Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Celcom First GOLD Plus RM98 - 40GB Internet

$
0
0



Celcom akan keluarkan pelan data dan call terbaru bermula esok . Briefing sebenarnya baru akan bermula pukul 2petang nanti di salah satu  Hotel - Johor Baru , tapi Lisa bagitau dulu la haha. Semakin lama makin ketat pulak fight bersaing antara telco satu dengan telco lain . Dengar cerita digi rm50 untuk 10gb internet.. ha.. memang murah , tapi mesti ada term and co , dan tak semua tempat dapat coverage digi . OK celcom menawarkan internet 2 kali ganda dari sebelum ini . ianya dibagi dari Celcom First Blue untuk 10GB internet , First Gold RM80.00 ( 20GB ) , First Gold Plus RM 98 untuk 40GB , dan yang terakhir , Celcom First Platinum RM150 untuk 60GB kuota. 



Kelebihan Plan Celcom Postpaid Terbaru 

Banyak kelebihan yang korang akan dapat dari plan postpaid celcom baru ini . Salah satunya sebelum ini data internet dibahagi dengan weekdays ( Isnin - Jumaat )  dan Weekends ( Sabtu - Ahad ) tapi untuk plan yang baru , korang boleh nikmati internet bila-bila masa tanpa menunggu Sabtu-Ahad  hanya dengan Add-On RM 10.00 . Maksudnya korang kena aktifkan manual di *118# . ANYTIME Data ( Isnin - Ahad ) boleh dinikmati hanya untuk pengguna celcom First Gold , First Gold Plus dan First Platinum  . ( Tertakhluk terma dan syarat . )



gambar credit: amanz

gambar credit: amanz

 Celcom First Gold 
*Pelan celcom dengan internet 20 GB data ( 10gb+10GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 20GB).
*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm80+rm10 , untuk nikmati data 20GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  





Celcom First Gold Plus 

*Pelan celcom dengan internet 40 GB data ( 20Gb+20GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder Music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB).


*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm90+rm10 , untuk nikmati data 40GB  bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  





Celcom First Platinum 

*Pelan celcom dengan internet 60 GB data ( 30Gb+ 30GB)
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB). 
*Unlimited SMS kesemua rangkaian.


*Free yonder music , Zipit chat ,iFlix, Had kredit RM1000.


Anytime Data hanya dengan bayaran rm150+ rm10 , untuk nikmati data 60GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  



Celcom First Blue 
Pelan internet dan call ini menawarkan , 2+2GB internet untuk pengguna baru yang daftar bermula 28 Oct 2016 , 50 minit panggilan kesemua network , 50 sms ke semua rangkaian telco . Sedangkan untuk pengguna sedia ada atau exiting customer , pakej lama akan diganti upgrade kepada 10 GB internet ( 5GB + 5GB )  Pakej pelan ni tidak menawarkan anytime data . heheh korang kalau nak guna data anytime tu kena la up ke pelan celcom first gold ke atas.

Bila pelan ini akan dilancarkan ? 

Plan ini akan launch bermula esok 28 Oct  2016 bagi pendaftaran baru , dan untuk pengguna celcom yang dah sedia ada .. pelan mereka akan bertukar bermula 1 November 2016 . Untuk info selebihnya boleh layari celcom.com.my atau call talian celcom customer service 1111 free of charge bagi pengguna postpaid .

*Promo ini sah selama 2 bulan sahaja . *






Viewing all articles
Browse latest Browse all 854


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>