil tu ? tu fungsinya untuk zoom dari dekat bahagian yang kita nak tengoksecara detail ketika bermakeup , Mana tau comot ke hape. Contoh bagian mata.. kan selalunya kita kena dekat rapat-rapat dengan cermin untuk tengok elok tak eyeliner , eyeshadow... dan lain-lain . Best.. dah tak perlu rapatkan muka sebab dari jarak biasa pun dah boleh nampak detail dengan cermin macro tu . 






Bahagian drawer yang bawah tu boleh letak barang makeupkorang . Senang bukan ? tak perlu susah nak keluarkan dari beg makeup lagi . 



Menarik bukan LED  Magic Mirror dari conie pery ini ? Lisa post kat Facebook ramai kawan yang cakap cantik ., baik yang depan cermin atau cermin tu sekali dua dua cantik  .EH perasan pula Lisa ni kan . Hehehe.. diorang tanya la berapa harga dan beli kat mana. Ha... korang kalau nak beli juga , boleh la rujuk di website CONIE PERY , atau nak tengok lebih detail ... di facebook : CONIEPERY  , Instagram : @coniepery . Direct whatsapp pun boleh juga di 018-220780


REVIEW LISA :

I LOVE IT ! ya.. pertama kali buka je pun dah suka ,lepas tu guna dan memang memudahkan Lisa nak makeup di tempat kerja , atau dimana-mana saja lisa nak makeup .Lepas ni senangla kalau nak bawa cermin makeup berlampu ini untuk bawa pergi holiday . Bukan apa.. hari tu time pergi kedah , pangkor ,perak.. kebanyakan homestay takde cermin dalam bilik . Kalau ada pun dekat almary . Huh.. tak da lampu macam mana nak makeup dengan elok .. betul tak ? So memang amat berguna sangat, lebihan lagi ada tempat boleh letak makeup dalam tu . Jimat space ..



NOTA : promo khas diskaun 20% untuk pembelian LED magic mirror ni. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon 018-2220780  sebelum buat pembelian di website.


REVIEW LISA :
I LOVE IT


Detail selebihnya korang boleh rujuk dibawah ini : 

Tel: 018-2220780




SENARAI PELAKON MY COFFEE PRINCE

$
0
0

MY COFFEE PRINCE

Malam ini episod pertama MY COFFEE PRINCE. Ada Janna Nick , suka suka.. hehehe.. actually Lisa tak tengok lagi drama popular Coffe Prince yang Korea tu , so mybe ok kot. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Senarai pelakon MY COFFE PRINCE diantaranya : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

SENARAI PELAKON MY COFFEE PRINCE


PELAKONWATAK
Fattah Amin Raykal
Janna Nick Dani
Fahrin Ahmad Amri
Daiyan Trisha Ira
Faez Azemi Riduan
Sean Lee Jia Wu
Syafiq Ahmad Hadi
Zain Ahmad Syukri
Sharifah Shahira Zahara


LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE

Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick


SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

GAMBAR PELAKON 



sumber : myinfotaip.com


Wajah Cerah Berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set

$
0
0

Camura Skin Deligth Treatment Set

Kulit wajah licin cerah berseri , sapa yang tak nak kan ? Mestinya dah memang jadi dambaan setiap wanita , bukan hanya remaja.. bahkan hampir disemua usia inginkan wajah yang cerah dan nampak berseri . Bukan putih pucat ye.. Lisa pula sangat berhati-hati dalam memilih skincare untuk kulit wajah. . Tak boleh sembarangan ambil skincare sebab takut terjadi hal yang tak di inginkan . Kali ini Lisa nak kongsi satu skincare yang Lisa dah cuba sendiri Camura Skin Delight Treatment Set .  Apa yang menarik dari skincare ini ? Jom Lisa cerita lebih detail.. 


