REVIEW BRAND'S InnerShine Prune Essence Kecantikan Dari Dalam
Assalamulaikum , Korang pernah dengar jenama BRAND'S ? mesti dah tak asing lagi ditelinga bukan . Sebenarnya dah lama Lisa aim InnerShine Prune Essence with Vitamin E dari Brands , dan hari tu update status di Facebook tanya BRAND'S InnerShine Purn Essenceni ok tak, yang katanya boleh membantu Kecantikan dari dalam ? wahh dapat sambutan semua feedback positif dari apa yang dah mereka review Jadi semakin tak sabar nak mencuba.. jadi aku try la 2 kotak , dalam satu kotak tu ada 12 botol .
Kejap je barang tu dah sampai , tunggu apalagi .. terus la Lisa cuba . Memula takut juga taklalu , sebab tengok warna dia yang pekat tu ha..Lisa ni pula jenis susah minum minuman cecair yang pekat macam sirup . Then Lisa cuba juga masuk dalam mulut , wahh.. rasa manis gitu ... walaupun manis tapi tak muak dan tak sakit gigi ( sebab gigi Lisa sedang sakit ngilu ) . Ngam.. Lisa boleh minum rutin setiap hari . Haha.. nasib tak jadi membazir weih .
Khasiat dan Kelebihan InnerShine Prune Essence with Vitamin E
Cantik dari dalam siapa yang taknak kan ? Lebih lagi Lisa ni seorang blogger yang bernichekan " BEAUY " . Dalam 12 hari boleh nampak kesan cantik , dan aura dari dalam tu rasa berseri-seri juga. Kira lawa la.. ni kawan-kawan aku yang cakap tau sebab mereka dah bertahun minum InnerShine Brands . Ala-ala Siti Zaleha tu ... cantik walaupun makeup nipis-nipis je . Kelebihan InnerSHine Prune Essence Vitamin E nibermanfaat untuk tubuh badan , kecantikan dan seri wajah dari dalam . Raya nanti Lisa semakin gojes lah ni .. hik hik .
Formulasi baru dari BRAND'S InnerShine Pati Prun dirumus khas dengan vitamin E yang bantu melindungi sel kulit daripada kerosakan radikal bebas. Dibuat dari Prun California , BRAND'S InnerShine Pati Prun juga kaya dengan serat dan mengandungi Maltodeksrtin rintang , sejenis serat larut yang membantu dalam proses pencernaan . Oh patutlah kawan Lisa bagitau yang minum ni perut jadi lawas, tapi memang lawas pun selepas minum ni hahaa. Okla kan buang kotoran dalam perut .
Cara pemakanan :
Boleh minum BRAND'S InnerShine Pati Prun Essence terus dari pada botol , sama ada suhu bilik atau disejukkan. Kalau Lisa lebih suka letak dalam peti sejuk , sedapp gitu . Untuk kesan optimum , goncang sebelum makan , Minum serta merta selepas dibuka .
Minum sehari satu botol malam hari sebelum tidur .
Kandungan BRAND'S InnerShine Pati Prun Vitamin E
- Pati Prun
- Maltodekstrin RIntang
- Fluktosa
- Pati lobak merah
- Vitamin E
Halal tak BRAND'S InnerShine Pati Purn ?
Soalan wajib sebelum konsumsi apa-apa pun , status halal produk itu . Korang bolh tengok di belakang kotak tu , BRAND'S InnerShine Pati Purn ini ada halal Thailand . Hahaha dulu Lisa pun tak berani nak cuba lagi sebab tak tahu ada status halal ke tidak ... sekarang dah boleh teguk tanpa rasa was-was.
Oh ya.. Harga untuk sekotak InnerShine Prune Essence - BRAND'S berisi 12x42ml ni = RM58.00 .
Review Lisa :
Selama 12 hari Lisa rutin minum BRAND'S InnerShine Prune Essence ni memang ketara khasiatnya . Lisa lately ni tidur memang 3-4 jam sahaja dalam satu hari , tapi kulit masih elok dan juga tak da kesan muka pucat lesu macam kebiasaannya . Ye.. Biasa lau tak cukup tidur ni badan rasa lembik , mengantuk dan muka pun naik jerawat,,, TAPI... Lisa still masih kekal cergas dan muka pun berseri je . NO.. bukan ayat promote sebab Lisa dah cuba sendiri .Rasa nak konsisten guna berterusan la lepas ni.. THANKS Korang yang dah bagi feedback positif.. kalau tak sampai kesudah Lisa tak cuba .
Nak tahu lebih detail korang boleh tengok je di detail bawah ini :-
Website : InnerShine Prune Essence - BRAND'S