PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira akan diadaptasi ke sebuah drama untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Wah tak sabar tengok Farah Nabilah berlakon , Drama ni ditayangkan bermula 1 Oktober 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek diantaranya ; Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali
SENARAI PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
PELAKON | WATAK |
---|---|
Farah Nabilah | Azreen |
Fikry Ibrahim | Harris Zakuan |
Haneesya Hanee | Zaza |
Iswan Ismail | Iman |
Scha Elinnea | Izyan |
Farhan Asri | Iqram |
Dini Schatzmann | Naqib |
Nabila Razali | Siti |
Badrul Muhayat | Che Azhan |
Farisha Irwayu | Che Embun |
Rania Humaira | Anum |
Nik Adam Mika | Qalish |
LAGU TEMA / OST
Satu Peluang - Andi Bernadee
SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.
Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak.
GAMBAR PELAKON
credit : myinfotaip