Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Promosi Percutian Akhir Tahun Murah

$
0
0

Musim cuti sekolah dah hampir tiba , tak silap Lisa dalam hujung bulan November ini . Setahun sekali mesti ramai yang akan bawa anak-anak dan keluarga untuk rancang Family vacation . Korang dah pilih atau belum destinasi percutian kali ini ?  . Untuk Lisa pula , Desaru dah pergi tempoh hari .. Cameron , Sunway Lagoon , Legoland , Melaka , hmm.. agaknya mana lagi eh tempat yang menarik ? cuti sekolah mesti ramai yang book dan biasanya harga hotel akan naik jadi mendadak jadi mahal . Uhuks.. nak cuba tengok di web traveloka la , boleh la bandingkan harga hotel dan flight , dengar cerita ada diskaun untuk  promosi untuk percutian murah di akhir tahun

Promosi Percutian Akhir Tahun Murah Traveloka

Percutian bersama family kali ini mesti akan lebih spesial , sebab boleh sekali raikan hari jadi Lisa hujung bulan ni . Yeyy ... ! Ada lebih dari 100 hotel di Malaysia , Indonesia , dan juga Singapore yang menawarkan harga hotel dengan diskaun yang cukup banyak ..woww.. korang kena tengok sendiri di Promosi percutian Akhir Tahun . Rasa nak pergi Langkawi je la , tak pernah pergi lagi, yeah.. Lisa suka dengan pantai ,, boleh la snorkling dan menikmati keindahan alam sana . Mungkin korang berminat dengan entri sebelum ini Hotel di Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik disekitarnya .



Dengan kemudahan zaman sekarang ni ..  semua dihujung jari , korang boleh pilih dan survey hotel dan tiket penerbangan yang murah hanya dengan menggunakan smartphone , laptop atau PC . Kena bijak memilih dan bandingan tempat dan hotel yang selesa juga tak koyakkan duit poket . Maklumlah hujung tahun ni banyak pula nak kena beli , tak termasuk peralatan sekolah untuk tahun depan lagi . Family vacation akan lebih seronok jika percutian di tempat yang best , hotel selesa dengan kemudahan yang banyak , flight yang murah ..wahh mesti boleh bercuti dengan tenang ! 



Bukan hanya hotel , bahkan korang boleh juga dapatkan diskaun untuk tiket penerbangan holiday bersama keluarga tercinta . Kedengaran menarik bukan ? Jom teroka lebih dalam lagi .

Tips untuk memilih hotel murah pada musim cuti sekolah : 

1.Pilih hotel yang mempunyai rating tertinggi .

2.Bandingkan harga satu hotel dengan hotel yang lain .

3.Tengok pada kemudahan hotel dan yang last sekali ,

4.Pilih hotel yang terletak ditempat strategic untuk mudahkan korang berjalan .


Yang pastinya korang akan lebih mudah survey dan bandingkan semua itu hanya di traveloka.






Hanya perlu pilih destinasi pilihan untuk bercuti - pilih tarikh - dan tekan pada kotak Search . Korang akan nampak senarai hotel yang lengkap dengan rating , harga , dan juga kemudahan yang ada. Rambang mata dibuatnya , pilihlah yang korang rasa sesuai dengan poket masing-masing ye . Boleh la guna duit selebihnya untuk bershopping pula nanti disana.



Contohnya seperti hotel diatas ini, Lisa dapat harga sesuai dengan poket .. tapi cantik . Kira murah juga la untuk harga di musim cuti sekolah ini book untuk 30 hb November sampai 2 hb Disember. Kalau main terjah ke hotel dan book rasanya tak dapat harga seperti itu, silap-silap 2 kali ganda !  Murah ..kemudahan seperti swimming pool , wifi , restaurant , parking , kaunter pertanyaan yang 24 jam akan bantu kita. Tersiksa juga kalau dah holiday tapi dalam bilik tak ada line internet pula atau wifi tak disediakan.. boleh rosakkan mood holiday .

Nikmati cuti-cuti malaysia dengan pakej murah promosi hujung tahun ini dengan luangkan masa bersama keluarga tercinta , ditempat idaman yang korang idamkan selama ini. Tiada salahnya untuk rewardskan diri dengan pencapaian satu tahun ini. Huuuhhh... tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah . Kalau orang ada tempat menarik lain  nak kongsikan ,  jangan ragu untuk bagitau Lisa tau . Jangan lepaskan peluang YEAR END HOLIDAY PROMOTION !


Our warmest wishes for a happy holiday season!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 854


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>