Biasanya aku hanya dengar orang update status Monday Blue's . Bukan Isnin berwarna biru , tapi biru lebih kepada mood blue's gitu . Lepas cuti sabtu ahad dan nak mula kerja mesti rasa malas gilos. Hari ini aku pun takde mood nak kerja , haih banyak masalah .
Bermula dari cpu jatuh ke kaki then tangan tersepit drawer meja. Bak pepatah dah jatuh tertimpa tangga , berlaku sekaligus .
Kedua pulak , PC ni nak tak nak bagi kerja sama dengan aku , sekejap elok sekejap tak elok . Tengok ja gambar atas tu , Diagnosing your PC , then Repair PC pastu on semula dengan elok . Lepas beberapa jam jadi balik time tengah ada customer pulak tu. Aduhh... spoil mood lak . Mugkin betul kot, PC lama tak sesuai guna Windows 10 . Tula.. gatal tangan nak update aritu . Tapi windows 10 memang syiok woo..
Training secara tiba-tiba..aduh ! bagitau la awal..boleh nak prepare . Dengan batery HP yang tinggal nyawa ikan ...Dengan kaki lebam sebab cpu jatuh pagitadi . Monday Blue's betul la...
Petang pulak... modem wifi streamyx buat hal . Sedang guna , tiba-tiba connection lost . Try restart. Nak tau apa jadi lepas restart ?? Modem D-Link terus tak nyala. Nyala tuk connection internet tu je .Lain lampu tak da. Terpaksa guna HP untuk thetering (tak tau eja betul ke tidak ) . Nasib baik modem lama boleh pakai lagi .
Arghh pening kepala aku .
Me-Time.
Off HP ... .