Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia

$
0
0

Hari ini 14 Oktober 2016 , iPhone7 series dilancarkan di Malaysia .  Boleh tahan la harga dia  paling rendah pun dijual harga RM 3,199 untuk Iphone 7 , 32GB. Fikir balik... sama je dengan harga iPhone sebelum-sebelum ini . Takde la mahal sangat untuk jenis orang yang berduit .  Aku ? hahaha tunggu orang bagi hadiah baru dapat pakai la .Walaupun hari ini official launch di Malaysia , tapi hakikatnya  iPhone 7 ini pula dah berada di tangan Lisa sejak beberapa minggu lepas.,, hehe beli di Singapore sebab dekat je , time tu dalam harga $ 1284 Singapore Dollar. Entri ni sambungan dari cerita sebelum ini , di Best ke iPhone 7 ? Kali ni Lisa akan review  harga iPhone 7 dan 7 plus pula .


Harga i-Phone 7 dan i-Phone 7 Plus di Malaysia 

iPhone 7 hadir dengan 5 pilihan warna yang berlainan , Jet black , Black , Silver , Gold , dan Rose Gold . Jet Black limited edition dengan pengeluaran hanya berapa ratus saja , untuk Jet Black hanya ada 2 pilihan iaitu 128 GB dan 256 GB . Besar iPhone 7 ialah  4.7 Inch , tengok depan sama lebih kurang macam iPhone 6 atau 6 s , bezanya kalau tengok betul-betul kamera tu agak besar sikit . Proses penghantaran 1-3 minggu . 

HARGA iPhone 7 di Malaysia

Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 3,699RM 4,199
Black RM3,199RM 3,699RM 4,199
Silver RM3,199RM 3,699RM 4,199
GoldRM3,199RM 3,699RM 4,199
Rose Gold RM3,199RM 3,699RM 4,199





iPhone 7 Plus pula punya kelebihan dari kamera , 12 MP . Kamera belakang ada 2 buah kamera .. wahh first time dalam iPhone series . Besar untuk iPhone 7 plus , 5.5 Inch . Harga yang ditawarkan pun cukup woww.. hahaah paling rendah dijual dengan harga RM 3,799.00 . Penghantaran 3-4 minggu .

Harga iPhone 7 Plus di Malaysia 


Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 4,299RM 4,799
Black RM 3,799RM 4,299RM 4,799
Silver RM 3,799RM 4,299RM 4,799
GoldRM 3,799RM 4,299RM 4,799
Rose Gold RM 3,799RM 4,299RM 4,799



Dengar cerita syarikat telco Digi , Maxis , Celcom dah keluarkan pakej sign up dengan iPhone7 and iPhone7 Plus. Nanti Lisa usha dan kongsikan kepada korang ye . Harga iPhone dah tau ..selamat beratur ya ... hehee apapun model Handphone , guna dan beli ikut keperluan masing-masing ... tepuk dada tanya poket . Jangan jadi papa kedana hanya sebab beli phone je ,,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 854

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>