Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

5 Barang Hiasan Rumah Untuk Mencantikkan Rumahmu

$
0
0


Assalamualaikum selamat pagi ! Cantik bukan living room ni ? hehe.... pejam celik dah hampir masuk setahun beli rumah . Tiada orang duduk dalam rumah tu , dalam masih kosong . Nak masuk barang dekat rumah baru ni agak makan kos juga la .  Beli Sofa, katil , tilam ,peti sejuk , dapur , mesin basuh .. dah banyak lagi . Rumah tu baru dicat ikut warna kesukaan dan juga pasang penghawa dingin . Yang lain ? masih belum beli ..haha tunggu ada duit la . Tinggal beberapa bulan  lagi nak duduk rumah tu , so kena la mula isi dengan perabot dan hiasan rumah la bagi ceria sikit rumah tu tak nampak kosong je . 



5 Barang Hiasan Rumah Untuk Mencantikkan Rumahmu 


Ruang tamu yang masih kosong , eh yang gambar pertama  tadi bukan ruang tamu milik Lisa.. google je tu ,hehe. ..mewah sungguh , poket pun tak berapa nak tebal ni huhu . Lisa lebih suka konsep minimalist , simple , kemas tapi cantik . 


Memandangkan dinding tu masih kosong , rasanya perlu ditambah dekorasi agar nampak lebih ceria . Boleh letak barang yang berwarna warni sikit diatas rak dinding. Sebab Lisa sukakan yang simple sahaja ., rak dekorasi 3 line ni sesuai untuk letakkan barangan seperti pasu dan tanaman hijau , buku , juga gambar saiz sederhana . Pastu tambah la sedikit hiasan . Eh rak ini seharga rm 40.00 sahaja tau . Murah kan ? Kuat dan tahan untuk meletakkan barang-barang di atasnya . 

Rak decoration ini hanya seharga rm40.00 murah dan berbaloi weih .


Ruang bersantai atau berehat . 


Ini pula ruang di tingkat pertama , yang ni simple warna hitam dan putih sahaja . Lampu warna purple , Lisa ingat nak letakkan warna hijau sikit supaya ada aura nature di ruangan tu . Mana tau tengok tv lama ni akan buat pening dan sakit mata . Letak pasu dilantai takut nanti ada budak-budak , pecah pula jadinya . Letak asker ikea with plant didinding tu ok juga kan , ye tak ?. Dengan warna hijau sejuk mata memandang . Orang kata elak mata lelah ni boleh berkurangan jika tengok tanaman hijau . 

Asker ikea with plant ini hanya seharga RM 5.00 sahaja, murah bukan ? Barang yang cantik tak selalunya kena beli dengan harga mahal .Kena pandai survey dari beberapa tempat. 


Tempat untuk bersantai , letak karpet bulu -bulu yang lembut . Dulu Lisa beli karpet bulu ukuran 200 x 300meter dengan harga rm350. Karpet ni ada banyak jenis bulu dan kualiti , ada yang cepat tanggal , ada yang bulu kasar , ada yang bulu halus , ada yang bulu kuat tak cepat tanggal ..haa.. korang kena survey tau . Jangan asal beli je . Karpet bulu-bulu putih ni seharga 230.00 . Ok la jugakan , boleh bersantai diatasnya dan juga shoot produk review di karpet ini. Hahhaha multifungtion gitu . 


 Harga untuk Exclusive fur carpet ini  rm230 , ukuran 180x120cm . Murah dan pastinya limited stock weih kalau warna putih ni . 


Hiasan Rumah Untuk Bilik Tidur

Ini benda penting yang Lisa rasa wajib beli ! ahakss... Katil dan set perabot untuk bilik tidur. Harga untuk seti 4 dalam 1 ni hanya rm 1,119.00  sahaja weih . 4 in 1 untuk : 

~ katil queen
~ Almari 4 pintu + top
~ Dressing table
~ Side table

Murah juga ni . siap ada dressing table. Boleh sekali beli , lagi jimat . Haritu tengok bilik lain beli set pun dah RM 5,000.00 , Katil Queen , Almari . Dressing table dan side table .



Yang terakhir , Drawer Makeup . 

Ehem.. yang ini tak perlu Lisa explain panjang lebar la . Hehehe.. dah hakikat seorang perempuan mesti tak dapat lari dari barangan make-up . Jujur Lisa akui banyak gila barang makeup atas meja tu  , beli tu jarang ... review produk-produk kerjanya sebagai blogger kan kadang dapat review barangan makeup tak pun , barang makeup tu dapat dari anak boss, perempuan dia beli sekali untuk Lisa .best kan !  sebab itula barang make-up jadi banyak tu belum termasuk skincare lagi . Nampak lebih kemas kalau diletakkan didalam drawer makeup .  Dah lama riki-riki untuk beli drawer makeup . tapi itulah harga boleh tahan mahal . Tapi... Lisa nampak hari tu ada yang jual hanya dengan harga rm50.00 sahaja . Apa tunggu lagi , memang terus nak grab la . Murah weih . 



Itu sahaja yang Lisa nak ceritakan , 5 barang hiasan rumah untuk mencantikkan rumahmu. Ada banyak lagi yang perlu dijadikan wishlist hiasan rumah ni . Tapi nanti korang bosan pulak . Sambung artikel yang lain nanti la . Terimakasih sudi baca !  







Viewing all articles
Browse latest Browse all 854


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>