Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

SAMSUNG NOTE 9 Midnight Black , Hadiah Tahun Ini

$
0
0

SAMSUNG NOTE 9 , Hadiah Tahun Ini


Assalamualaikum ! 
Lama tak menulis entry personal.. cewah personal la sangat . Setiap tahun Lisa akan beli hadiah untuk diri sendiri , rewards gitu setelah bertungkus lumus kerja . Cehhh dengar macam WOW sangat padahal.... . Hadiah kali ini aku beli Samsung NOTE 9 , wow betul tahun ni kan . Rasa tahun ni tahun keluar duit je hahaha. 


Lama dok fikir nak beli pakej telco atau nak beli secara cash je , kalau Lisa beli guna pakej YES YTL , harga baru rm999 then upfront payment  dalam 720  , bulanan rm 98  . Untuk pakej celcom lak masa riki-riki tu tak kuar lagi masa tu . So tunggu la sampai keluar . Lisa ni jenis yang tak nak contrak sebab ye la , nak jimat duit . Sekarang pon dah ada 2 bill , data tak luak pon.. lagi nak tambah 1 bill, lau guna tak pe juga.. ni tak pakai bazir mcm tu je . Dan finally aku beli cash je . ( Dalam hati pujuk , ala tak pa nanti dapat duit review blog lagi , Invest gadget nanti pon senang nak update blog ,,, dapat duit lagi ) Hahaha.. 


Kelebihan Samsung Galaxy NOTE 9 

Diantara kelebihan yang ada pada samsung Galaxy Note 9 yang Lisa suka ialah : 
  • Skrin Besar . 
    Galaxy Note 9 mempunyai skrin yang lebih besar iaitu  6.4 inci Super AMOLED Infinity. Disokong resolusi QHD + dan juga HDR10. Senang nak tengok viu ataupon netflix haha. 
  • Storan besar .
    Lisa gunakan iPhone dengan storan 64GB . Nampak besar tapi sebenarnya tak cukup untuk seorang blogger macam Lisa ni ha , dari apps sampailah gambar yang sampai 10K . hahah banyakkan ? NOTE 9 Lisa ambek yang 128Gb dan RAM 6GB , kalau tak cukup tak tau lagi lah . Kenapa tak ambil yang 512GB ? sebab taknak jadi hang ke apa . hehehe ...
  • Kamera 
    Note 9 mempunyai Dwi-kamera 12+12 Megapixel dengan bukaan (f/1.5+f/2.4) dan sokongan rakaman 4K 60FPS . Kamera cantik ! Seorang blogger memang tak lari dari snap gambar produk ataupun selfi . Setakat ni Lisa dah guna untuk snap gambar produk dan juga record video . Hee... kena explore lebih lagi . 
  • Stylus.
    Kalau dulu Lisa guna NOTE 3 , pen boleh guna untuk conteng2. S-Pen Note 9 pula lebih banyak kegunaan dia seperti :  . Ia kini boleh menjadi alat kawalan jauh untuk mengawal kamera, pemain video, aplikasi muzik, perakam audio dan melakukan pembentangan seperti Power Point. Senang nak selfie tanpa hulurkan tangan !

  • Audio 
    Sound best woo , lagi lagi time tengok movie sebab dilengkapi dengan pembesar suara stereo serta dapat menghasilkan audio Dolby Atmos . Dah tak perlu pakai earphone lagi . 
  • Bateri 
    Bateri untuk Note 9 ini ialah 4,000mAh , boleh bertahan lebih dari 20 jam pada penggunaan sederhana dengan SOT mencecah 8 jam
  • Kalis Air 
    Hahahah yang ni penting sangat untuk Lisa . Sebab kadang Lisa ni suka bawa HP masuk dalam tandas,  jadi tak perlu risau la kalau kena air . 
  • Double Simcard 
    First time Lisa gunakan Phone yang ada 2 simcard , walaupun begitu Lisa pasang 1 sim je dalam tu hhehe. 



Nah ... Nak update blog pun dah rajin ( sikitttt.... ) sebab boleh terus upload ke blogger.com , kalau pakai iPhone tak boleh huhu sebab tu la jarang update blog . *Elehh alasan je tu .  AMIN... semoga lepas ni rajin ye .. jangan malas-malas.,, heheh . 

Fuh berjaya juga Lisa update cerita tentang NOTE 9 ni.. hahaha. Tahun depan tak dan nak berjimba-jimba.. harap lepas ni menabung la . Kah kah kah .. 

Nah sedikit gambar dari Newbies untuk gambar pertama pakai NOTE 9 . Jangan kecam ya , pakai auto je .. tengah belajar lagi guna PRO .. haaha








Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>