Wajah Cerah Berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set


Camura Skin Delight Treatment set ialah set rawatan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan bintik hitam,  sekaligus ia menghaluskan dan mencerahkan kulit. Ia membantu membaiki kulit kusam dengan melembabkan dan menyerikan kulit. Inilah rahsia wajah cerah berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set

Gunakan bersama-sama Hydro Cream untuk membantu melembabkan kulit dengan lebih efektif,  memantapkan lapisan kulit sihat,  dan juga memastikan kulit kekal segar,  lembab dan lembut sepanjang hari.

Lisa dah try dah selama dua minggu ini. Best... wangi pun ye juga. Cream ini meresap ke kulit dan tak lekit selepas pakai . Itu penting !  Camura ini ada banyak set , korang kena pakai yang sesuai dengan kondisi keadaan kulit ya.. Jangan risau , semua set ada detail masing-masing untuk mudahkan korang buat pilihan . 




Camura Skin Delight Treatment set ini terdiri dari dua produk iaitu :
  • Camura Hydra Care 
  • Camura Delight Serum 


Camura Hyra Care 

Delight Hydro cream - hydrate circulation deep within skin layers . 

Size : 15ml 
Kelebihan : berkesan membantu melembabkan kulit dan teksturnya yang kaya untuk memperbaiki kulit kasar menjadi kulit licin dan halus. 

Cara penggunaan : Selepas toning ,  sapu secukupnya Delight Hydro Cream pada telapak tangan , sapu perlahan-lahan pada seluruh kulit muka dan kemudian sapu Delight Serum ke wajah. 






Camura Delight Serum

Kelebihan : Meratakan tona kulit tak sekata , menjadikan kulit lebih cerah berseri . 

Cara penggunaan: Sapukan selepas pakai Delight Hydro Cream tadi . untuk serum ini , drop beberapa tetes serum di wajah . Dan gunakan 2 kali dalam seminggu . 

size : 7ml 





Cara penggunaan dalam keseharian : 



Day step:

  1. Hydrating Rose Cleanser
  2. Hydrating Rose Toner
  3. Hydro Cream / Hydro Gel
  4. Sun Protection / Daytime UV protection


Evening step:

  1. Hydrating Rose Cleanser
  2. Hydrating Rose Toner
  3. Delight Serum (use twice a week) 
  4. Hydro Cream / gel 


Or alternative.


  1. Recovery Concentrate (can be apply every night)



CAMURA SUN CARE ( Sun Protection ) 
- Dirumuskan bebas minyak dengan SPF 35 dan perlindungan pa++

Camura Sun care - Sun Protection (4ml)



Camura Hydrate Daily UV Protection 

Dirumuskan bebas minyak yang menyediakan SPF30dan pa++ , perlindungan berpanjangan 8 jam dan melegakan kulit .





Camura Hydrate Hydro Gel

Gel lightwiught menghidratkan yang membantu melicinkan, menyegarkan dan menghidrat kulit sepanjang hari






Camura Hydrate Recovery concetrate

Facial untuk kegunaan malam hari yang menghidrate kan , membaik pulih muka dan menghaluskan kulit agar licin .



HARGA CAMURA DELIGHT TREATMENT SET

Untuk harga camura skin delight treatment set ini , korang boleh dapatkan dengan harga RM88.00 sahaja . Sekali dengan serum tu . 





REVIEW LISA : 



Selain sejuk ketika pakai dan sapu kat wajah , bau pun wangi weih . Selama 2 mingu Lisa pakai , memang dah mula nampak kesannya . Kulit pun dah tak naik kusam . Biasa la kalau udara kotor sikit atau kena mata hari ni kulit wajah rasa kasar dan sedikit kusam pula. Tak la kusam teruk muka lisa.. tapi memang berguna sungguh weih . Nak kekal wajah berseri macam Lisa korang boleh try pakai camura skin delight treatment set ini. Avaiable di Singapore , Malaysia , Indonesia dan beberapa negara lainnya . Wow... ! 

