VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG | Malang tak berbau , dimana sahaja boleh berlaku kemalangan. Mungkin bukan dari kesalahan kita ,tapi boleh jadi dari kecuaian orang lain. Pagi tadi bos bagitahu Lisa , yang katanya ada orang kemalangan ketika sedang mengisi minyak di SHELL Plaza Bintang atau sekarang telah menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kluang .
Setelah membayar , wanita yang menaiki kancil itu menghidupkan mesin dan kemudian melanggar seorang pakcik didepannya yang juga sedang mengisi minyak di Shell yang sama . Pak cik tersebut kemudian dilarikan di Hospital KPJ , dan mengalami patah tulang kaki.
Semoga keluarga diberikan kesabaran , dan semoga pakcik cepat sembuh .