KOIN EMAS PERINGATAN TUN MAHATHIR EDISI TERHAD
Hai assalammualaikum , Seperti kita tau, Tun Mahathir sekali lagi telah menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua pada pilihanraya tahun lepas. Ketika itu Tun M merupakan pengerusi Pakatan Harapan dan telah memenangi Pilihanraya Umum yang Ke 14. Kemenangan yang tidak dijangka, dimana, pemerintahan yang selama ini dipegang oleh Barisan Nasional telah bertukar kepada Pakatan Harapan. Dan pada 10 Mei, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke 7. Koin Emas Peringatan edisi Tun Mahathir ini di buat untuk meraikan menjadi Perdana Menteri kedua , selepas pernah menjadi PM yang ke-Empat tahun ( 1981-2003 )
Edisi terhad Syiling emas Peringatan Tun Dr Mahathir
Jika nampak KLCC , teringat Tun Dr Mahathir .. Bukan hanya KLCC je , tapi ada banyak yang kita nampak apa yang Tun Dr Mahathir telah lakukan kepada negara Malaysia, seperti terbinanya Menara Berkembar Petronas, Proton dan macam-macam lagi. Pembinaan dan penciptaan yang dibuat telah Memacu Malaysia ke arah Pemodenan. Disebabkan itu, koleksi syiling emas telah dikeluarkan bagi memperingati jasa Tun Dr Mahathir selama ini.
Bukan koin macam tu je dapat, tapi ia diselitkan di dalam sebuah yang seakan-akan buku berwarna merah dan mempunyai wajah Tun M dalam bentuk karikatur. Syiling tu ada di dalam nya di sebelah kanan. Dalam buku tu ada serba sedikit tentang Tun Dr Mahathir dalam semua bahasa, Melayu, Cina dan India.
Meh kasi close up sikit duit syiling emas ni..hehee. Ni la syiling emas Edisi Terhad Tun Dr Mahathir. Di Bahagian hadapan, ada nama dan muka Tun M. Bahagian belakang, lambang Pakatan Harapan.
Syiling Emas ni memang betul-betul emas tau, ketulenan emas 999; seberat 0.1 gram. Syiling emas ni telah diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise. Mungkin ada diantara korang yang gemar mengumpul duit syiling, dan syiling emas ni korang boleh dapatkan hanya dengan harga RM 160 sahaja.
Korang mesti memiliki duit syiling emas Tun M ni..jadikan koleksi..memorable sangat ni.
Jika berminat untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari
laman web rasmi https://tunmcc.com.my/ ,
Facebook: https://www.facebook.com/puncakjulung
dan Instagram,: https://www.instagram.com/puncakjulung/