Untuk pengetahuan korang.. sebelum tulis dalan artikel, lisa  pakai sendiri dan hasil penulisan ini pengalaman pribadi Lisa bukan cilok dari orang lain okeyh . Kesan penggunaan set camura Skin Delight Treatment Set ini berbeza pada kulit setiap orang , jadi sebelum beli... pilih set yang sesuai dengan kondisi kulit wajah korang ye . 


Info selebihnya :
website    ; www.camurabeauty.com
Facebook : CAMURA BEAUTY
Instagram : @camurabeauty
Phone       : 0174817346

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO

$
0
0

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO 

Banyak kali kita mendengar lambakan barang tiruan dalam perniagaan , tiru hasil karya orang lain seperti music , hak paten dan banyak lagi. Seperti jenama kasut , pakaian , tudung dan bahkan jenama make-up . Tahukah anda sebenarnya mudah sahaja cara untuk Lindungi Hak Cipta Anda iaitu Dengan MyIPO ,Perbadanan Harta Intelek Malaysia . Lisa akan cerita sedikit banyak tentang kesedaran MyIPO yang selama ini anda mungkin tak tahu atau jarang dengar di telinga . 

MyIPO , PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK, sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Cara sebut untuk MyIPO adalah "Maipo" , sebelum ini pon Lisa ingat yang cara sebut tu  " mai-ipo". Jangan salah sebut pula , nanti salah maknanya .



TENTANG MyIPO 

Untuk mengetahui lebih banyak lagi  info asas tentang MyIPO , anda boleh baca di laman rasmi MyIPO , www.myipo.gov.my . Berikut ini Lisa ringkaskan sedikit banyak tentang MyIPO .

 Sebelum tahun 1983, hak harta intelek (IPR) di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Pejabat ini menukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten pada tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri ketika itu.

Pada 27 Oktober 1990 pula , Kementerian telah disusun semula dan Pejabat telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dan menukar namanya ke Bahagian Harta Intelek. Bahagian ini kemudian ditugaskan untuk mentadbir beberapa akta seperti : 
Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000


Untuk memberi respons kepada pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, Bahagian ini adalah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.


Perbadanan mengambil langkah pertama yang penting dalam penjenamaan semula apabila akronim PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 pada Hari Harta Intelek Kebangsaan yang pertama.


VISI DAN MISI MyIPO

  • Visi MyIPO menjadi salah satu intelektual utama organisasi harta benda.
  • Manakala untuk Misi MyIPO adalah untuk menyediakan undang-undang yang kuat infrastruktur dan rejim pentadbiran yang berkesan untuk meningkatkan kreativiti dan eksploitasi intelektual yang lebih tinggi harta.

OBJEKTIF MyIPO 


Objektif MyIPO adalah:
  1. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  2. Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  3. Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  4. Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  5. Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna


Lindungilah Hasil Karya Anda Sebelum Diakui oleh Orang Lain

Agak sedih juga kalau karya hasil dari kreatifiti yang kita ada ni diciplak , ditiru oleh orang lain . Penat-penat berkarya jangan sampai ditiru orang . Oleh sebab itu , marilah Lindungi Hak Cipta Anda dengan daftarkan reka bentuk ciptaan  di MyIPO



Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari: 
Laman rasminya di http://www.myipo.gov.my


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP#HartaIntelek #HakCipta #myipoctss

Lirik Abang Nak Tegur Aliff Syukri ft Nur Shahida

$
0
0

Lirik Lagu Abang Nak Tegur Aliff Syukri 


Seperti yang korang tahu , awalnya lagu Abang Nak Tegur ini dinyanyikan oleh Aliff Syukri dengan Nur Sajat . Err.. pecah record woo... anugerah dislike terbanyak . Adeh ! bagi Lisa kurang sedap didengar suara sajat dalam lagu tu . Lagi pun lagu ini menceritakan orang bercinta , elok la kalau Aliff Syukri digandingkan dengan isterinya , Nur Shahida . Lirik Abang Nak Tegur masih sama , hanya Lagu Abang Nak Tegur 2.0 Aliff Shukri ft Nur Shahida ini lebih sedap didengar. Terimakasih Datin Shida dah selamatkan lagu ini.. 


