CT VILLAGE CAFE Tempat Makan Sedap Di Kluang || Sabtu hari tu jalan-jalan ke Kluang Parade sambil cari cari kedai makan . Asik makan menu yang sama , bosan la pulak. Kawan cerita ada kedai makan baru dalam Kluang Parade. CT VILLAGE CAFE , WESTERN and EASTERN FOOD, Nak juga la mencuba , perut pun sedang lapar ni . Tekak yang memilih pulak tu . Sambil jalan cuci mata dan kemudian MAKAN ! Lisa memang suka makan , walaupon memilih sikit bab pemakanan . Hehhe bukan apa , perut sensitive sikit sekarang. Jadi walaupon cakap makanan tu besar kapur atau takda ajimnomoto ke apa memang Lisa leh detect . EH bukan Lisa tapi perut Lisa . Sebab tu kena jaga betul-betul , Aset woo...
CT Village CAFE , WESTERN and Eastern FOOD ini menyediakan menu makanan berat dan makanan ringan . Halal food cafe menyediakan Makanan berat seperti Asam Pedas ayam , Fish and Chip , Lamb chop , chicken chop ,nasi lemak dan banyak lagi makanan. Untuk Menu makanan ringan pulak , ketang goreng , Nugget , Keropok Lekor , dan menu special di hari Jumat,Sabtu ,Ahad .. PULUT MANGGA . Sedap tu ! Bukan senang nak cari penjual pulut mangga di Kluang ni.
Sampai di Cafe CT VILLAGE , Lisa cari tempat dan duduk sambil menunggu pekerja datang ambil order. Tak tau makan apa , maklumlah baru first time datang situ . Kemudian datanglah seseorang dan juga merupakan pemilik kedai makan tersebut , Puan Siti Rohana. Pn. Rohana duduk depan saya , semeja dengan saya dan tanya saya nak makan apa . FUHH, first time dilayan sebegitu . Tempat makan lain mana ada yang buat macam tu kan ? duduk depan dan ambek order macam dah kenal bertahun tahun . .. Kemudian Lisa tanya je menu apa yang best di Cafe tersebut. Satu persatu dia sebut dan explain mengenai menu yang should be to try . Dan akhirnya Lisa pilih ASAM PEDAS AYAM dan FISH and Chip , air pulak Ais Fanta dan Teh o Ais (menu air yang wajib ada ) . Lisa jenis tak makan ayam , makan ayam kampung je sebab tiada ubat-ubat yang disuntikkan ke dalam ayam tu .
Nasi putih Asam Pedas Ayam | Kuah asam pedas yang pekat dan masam-masam pedas. Memang sedap! terubati juga tekak Lisa . Biasa makan Asam pedas ikan , ini makan pedas ayam . Not Bad ... sebab lisa yang memilih makanan ini. Sedap la.. abes sampai tak bersisa .Fish And Chip | fish yang lembut dan sos blackpaper yang lazat.
Air Fanta Home Made || Air Fanta ini dibuat sendiri . Memula pn Rohana ingin menawarkan Lisa tuk mencuba air Fanta i, Lisa tolak sebab bergas kan . Tak suka . Namun beliau cakap Fanta ini buat sendiri jadi memang tak ada gas . Apalagi.. Lisa try la. Rasa yang sedap ! Rasa fanta tapi tak da gas. Kesemua makanan lisa seharga rm 16.90 . Murah bukan ? Dan ya.. Lisa makan sensorang. Tak padan badan kecik tapi nafsu makan banyak...
Nama tempat ini : CT VILLAGE CAFE WESTERN AND EASTERN FOOD
ALAMAT : Kluang Parade , Tingkat 1 . (Belakang mesin ATM )
Bussines hours ; 12 PM sampai 10 PM
OWNER ; Pn . SITI ROHANA ( https://www.facebook.com/siti.rohana.50 )
BUKA dari Selasa sampai AHAD . HARI isnin Cuti. Korang kalau datang sini makan jangan lupa ajak Lisa , dan lanje sekali eh =p