IBUKU DISAHKAN STROKE | Berita yang kurang baik didengar , hari ini aku mendapat kabar ibuku terkena stroke. Lumpuh total , dan sekarang dirawat adik ibuku. Beliau tiada anak , tiada suami hanya tinggal seorang diri dirumah mewahnya .
Ibu orang yang baik , penyayang dan juga tidak kedekut . Alhamdulillah beliau telah pun bergelar Hajah pada tahun lepas. Namun baru ini dikabarkan beliau terkena stroke , memaksa ibu berehat dirumah . Kenapa aku memanggilnya ibu ? Beliau dah menganggap aku seperti anaknya sendiri , anak angkat dia. Aku pernah dimanjakan , dibelikan apa sahaja apa yang aku nak ketika aku kecil dulu. Ibu merisik hajat kepada MAK aku ( orangtua kandungku ) , ingin mengambil aku sebagai anak . Tapi mak tak bagi,, walaupun aku degil macam mana pun mak sayang dan tak nak lepaskan aku . Perjuangannya melahirkan aku , memang tidak akan pernah terlupakan . Begitu juga aku , susah senang memang akan bersama mak .. meskipun ketika itu aku hampir mengangguk tanda setuju menjadi anak angkat beliau .
Budak kecil disorong kemewahan , siapa yang tak ingin ?
Bertahun tak jumpa dengan Ibuku , rindu rasa ingin berjumpa . Hari ini bertanya kabar mengenai beliau , tetapi kabar yang kurang menyenangkan yang aku dengar. Semoga ibuku diberikan kesehatan dan diberikan ketabahan. Tunggu ahad ni, saya akan melawatmu ibu ..
Mak cakap ibu susuanku rindukan aku , katanya dia nak jumpa aku . Ibu susuan yang menjagaku selama 18 hari , selepas dilahirkan didunia . Kerana mak time tu dirawat dihospital. Ramai yang menyayangiku . Dan aku juga mempunyai beberapa keluarga angkat . 4 atau 5 keluarga angkat.. orang yang pernah menjagaku waktu aku kecil.
Sembuhkanlah dan ringankanlah beban untuk Ibu yang terkena stroke.