Lirik Abang Nak Tegur Aliff Syukri ft Nur Shahida


(abang nak tegur...)
Abang nak tegur insan bercinta
Dunia bukan selalu indah
Ada masanya laut gelora
Tak nak hanyut bijaklah berlayar

Abang nak tegur bila dilema
Jangan bertengkar lapik bahasa
Adat bercinta haruslah uda
Pergi pujuk hati si dara

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

(abang nak tegur...)
(abang nak tegur...)

Abang nak tegur pada si uda
Jagalah diri jangan curi curi
Bermain hati dengan yang lain
Jika kantoi salahkan sendiri

Pada si dara kena berjanji
Jaga emosi dan jangan curi curi
Untuk menguji kesabaran baby
Kalau gaduh rujuklah kembali

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan
Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru... Syok!!

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta
(abang nak tegur...)
(eloknya abang ni... Sukaaa..)

Video Abang Nak Tegur 




Lebih dari 1M views kat video kali ini dalam masa sehari je , dan like pula lebih banyak dari video yang sebelum ini , dimana dislike lebih banyak dari like . Tahniah .. kebanyakan orang lebih suka Abang Nak Tegur 2.0

Apa pula komen korang ?



Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita

$
0
0

TIADA ARAH JODOH KITA

Assalamualaikum ! Sapa tengok cerita Lelaki Itu Pemilik Hatiku , rasanya dah nak abes drama tu .. ialah episod semalam Rashdan sebenarnya ialah adik dari Aiman . Lepas ini , Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan di slot Akasia , Isnin - Khamis jam 7 petang di TV3 dan bakal menemui penonton pada tahun 2018.. Nantikan drama adaptasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara . Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita diantaranya :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

SENARAI PELAKON Tiada Arah Jodoh Kita



Pelakon
Watak
Shukri Yahaya
Megat Aathif
Aprena Manrose
Afia Awliya
Hafeez Mikail
Megat Wakeel
Erwin Dawson
Fayyad Syakir

LAGU TEMA / OST

( akan update kemudian )


SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

GAMBAR PELAKON 







Rezeki Datang Dari ALLAH

$
0
0

Rezeki Semua Datang Dari ALLAH 


Assalamualaikum , Jodoh , Rezeki , dan Ajal semua datang dari Allah .. sebagai hambanya , kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa . Ada yang ditakdirkan untuk jadi orang miskin tapi bahagia ada yang ditakdirkan kaya duit berkepuk-kepuk tapi hidup tak bahagia ,ada sahaja yang buat dia rasa tak tentram . Ada yang dapat kerja dalam satu company yang  mungkin perlu menghadap boss yang cerewet , gaji pula rasa tak pernah cukup . Mungkin ada yang pilih bekerja sendiri , tapi alhamdulillah cukup untuk keperluan rumah tangga dan mampu untuk menyimpan lebihan , bagaimana dengan korang pula ? 

Petang tadi tertengok video seorang usahawan terlajak laris marah-marah berkaitan dengan rumah yang baru dibangunnya, usahlah disebut nama dia kerana kebanyakan dah tahu siapa dia . Dahulu uangnya dicuri dan dilarikan oleh pekerjanya , kali ini masalah dia ..tak puas hati dengan rumah banglow dia yang katanya hasil kerja pekerja tu macam rumah kampung , dan buat kerja lembab sampai 4tahun tak siap lagi . Walaupun kaya , tapi tak sepatutnya keluarkan kata kesat seperti itu , jangan la menghina.. apa salah rumah kampung sampai masuk dalam script tomahan dia tu . Kaya ... tapi riak dan ego , kalau ditegur... tak terima pula.

