Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson

$
0
0

Assalamualaikum ! Salah satu dari wish list dah terpenuhi ,. yes!  dah lama Lisa sememangnya nak pergi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON , tempat ala-ala Boracay di Philiphina tu . Private pool gitu .Lain dari yang lain kali ini Lisa bercuti di bulan ramadhan . walaupun begitu tetap ramai juga yang bercuti di Lexis Hibiscus . Teruja betul nak menaip kali ini.

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson  Buat Aku Teruja !!


Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih..

Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, Kali ini Lisa menginap di  bilik Executive  harga dalam RM1020.00 satu malam . tengok dari maps terletak di bahagian daun hibiscus ni .



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta , akan ada orang yang buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Banyak kaunter pendaftaran so korang tak perlu risau menunggu lama , oh ya ..di LEXIS Hibiscus ni ada  sofa untuk tempat menunggu sementara korang nak check in , ada Live performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim ..ya sama semua  diberikan secara percuma sahaja . Best kan ?



Sebelum naik Buggi (kendaraan disitu ) , kena beratur . Macammana dengan barang beg-beg besar pula ?part tu serahkan je dengan staff disitu ... hanya perlu bagitau dengan mereka number bilik korang nanti mereka akan hantar dengan selamat . So Jom kita menuju ke bilik pula 




Lisa bermalam di Executive Room Lexis Hibiscus Port Dickson , antara kemudahan yang Lisa dapat seperti :

  • Keluasan71 sqm
  • Terletak di  bahagian daun bunga raya / hibiscus
  • glass panel di lantai untuk melihat kehidupan laut dibawah.  to view the marine life below
  • 2 king beds
  • swimming pool peribadi  dan sauna di kawasan balkoni 
  • bilik air yang besar 



2 KATIL KING SIZE 



Meja yang luas dan selesa. Dibawah meja bahagian kiri dari gambar , yang berwarna putih tu dalam ialah peti ais bersaiz kecil , Setakat nak sejukkan minuman dalam tin dan menyimpan makanan tu boleh la .




Walaupun Lexis berada di tepi pantai , tapi tak menjejaskan line telephone dan juga internet . Lisa guna talian celcom , full barr 4G  (just masa di lobi hotel tu je la line bertukar ke E , sob-sob  nasib baik ada wifi percuma ) , haa kira ok la tu sebab biasanya kalau kawasan tepi pantai ni line telephone susah sikit dan ada pun tak berapa nak laju . Di Executive Room Lexis Hibiscus ni juga korang akan dapat FREE WIFI , laju juga lah . So tak menjejaskan kerja korang , almaklumlah Lisa ni kena sentiasa guna internet ... hehe 

Jom jelajah bahagian bilik mandi dan swimming pool pulak .



panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah

Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..



 Bathroom Amenities

  • Shower
  • Hair dryer
  • Toiletries
  • Bathrobes


Peralatan untuk mandi memang dah biasa ada di mana-mana hotel , yang best disini disediakan sekali dengan hair-dryer dan juga tempat untuk iron baju tapi sayangnya takda iron disitu 😉 . Ha.. payung dan penimbang pun ada tau . Memang complete lah . 





Perempuan pantang tengok cermin , selfie kejap.. hew hewww 





 Private Swimming Pool 






Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,




Swimming pooll sea view 

Private pool di executive room ni dia tak berdepan-depan dengan bilik orang lain ,,, jadi aman la cik Lisa nak swimming disini without tudung , masih berpakaian sopan hehehe . Sebab gambar private so letak je gambar budak ni , see.. nampak tak betapa dia happy tengok laut ni . Memang release otak la..



Pemandangan di Lexis Hibiscus Port Dickson malam hari  . Ni tips untuk korang ye ,, lebih baik jalan kaki meronda-ronda disini daripada naik buggy car. Atau boleh je nak sewa basikal... ada tempat tuk sewa .




Design luar yang unik ! 
Kalau time pagi , angin kuat dan korang boleh menikmati ombak laut yang menghempas batuan tepi pantai.. ececece..  bermadah pulak . 


Oh ya Lisa dapat pakej room dengan Free sarapan  untuk 2pax / room 

Menu yang disediakan seperti : Nasi Lemak  yang dibungkus daun pisang , Nasi goreng , Daging rendang , Bihun goreng , aneka telur , Telur gulung , nuget , aneka roti ,aneka jus buah , salad , bihun sup , bubur dan banyak lagi . Ambek sedikit sudah , nanti boleh topup makan lagi . Hek hek...
Rasa untuk makanan ni 4/5 bintang. Sedap sampai menambah -nambah . opss .

Untuk sarapan ini korang boleh pilih sama ada Roselle coffee house  (yang ni kena beratur dulu ) atau masuk dalam lagi di UMI jappanese restaurant . Dua tempat ni sama je , boleh breakfast disini .




REVIEW LISA

  • Lisa sangat puas hati dengan service dan bilik disini. antaranya : 
  • Layanan / service yang mudah 
  • Check in cepat dan mudah je 
  • Staff friendly dan murah senyum 
  • Kemudahan buggi car untuk bawa kita kedalam bilik jadi tak perlu la nak berjalan kaki usung beg tu ha . 
  • Bilik  yang luas dan selesa 
  • Katil best sedap tidur weih . 
  • Private pool , korang boleh swimming sesuka hati pagi ,siang , bahkan malam pun boleh tau dan tak berkongsi dengan orang luar . 
  • Sauna dalam bilik sendiri  tak perlu kongsi dengan orang lain , korang juga boleh set temperature sesuka hati .
  • Sewa basikal untuk keliling dan bersiar-siar di Lexis .
  • Boleh naik Heli untuk tengok Lexis Hibiscus dari atas . 



Nota : .. lepas ni harapnya ada iron la dalam bilik tu , sesuai untuk kami yang nak iron tudung ni ha , tak kan nak bawa iron dari rumah . hukss.. 

Rating Lisa :-(1-5 bintang ) 

Kebersihan : 5/5 ,
bersih gila beb lexis hibiscus ni , dari mula lobi sampailah di semua sudut .


Makanan : 4.5/5
Hampir kesemua makanan disini sedap . Sayangnya ayam rendang tu dah habis awal .. harap lepas ni dapat di banyakkan lagi menu itu .

WIFI : 5/5,
Laju , dalam bilik , dalam private pooll atau dibilik sebelah pun still boleh guna . Laju weih.. walaupun ramai orang guna . 1 password wifi ni boleh digunakan disemua tempat area Lexis ini tak terhad di bilik sahaja .

Bilik : 4.5/5
Bilik luas weih , dan sayang just pada iron tu takde tapi tempat iron ada haha.

Keselesaan tidur : 5/5 
Selesa tidur sampai tak sedar dah pagi , takda ganguan bunyi bising .

Lokasi : 4.5 /5 
Senang cari , alhamdulillah tak sesat lagi hahaha.

Value : 4/5 


Korang boleh juga rasai tarikan yang special untuk naik Heli di Lexis Hibiscus ini, hanya beroperasi ketika hujung minggu dan juga cuti umum . Boleh ride dan tengok pemandangan Lexis Hibiscus dari atas . Macam best je kan ? tapi sayang time Lisa pergi tu cuaca tak mengizinkan nak naik , uhukss kecewa ! Lain kali la pergi lagi :p 



Untuk maklumat selebihnya :-

 Lexis Hibiscus Port Dickson 

Address: 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-660 2626


Terimakasih Lexis Hibiscus Port Dickson , semoga Lisa ada kesempatan untuk datang sini lagi ..hehee






Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>