Pendapat aku , Alangkah lebih baik kalau diselesaikan dengan berbincang face to face . Dan walaupun berharta ,  tak sepatutnya dia keluar kata yang menghina  . Korang rasa akan selesai ke kalau hina , maki macam tu ? tak boleh cakap elok ke ?  Buat apa kaya tapi hati tak pernah tenang . Kalau ditegur , dikomen negative ,,, lagi la suka dia. Marketing sampah... bukan dia kesah , janji pemes... kan tu la yang Lisa rasa .


Kawan... Ingatlah ,,, ucapan yang keluar dari mulut itu akan diminta pertanggung-jawapan kelak kalau kita dah meninggal . Awak kaya ., bagila contoh yang baik-baik sahaja . Bila tak reti nak bercakap elok , lebih baik diam.




Tips Elakkan Microsleep

$
0
0

Tips Elakkan Microsleep 

Hampir semua orang pernah lalui ini rasanya , terutamanya ketika sedang memandu kereta. Bila dah setengah perjalanan, hilang fokus. Mata asyik nak terkebil-kebil. Kadang-kadang rasa otot tiba-tiba rasa lemah, lepas tu terkejut. Ini adalah tanda-tanda 'microsleep' . Berikut beberapa tips untuk elakkan microsleep ketika memandu ataupun semasa bekerja / kelas /kuliah. 


Apa itu Microslepp ? 

Microsleep = tidur beberapa detik, kadang-kadang dalam keadaan mata terbuka. Ada masa kita tak sedar pun kita tertidur. Ia biada berlaku jika kita terlalu mengantuk.

Tips Elakkan Microsleep Semasa Memandu

1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika waktu Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur . Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa bini / mak . Dengar dia bebel.

Kenapa mak ?  for sure kalau bawa kereta dengan mak , mesti kena tahan telinga juga kan ? hehee

Kalau no. 6 tu takda lagi , korang boleh la bawa peneman yang boleh ajak sembang . Jangan peneman pula tidur ... heheh 

Yang kedua pula Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah. Lisa sendiri kadang alami microsleep ni saat bekerja . Bahkan.. kadang ada customer pun , berlaku microsleep ini , nasib baik mata ai sepet... boleh coverline sikit hahaha. 


Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah.


1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula Kopiko.
3. Salin nota kuliah.
4. Pastikan lecturer cun/kacak.
5. Tak payah pergi kuliah, tidur je di bilik.
6. Dengar lagu ditempat kerja , bawa earphone sekali
7. Letak tanaman hijau dimeja kerja , rasa mengantuk je pandang je tanaman hias tu .

Harap tips ini dapat bermanfaat untuk kalian =) 

PELAKON SYURGA YANG KEDUA

$
0
0

PELAKON SYURGA YANG KEDUA


Awalnya .. selalu nampak lalu lalang di timelines media sosial . Drama apa la yang dibicarakan sampai macam-macam emosi keluar . Kak Sue bagitahu lah  drama bersiri Syurga Yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia . Drama 70 episod arahan sutradara Zamri Zakaria dan Bahri Uma Bajuri, terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.  Antara beberapa senarai Pelakon Syurga Yang Kedua ialah : Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Azizah Mahzan Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi.  Kalau korang nak tengok , boleh tonton di slot Tiara , setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135. 

WATAK PELAKON SYURGA YANG KEDUA


Selain dari Zarul Husin , Elizad , Fasha.. ada banyak lagi pelakon yang lainnya.


PELAKON
WATAK
Zarul Husin
Daniel
Fasha Sandha
Dr.Vanida/Vivy
Elizad Sharifuddin
Sabrina
Azizah Mahzan
Dato Sherry
Zaryn Min
Sofea
Beego
Azril
Dynas Mokhtar
Delaila
Sheryy Ibrahim
Ellis
Dato' Jalaluddin Hassan
Daud
Fazlina Ahmad Daud
Shidah 
Nur Qistina Raisah
Puteri

LAGU TEMA / OST

Lagu : Takdir
Penyany : Dayang Nurfaizah

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Alasan itu digu



nakan oleh ibu Danial untuk memaksa beliau berkahwin dengan doktor peribadinya Vivy. Daniel terpaksa akur dengan kehendak ibunya untuk berkahwin dengan Vivy tanpa pengetahuan Sabrina.

GAMBAR PELAKON 








Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi

$
0
0

Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi


Pengalaman Lisa cabut gigi bongsu  memang rasa menyesal sebab tak jaga gigi betul-betul . Mungkin pemilihan ubat gigi yang salah dan penjagaan sebabkan gigi bermasalah . Lepas dari tu memang Lisa rajin 6 bulan sekali check dan cuci gigi di klinik swasta , sebab busy kerja takde masa nak pergi klinik goverment. Bercakap tentang ubat gigi ,  Sebenarnya dah lama kan pernah terdengar atau viral  tentang tanda warna yang terdapat pada tube ubat gigi.  Tadi Lisa terbaca di twitter Dr ib shah | ayiem‏ , wahh ternyata selama ini ramai yang tertipu dengan mitos tanda warna pada tube ubat gigi . Ishh.. kalau ramai yang buang ubat gigi hanya sebab gambar viral tu , sebenarnya korang dah melakukan pembaziran . 


Periksa ubat gigi di rumah dan pastikan tiada toxic! 

Selalu dapat message macam ni di whatsapp? Dah tiba masanya untuk hapuskan terus mitos tanda warna pada tub ubat gigi. 

Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ? 

Warna pada hujung tub ubat gigi tu dinamakan “eye mark” . ia digunakan oleh machine sebagai tanda untuk lipat dan “heat stamp” . Bukan sebagai tanda kandungan ubat gigi ! Hampir semua tube yg menggunakan teknologi dan mesin memproses yang sama ada tanda eye mark ni. bukan hanya ubat gigi.  Kadang2 di tengah,kadang2 di tepi. Kan.. kalau perasan di skincare atau cosmetik dan banyak lagi , ada tanda yang sama juga. Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ?  bawah ini jawapannya 



Tapi kenapa kena ada warna yang berbeza doc? Guna satu colour je la sebagai eye mark? 

Ini jawapannya : Sebab mesin lain pengeluar pilih warna yang lain. juga banyak saiz tube dan bentuk tube. Sekali lagi bukan untuk tentukan bahan dalam ubat gigi tersebut . 

Jadi kenapa wujudnya “hoax” ni?  ianya tujuan marketing. Bila kita takutkan orang lain dengan mengatakan ubat gigi pesaing mengandungi chemical, dan ubat gigi keluaran syarikat sendiri lebih natural, jualan akan meningkat. Pada pendapat Dr. Ib Shah , ini marketing murah dan tak beretika . 



Betul juga kan , selalu je nampak iklan saling menjatuhkan pesaing . Hahaha... jenama X mengandungi bla bla bla... bukan hanya ubat gigi sahaja , banyak lagi produk lainnya yang guna marketing seperti itu .

Yang penting semasa memilih ubat gigi adalah lihat bahan2 didalam “ingredients” Pastikan mengandungi fluoride utk menguatkan gigi dan menghalang bacteria  ( bagi dewasa ) Gigi sensitif dan gusi berdarah juga ada jenis tertentu, boleh pilih ikut kesesuaian .

KESIMPULAN :
Jadi kesimpulannya janganlah buang ubat gigi dirumah semata mata kerana penipuan ini. Jadilah pengguna yang bijak.lagipun membazir itu amalan syaiton
Lisa pun baru tahu juga hari ini , hahaha.. naseb baik Lisa bukan jenis membazir dan buang ubat gigi yang ada tanda warna pada tub ubat gigi . Adeh... kan dah jadi membazir . Betul tak ..

Zaman gajet dengan tehnologi canggih sekarang ini ,mudah je berita yang belum tentu kesahihannya tersebar dengan cepat. Jadi bijak sebelum percaya dengan mitos mitos yang tersebar. 

Viewing all 854 articles
Browse latest View live
<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>